MAKAN LAUT YANG HARAM DIMAKAN

Pelbagai makanan menarik dan viral semakin merebak di negara kita. Kalau boleh semua kita nak cuba dan jadi yang paling terawal yang merasa. Tapi jangan kita lupa pula nak ambil tahu tentang halal dan haram. Bukannya semua makanan yang tiada label tidak halal tu, boleh dimakan oleh orang islam.

Makanan dalam konteks syariah islamiah ia juga termasuk di dalam bab harus, makruh serta haram. Jadi apa yang perlu diperhatikan di dalam bab pemakanan ulama telah menggariskan bahawa setiap makanan adalah halal, melainkan apabila didatangkan dengan dalil pengharamannya sepertimana yang dinukilkan di dalam kitab Mausuah Fiqhiyyah:
“Asal makanan adalah halal, melainkan apabila terdapat dalil mengharamkannya”.
(Mausuah Fiqhiyyah: 5/124)

Istilah yang dimaksudkan dengan haiwan yang hidup di dalam air seperti yang terdapat di dalam kitab Al-Halal Wa Al-Haram Fi Islam:
“Iaitu (haiwan) yang hidup di dalam air dan tidak dapat hidup melainkan di dalam air sahaja”
(Al-Halal Wa Al-haram Fi Islam: 51)

Berbalik kepada tajuk di atas, setelah kita melihat pandangan ulama mengenai tajuk (الاطعمة) iaitu makanan, seharusnya kita mengenali definasi berkenaan dengan penyu (السلحفية): “Beberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Penyu merupakan haiwan yang hidup dua alam (البرمائي), sepertimana yang dinukilkan di dalam Mausuah Fiqhiyyah:

“Dan diharamkan oleh Mazhab Imam Syafie haiwan (البرمائي) iaitu haiwan yang boleh hidup di dalam air dan darat”.
(Mausuah Fiqhiyyah: 5/130)

Berdasarkan dalil dan pendapat ulama yang diberikan di atas dapat kita simpulkan di sini bahawa:

• Kesemua haiwan yang hidup di dalam air halal dimakan mengikut pendapat Imam Syafie’.
• Haiwan yang hidup dua alam haram dimakan dan penyu termasuk di dalam kategori haiwan yang hidup di dalam dua alam maka ia haram untuk dimakan.

Selain itu penyu juga merupakan haiwan peliharaan dan kehidupannya semakin pupus, mengikut undang-undang yang digariskan oleh kerajaan Malaysia, memburu penyu atau membunuhnya merupakan satu kesalahan dan ianya boleh dikenakan tindakan undang-undang serta hukuman.
Wallahualam.

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2688-al-kafi-853-hukum-memakan-makanan-laut-dan-penyu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *