BAIK KE BERBEKAM NI?

Kenapa perlunya berbekam? Dari Ibnu Masud sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda, “Sesungguhnya aku telah melalui beberapa kumpulan malaikat pada malam aku di Isra oleh Allah S.W.T dan mereka telah berkata: “Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. Ini adalah hadis atau dalil sahih oleh Nabi S.A.W, yang bermaksud betapa bagusnya berbekam untuk tubuh badan kita.

Bekam mempunyai banyak Kebaikan Berbekam yang tersendiri. Rasulullah selalu berbekam demi menjaga kesihatan tubuh baginda. Antara kebaik berbekam adalah:-

• Membantu menghilangkan pening dan migrain.
• Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
• Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
• Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
• Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
• Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
• Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
• Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
• Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Berbekam sememangnya mempunyai pelbagai kebaikan seperti saranan Rasulullah S.A.W. Jika belum pernah berbekam, apa kata anda cuba hari ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada yang memerlukan.

#pustakadaruliman #pdi #islamituindah #berbekam

https://jiwasihat.com/kebaikan-berbekam/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *