YA ALLAH NIKMATNYA BERPUASA

Puasa diyakini dapat memberikan banyak manfaat baik secara spiritual maupun kesehatan. Secara spiritual, puasa membantu meningkatkan kesabaran, keikhlasan, dan menguatkan iman. Sedangkan secara kesehatan, puasa membantu membersihkan tubuh dari toksin, menurunkan risiko penyakit seperti diabetes dan kolesterol, serta membantu menurunkan berat badan.

Beberapa keuntungan berpuasa adalah:

  1. Menyihatkan tubuh: Puasa dapat membantu membersihkan racun dalam tubuh dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
  2. Meningkatkan Fokus: Dengan tidak memikirkan makanan, seseorang dapat lebih fokus pada pekerjaan atau aktiviti sehari-hari.
  3. Melatih Disiplin: Berpuasa dapat membantu melatih seseorang untuk lebih disiplin dalam diri dan meningkatkan kemampuan mengendalikan keinginan.
  4. Berganda kebaikan: Berpuasa dapat menjadi peluang untuk melakukan lebih banyak amal dan berbuat kebaikan.
  5. Meningkatkan Kesan Solidaritas: Puasa dapat menghadirkan pengalaman bagi komuniti yang berpuasa, meningkatkan rasa kesatuan dan solidariti di antara mereka.
    Berikut adalah beberapa tips untuk menghayati puasa:
  6. Persiapkan diri secara fizikal dan mental sebelum memulai puasa. Pastikan tubuh dan fikiran anda bersedia untuk menahan lapar dan haus selama berjam-jam.
  7. Perbanyak ibadah selama puasa, seperti membaca Al-Quran, berdoa, dan berzikir. Ini dapat membantu anda memperkuatkan iman dan kekuatan untuk mengatasi rasa lapar dan haus selama puasa.
  8. Jaga waktu berbuka dan sahur. Pastikan anda makan makanan sihat dan bergizi saat berbuka dan sahur sehingga tubuh anda tidak kekurangan nutrisi.
  9. Gunakan waktu puasa untuk melihat kekurangan diri, memperbaiki perilaku, dan memperbanyak kebaikan. Memperkuatkan moral dapat membantu anda menghayati puasa dengan lebih baik.
  10. Jaga kebersihan dan kesihatan diri selama puasa. Pastikan anda menjaga kesihatan yang dianjurkan, seperti menjaga jarak sosial dan menghindari tempat sesak.

KEWAJIPAN BERPUASA KETIKA RAMADHAN

Disini kita nak kongsikan sedikit mengapa umat islam wajib berpuasa di dalam bulan ramadhan yang telah dijelaskan oleh MUFTIWP. Semoga memberi manfaat dan kefahaman yang jelas kepada semua umat islam serta yang bukan islam.

Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah:183)

Mungkin sudah terlalu banyak kajian-kajian saintifik yang boleh dibaca berkenaan kelebihan berpuasa. Di sini, kami cuma ingin memfokuskan 3 faedah utama puasa di sisi seorang Muslim. Bagi Muslim, terdapat pelbagai faedah berpuasa. Antaranya adalah:

– Ia membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka. Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek yang membantu mereka yang dalam kekurangan.

– Ia memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu. Semasa berpuasa, umat Islam belajar untuk mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada berbuat kejahatan. Seterusnya, ia mengelakkan Muslim bagi melakukan perkara yang lebih membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat.

– Ia menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan mereka biasanya menjemput sanak saudara dan sahabat handai berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadhan ini.

Selain itu, antara kebaikan puasa dari sudut kesihatan adalah:

  • Mengurangkan berat badan
  • Menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
  • Mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein).
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Memberi rehat kepada sistem penghadaman.
  • Mengawal stres
    Ini bermakna, seorang Muslim yang benar-benar berpuasa dan patuh kepada agama semestinya akan menjadi Muslim yang baik dan disenangi semua lapisan masyarakat. Itulah faedah-faedah terbesar berpuasa dalam agama Islam yang mana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya sahaja bahkan seluruh masyarakat sekitarnya tanpa mengira agama dan bangsa.


    Sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-afkar/837-ti101-4-kenapa-orang-islam-berpuasa-pada-bulan-ramadhan

PINDAHNYA KIBLAT UMAT ISLAM

Selepas enam belas bulan, pada 17 Rejab tahun 2 Hijrah Baginda SAW solat menghadap kiblat ke arah Baitul Maqdis telah turun wahyu daripada Allah SWT yang menjawab permohonan doa tersebut seraya memerintahkan supaya memindahkan arah kiblat ke Baitullah. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat ke-144:

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Maksudnya: “Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan”.

Pada saat wahyu diturunkan, Rasulullah SAW sedang mendirikan solat bersama-sama para sahabat. Mendengarkan wahyu tersebut, lantas Baginda SAW menukar arah kiblat menghadap ke arah Baitullah dan para sahabat mengikuti perbuatan Baginda SAW tersebut. Awal solat Nabi SAW menghadap ke Mekah ialah pada solat Zohor di Bani Salamah. Manakala solat menghadap ke Mekah buat pertama kalinya di Masjid Nabawi ialah pada solat asar dan bagi penduduk di Masjid Quba solat pertama kali menghadap ke Mekah ialah pada solat subuh ketika mana telah sampai kepada mereka perkhabaran berkaitan penukaran arah kiblat.
Sejak daripada peristiwa tersebut, kiblat umat Islam telah bertukar ke arah Kaabah (Baitullah) yang terletak di Mekah sehingga kini.

Inilah sejarah yang telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW pada 1400 tahun dahulu. Selain itu, ia juga adalah sebagai satu simbolik kepada kesatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia bagi mentaati perintah Allah SWT dalam beribadah kepada-Nya. Semoga dengan peristiwa dan sirah Rasulullah SAW yang berlaku tersebut dapat dijadikan pedoman dan peringatan kepada umat Islam agar lebih lebih taat dan akur akan perintah-Nya dalam segala urusan

HADITH TENTANG PERPINDAHAN ARAH KIBLAT

Selepas diperintahkan Allah SWT untuk berpaling ke Kaabah, solat pertama dilakukan Baginda SAW ialah solat Asar yang diikuti beberapa orang sahabat. Sesudah itu, seorang sahabat keluar dari masjid dan melihat dalam masjid lain jemaah sedang rukuk dan masih menghadap ke arah Baitul Maqdis.
Maka dia berseru: “Demi Allah! Aku bersaksi bahawa aku bersolat bersama Nabi Muhammad ﷺ menghadap ke Kaabah di Makkah. Kemudian orang yang bersolat itu terus berpusing menghadap ke Kaabah dalam solat itu juga.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ibnu Sa’ad dalam kitab al-Tabaqat ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sedang melawat Ummu Bisyr bin al-Barra’ bin Mabrur di kawasan Bani Salamah. Beliau menyediakan jamuan untuk Rasulullah ﷺ dan sahabatnya.

Apabila tiba waktu Zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu. Ketika Baginda SAW berada dalam rakaat yang kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah SWT memerintahkannya supaya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.

Baginda SAW terus berpaling menghadap ke arah Kaabah ke sudut bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Masjid itu dinamakan Masjid Qiblatain yang masih ada di Madinah sebagai salah satu tempat lawatan jemaah yang mengerjakan umrah mahu pun haji di sana.

Imam Bukhari juga ada meriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar ketika orang bersolat Subuh di masjid Quba’, tiba-tiba datang berita mengatakan Rasulullah SAW diarahkan supaya menghadap ke Kaabah, maka mereka pun berpaling ke arah itu.
Mengenai perbezaan riwayat berkenaan perubahan kiblat, al-Hafiz Ibnu Hajar ada menjelaskan bahawa solat pertama menghadap Kaabah ialah solat di Bani Salamah di masjid Qiblatain iaitu solat Zuhur. Solat pertama menghadap kiblat di Masjid Nabawi pula ialah solat Asar. Solat Subuh pula ialah di Masjid Quba.

HIKMAH PERISTIWA PERPINDAHAN ARAH KIBLAT

Syeikh Wahbah Zuhaili dalam Tafsir al-wasith menyebutkan ada tiga hikmah dialihkannya kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram. Sebagai Tanda Kebenaran Daripada Allah SWT
Kemuncak peristiwa itu ialah ia melambangkan kebenaran daripada Allah SWT untuk kembali berkiblatkan Kaabah, sekali gus ia adalah contoh doa Rasulullah SAW yang dikabulkan Allah SWT. Ia kerana Rasulullah SAW sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah SAW diperkenankan oleh Allah SWT pada pertengahan bulan Syaaban.

