Zaman kecil dahulu, para ibu pasti takkan terlepas dengan memberi makan kismis pada anak-anak setiap pagi sebelum ke sekolah. Sudah menjadi rutin wajib makan kismis untuk kecerdasan minda dan elak mengantuk di dalam kelas. Rindu pula bila terkenang kembali, hari ini kismis seolah-olah semakin dilupakan dan ibu bapa kurang mendapat kesedaran tentang kelebihannya.
Mari kita cerita lebih lanjut apa kebaikan yang ada pada kismis. Antaranya adalah, bagus untuk sistem penghadaman. Kismis yang kaya dengan serat membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik. Kandungan seratnya yang tinggi bertindak secara berkesan sebagai pelawas yang boleh meredakan masalah sembelit dan perut kembung.
Seterusnnya dapat membantu meningkatkan kesihatan mata. Kismis kaya dengan vitamin A dan beta karoten yang baik untuk mata. Ianya berperanan melindungi mata dengan mengurangkan penghasilan radikal bebas yang boleh melemahkan daya penglihatan di samping melindungi mata daripada katarak.
Mengawal tekanan darah tinggi, dimana ianya berlaku akibat pengambilan garam yang berlebihan. Kismis sesuai diamalkan bagi pesakit darah tinggi kerana rendah kadar sodium. Kandungan kaliumnya yang tinggi pula dapat menstabilakn tekanan darah secara mengembangkan salur darah secara semulajadi.
Kismis padat dengan manfaat kalsium yang baik untuk kekuatan tulang. Disamping itu, kismis juga mengandungi satu lagi mineral khusus untuk membantu badan membina tulang sihat iaitu boron. Beberapa hasil kajian turut mengesyorkan pengambilan kismis secara konsisten bagi meningkatkan ketumpatan tulang.
Kalori rendah dalam kismis menjadikan kismis sesuai dimakan bagi menurunkan berat badan. Rasanya yang manis pula dapat membantu oan gsedang berdiet untuk melawan keinginan pada makanan dan minuman bergula. Amalan makan kismis yang kaya serat juga dapat membantu perut untuk rasa kenyang lebih lama.
Kismis mempunyai banyak khasiat, dan sesuai diamalkan oleh pelbagai peringkat umur. Jadi marilah kita amalkan memakan kismis setiap hari bermula hari ini. Semoga ianya membantu memberikan kesiahatan yang baik pada tubuh badan kita.