Ahlul kitab mengetahui kebenaran bahawa kiblat Nabi SAW berada di Kaabah. Atas landasan ini, Nabi Muhammad SAW yang menghadap Baitul Maqdis menjadi bahan cercaan dan hinaan. Di sisi lain, kaum musyrik berpandangan bahwa seorang utusan dari keturunan Nabi Ibrahim diutus untuk menyempurnakan ajaran Nabi Ibrahim.

Mereka pun mengejek, bahawa tidak masuk akal rasanya, jika keturunan Nabi Ibrahim tidak menghadap ke arah kiblat Ibrahim. Dengan berpindahnya arah kiblat, Allah telah mematahkan hujah-hujah dan perdebatan kelompok penentang Rasulullah SAW ini.
Seterusnya, sebahagian kaum Muslimin berkata: “Kami ingin mengetahui mengenai orang yang meninggal dunia sebelum pemindahan kiblat (dari Baitul Maqdis ke Kaabah). Bagaimana juga dengan ibadat solat kami sebelum ini ketika kami masih menghadap ke arah Baitulmaqdis.”

Maka turunlah ayat 143 surah al-Baqarah yang menegaskan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan iman mereka yang beribadah menurut ketentuan ketika itu.

وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًاۗ وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِۚ وَإِن كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّـهُۗ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْۚ إِنَّ اللَّـهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَّحِيم

Maksudnya: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) juga akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) Dan tidaklah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk Kami mengetahui tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul (serta membenarkannya) dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).”

Mafhumnya ayat suci di atas menegaskan kedudukan umat Islam sebagai umat pilihan dan pertengahan serta akan menjadi saksi pada hari akhirat kepada umat sebelum ini. Umat pilihan atau pertengahan itu bermaksud tidak hanya mementingkan kerohanian dan kebendaan semata-mata, tetapi wasatiyyah (berada di tengah-tengah).

Kesempurnaan Nikmat Allah Terhadap Bangsa Arab

Sesungguhnya Nabi Muhammad berasal dari bangsa Arab, Al-Quran pun diturunkan dalam bahasa Arab. Bangsa Arab akan senang tatkala Kaabah dijadikan kiblat, sebab di sanalah tanah air serta kebanggaan mereka berada.

Menjadikan Umat Islam Yang Lebih Taat Dan Teguh Pendirian

Seorang muslim sejati tentunya akan taat terhadap segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Kendati hinaan dan ejekan deras dialamatkan kepada umat Islam, namun mereka tidak terpengaruh dan tetap taat kepada perintah Rasul. Hal ini menjadi bukti bahwa keimanan mereka terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah kukuh.

Demikianlah hikmah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat di sebalik peristiwa perubahan kiblat yang menjadi satu kewajipan yang perlu ditaati oleh setiap Muslim ketika menunaikan ibadah solat lima waktu ke arah Kaabah kerana kewajipan solat menghadap ke Kaabah menunjukkan konsep kepatuhan mutlak seorang muslim.

Sumber: https://perkimdk.com/sejarah-peristiwa-perpindahan-kiblat-dan-hikmahnya/


MENARIK TENTANG BULAN SYAABAN

Subhanallah, bahang Ramadan kian terasa, tanpa sedar, sudah pun berganti bulan daripada Rejab ke Sya’ban. Syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana memberi nikmat, ruang dan peluang untuk meraikan kehadiran bulan Sya’ban. Semoga Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan al-Mubarak pula, insyaAllah.
Dalam bulan Syaaban, terdapat banyak kejadian dan peristiwa yang harus diingati dan direnungkan bersama. Antara peritiswa istimewa adalah:

1. Kiblat Dipindahkan Dari Baitulmaqdis ke Kaabah
Peritiwa perpindahan kiblat dari Baitulmaqdis ke Kaabah di Mekah berlaku pada bulan ini iaitu pada tanggal 15 Syaaban.


Selepas peristiwa Hijrah, orang Islam solat menghadap ke arah Baitulmaqdis yang juga merupakan kiblat bagi kaum Yahudi. Kaum Yahudi menjadikan peluang ini sebagai cara untuk menghina umat Islam kerana masih menggunakan kiblat yang sama dengan mereka.
Namun, umat Islam tidak menghiraukan cercaan itu dan tetap teguh menunaikan perintah Allah. Tetapi Nabi Muhammad SAW tidak tergamak melihat umatnya dihina, lalu Baginda berdoa kepada Allah SWT agar memindahkan kiblat ke arah Kaabah. Lalu Allah SWT menjawab dalam firmanNya melalui surah al-Baqarah ayat 144:


“Kami melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke langit, maka akan Kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu ke arah itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan”
Mengikut para ulama, umat Islam hanya sempat menghadap kiblat ke arah Baitul Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Ini kerana, Rasulullah SAW tiba di Madinah pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiul Awal, kemudian Allah memerintahkan Baginda menghadap ke Kaabah pada hari Isnin pertengahan bulan Syaaban, sewaktu Baginda mendirikan solat Zohor.



2. Turunnya Ayat Al-Quran Untuk Berselawat
Pada bulan Syaaban juga, Allah SWT menurunkan ayat perintah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Dalam firmanNya;
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
(al-Ahzab:56)
Oleh sebab ayat ini turun pada bulan Syaaban, sebahagian ulama menganjurkan agar umat Islam memperbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW dalam bulan ini.

3. Ketetapan Wajib Berpuasa Di Bulan Ramadan
Kewajipan berpuasa bagi umat Islam di bulan Ramadan pada tahun ke-2 Hijrah ditetapkan pada bulan Syaaban.

4. Pernikahan Rasulullah SAW Dengan Saidatina Hafsah binti Umar
Hafsah binti Umar merupakan bekas isteri kepada Khunais bin Hadafah yang meninggal sebaik sahaja pulang dari Perang Badar. Nabi Muhammad SAW menikahi Hafsah pada Syaaban tahun ke-3 Hijrah.

5. Perang Badar Kedua (as-Sughra)
Ketika Perang Uhud, Abu Sufyan berkata kepada orang Islam bahawa mereka akan kembali menyerang di Badar pada tahun hadapan. Rasulullah SAW bersama-sama 1500 orang sahabat yang terdiri daripada 10 orang pahlawan berkuda datang menanti kedatangan orang Musyrik di Badar pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijrah.
Namun, Abu Sufyan bersama 2,000 orang tentera dan 50 orang pasukan berkuda berhenti di pertengahan jalan, kemudian kembali ke Mekah kerana Abu Sufyan berasakan pada tahun tersebut akan berlaku kemarau.
Tentera Islam menunggu selama lapan hari sebelum kembali ke Madinah tanpa sebarang peperangan yang berlaku.

6. Peristiwa al-Ifki
Peristiwa al-Ifki adalah peristiwa fitnah tentang kecurangan Saidatina Aisyah dengan Safwan bin Mu’aththa yang disampaikan oleh Abdullah bin Ubay.
Peristiwa ini berlaku selepas Perang Bani Mustaliq iaitu pada tahun ke-6 Hijrah. Lalu Allah SWT menurunkan ayat 11-13 surah an-Nur yang menjelaskan bahawa Saidatina Aisyah difitnah dan tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu.08:14 PM

7. Peristiwa Nahrawan
Peristiwa ini bermula daripada terpecahnya pengikut Ali bin Abi Talib menjadi kelompok Syiah dan kelompok Khawarij. Dalam peristiwa ini, Ali bin Abi Talib telah menang dalam pertempuran namun Muawiyah mengangkat al-Quran sebagai tanda berdamai.

8. Perampasan Baitul Maqdis
Dalam Perang Salib Pertama, tentera Kristian berjaya merampas Baitul Maqdis daripada umat Islam dan menduduki kota itu, iaitu pada 13 Syaaban 492 Hijrah iaitu dalam tahun 1099 Masihi. Namun beberapa puluh tahun kemudian kota itu berjaya dimilik oleh umat Islam semula.
Selain daripada peristiwa yang dinyatakan, terdapat peristiwa lain yang berlaku dalam bulan Syaaban ini; iaitu kewafatan Sayyidah Ummu Kultsum, puteri Rasulullah SAW dan kewafatan salah seorang isteri Baginda yang bernama Hafsah binti Umar Ibn Khathab RA.
Semoga setiap umat Islam mengambil pengajaran dan hikmah daripada setiap peristiwa yang berlaku dalam bulan Syaaban ini. Salah satunya adalah dengan memperbaiki diri dan peribadi dengan melakukan kebaikan yang membawa manfaat kepada diri sendiri dan ummah.

Semoga setiap amalan dan usaha kita diterima oleh Allah.

Bulan Syaaban: Peristiwa dan Keistimewaannya

RUKUN ISLAM: BERPUASA

Puasa adalah salah satu ibadah yang termasuk dalam rukun islam dan setiap umat islam wajib melaksanakan puasa di bulan ramadhan. Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia dimana di bulan ini Alqur’an diturunkan dan umat islam melaksanakn puasa ramadhan selama sebulan penuh. Bulan ramadhan memiliki keistimewaan sebagaimana disebutkan dalam firman Allah dalam surat Al Baqarah ayat 185 yang berbunyi

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. (QS. Al Baqarah: 185)

Dibulan ini pahala segala amal ibadah akan dilipatgandakan baik pahala puasa itu sendiri, solat wajib ataupun solat sunnah seperti solat tarawih atau solat tahajud, membaca alqur’an bersedekah dan ibadah lainnya sebagaimana hadis Rasullullah berikut.

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat ganda. Allah Ta’ala berfirman , “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak misk.”
Sebagaimana ibadah lainnya maka puasa memiliki rukun atau hal-hal yang wajib dilakukan agar puasa tersebut sah hukumnya. Adapun rukun puasa dikhabarkan dalam penjelasan berikut.

Rukun Puasa Ramadhan
Sama seperti rukun puasa pada umumnya, rukun puasa ramadhan tidak berbeza dengan rukun puasa sunnah. Rukun puasa ramadhan yang utama terdiri dari dua yakni niat dan menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.

  1. Niat
    Seseorang yang hendak berpuasa harus berniat untuk berpuasa saat malam hari sebelum puasa dimulai. Tanpa adanya niat maka puasa seseorang tidaklah sah. Hal ini dikarenakan niat adalah suatu hal yang penting dalam melakukan ibadah dan ibadah tersebut tergantung pada niatnya sebagaimana yang dijelaskan dalam dalil-dalil berikut

وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلْقَيِّمَةِ
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya beribadah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus” (Al- Bayyinah: 5)

Juga disebutkan dalam hadits Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam :

.لُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَىإِنَّمَا اْلأَعْمَا

“Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat ganjaran atas amalnya sesuai dengan niatnya.”

Harus selalu diingat bahwa niat berpuasa harus dilakukan saat malam hari dan sebelum terbit fajar pada bulan Ramadhan. Hal ini juga berdasarkan hadits Hafshah Radhiyallahu anhuma, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda , “Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tidak ada puasa baginya.”

  1. Menahan Diri dari Hal-hal yang Membatalkan Puasa

    Saat berpuasa seseorang harus menahan diri dari segala sesuatu yang dapat membatalkan puasanya sebagaimana yang disebutkan dalam Firman Allah pada surat Albaqarah ayat 187.

    بَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا آَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَآُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَ مَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

    “Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah bagimu dan makan minumlah hingga jelas bagimu (perbedaan) antara benang putih dan benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai (datang) malam” [Al-Baqarah: 187]

    Rukun puasa ramadhan wajib dipenuhi bagi orang-orang yang berpuasa. Oleh sebab itu perhatikan baik-baik dan jagalah selalu diri kita dari perkara yang dapat membatalkan puasa serta ingatlah selalu untuk berniat menjalankan puasa dimalam sebelum melaksanakan ibadah puasa tersebut.

https://dalamislam.com/puasa/rukun-puasa-ramadhan

READY FOR ZAKAT?

Zakat merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari segi syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Merupakan salah satu rukun Islam yang ke lima. Hukum zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad.
Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar.

Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.

  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

    https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/pengertian-zakat/

    #zakat #pustakadaruliman #zakatfitrah #zakatharta #zakat