KITA MERINTIH, APA ALLAH JAWAB ?

Setiap ujian yang kita hadapi, pasti ada hikmahnya. Tidak kiralah apa jua bentuk ujian sekalipun, pasti ada hikmahnya. Ujian kerjaya, rumahtangga, pelajaran, kemasyarakatan dan sebagainya sering kita hadapi. Dan kadang-kadang apabila ujian sebegini hadir, kita cepat mengeluh. Seolah-olah tiada jawapan yang kita akan perolehi dari ujian tersebut.

Apakah kita akan terus mengeluh? Siapakah yang akan membantu kita ketika kita di dalam kesusahan?Bagi individu muslim, siapa lagikah yang mampu kita minta pertolongan? Dengan siapakah yang sudi mendengar keluhan permasalahan kita? Jika kita ingin meluahkan perasaan pada orang lain, belum tentu ada yang sudi mendengarnya. Kerana mungkin orang tersebut juga ada masalah lain yang dia sedang hadapi. Tetapi siapakah sebaik-baik pendengar masalah kita? Siapakah yang akan bersama kita ketika kita susah dan senang? Siapakah yang akan membantu kita merungkaikan segala masalah kita? Sudah semestinya Allah s.w.t.

Ya, Allah s.w.t yang telah menciptakan kita di dunia ini. Adakah Allah ingin biarkan kita bersendirian di dunia ini tanpa perhatian Dia? Sudah tentu tidak. Allah tidak akan menciptakan manusia melainkan diturunkan panduan buat manusia iaitu al-Quran. Malah bagi mempermudahkan perjalanan manusia itu, Allah utuskan para Rasul bagi memimpin manusia ke jalan yang benar. Tidakkah itu tanda Allah sayangkan pada kita?

Umar bin al-Khattab r.a meriwayatkan bahawa satu ketika dibawa ke hadapan Rasulullah saw satu kumpulan tawanan perang. Ternyata terdapat seorang perempuan di kalangan rombongan itu sedang mencari-cari sesuatu ( anaknya ). Setiap kali dia menjumpai bayi di kalangan rombongan tawanan itu maka dia pun terus mengambil dan memeluknya dan menyusuinya. Maka Rasulullah saw pun berkata kepada kami,“Apakah menurut kamu perempuan ini akan tergamak melemparkan anaknya ke dalam julangan api?”. Maka kamipun menjawab, “Tentu saja dia tidak akan sanggup melakukannya, demi Allah. Walaupun dia sanggup, pasti dia tidak ingin melemparkan anaknya.” Maka Rasulullah saw pun bersabda : “Sesungguhnya Allah jauh lebih menyayangi hamba-hambaNya dibandingkan kasih sayang ibu ini kepada anaknya.” ( Imam Bukhari dan Muslim)

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info menarik.

https://t.me/QuranDaruliman

#Allahjawab #kitamerintih #pustakadaruliman #qurandaruliman

QADA & FIDYAH

Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu untuk berpuasa…. Kalimat di atas merupakan sebagian dari ayat Al-Quran (Q.S. Al Baqarah : 183) yang menjadi landasan menjalankan ibadah Puasa bagi sekalian mukmin. Namun, terdapat beberapa orang yang kurang mampu menjalankan ibadah Puasa. Dengan berbagai faktor, seperti sakit, melahirkan, haidh, nifas, dan lain-lain. Sehingga atas kewajiban yang tidak terlaksana itu diyakini sebagai hutang. Oleh kerana itu, hutang harus dibayar, diberikanlah tuntunan yakni Qada dan Fidyah.

Qada

Qada ialah mengganti. Mengganti ibadah yang seharusnya dilakukan di waktu lainnya. Mengqada meliputi ibadah seperti solat dan puasa. Apabila seseorang muslim yang sudah baligh, yang sudah mendapatkan kewajiban untuk beribadah dan terdapat halangan untuk melakukannya, diberikan keringanan dan kesempatan untuk membolehkan mengqadakannya.

Kegiatan mengqadakan ibadah dilakukan bagi yang benar-benar berada di dalam keadaan unzur . Sehingga ia tidak mencapai tahap kewajibannya. Akan tetapi, mengqada tidak berlaku kepada orang-orang yang sengaja meninggal kewajipan dan lalai di saat waktu ibadah.

Fidyah

Fidyah pula ialah memberi makan. Kita mengenal Zakat Fitrah, dimana kewajiban seorang muslim memberikan bahan makanan kepada muslim lainnya yang tidak mampu. Fidyah merupakan kegiatan yang hampir sama dengan Zakat Fitrah. Perbezaan berdasar antara Fidyah dan Zakat Fitrah ialah Zakat Fitrah hanya boleh dilakukan saat bulan Ramadhan sedangkan Fidyah dilakukan pada semua bulan.

Fidyah dan mengqada merupakan kemudahan yang diajarkan oleh Nabi SAW untuk memberikan pembelajaran tanggung jawab seorang makhluk pada Allah SWT. Sebab adanya halangan/unzur, kita masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk dapat mengganti ibadah yang belum dilaksanakan tersebut.

Berapakah Besarnya Fidyah? Untuk dapat mengetahui berapa besar Fidyah bagi tiap orang miskin yang harus diberi makan, dapat dilihat pada beberapa nash hadits yang digunakan sebagai rujukan:

Dalam hadis riwayat Daruquthniy dari Ali bin Abi Thalib dan dari Ayyub bin Suwaid, menyatakan perintah Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yang melakukan jima’ atau berhubungan badan dengan isterinya di suatu siang di bulan Ramadhan untuk melaksanakan kifarah berpuasa selama dua bulan berturut-turut.

Kifarat

Kifarat puasa ialah denda yang di kenakan kepada suami yang melakuan jimak dengan isteri pada siang hari dengan sengaja pada bulan Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Dendanya ialah memerdekakan seorang hamba. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu juga, wajib memberi 60 cupak makanan asasi kepada 60 orang miskin.

Qada dan Fidyah dilakukan sesuai lamanya puasa yang ditinggalkan dan menurut alasan yang dikategorikan di bawah ini, misal orang meninggalkan puasa selama 7 hari, orang tersebut diwajibkan mengganti puasa selama 7 hari.

Rujukan :

1.Syaikh Khalid bin Abdullah Asy-Syaqifah, 2004, Fikih Imam Syafi’i Puasa & Zakat.
2. Lalu Khidir, 1981, Puasa dan Aspek-aspek Kehidupan Manusia.
3. Musyara wahab, 1995, Roh Ramadhan Aidil Fitri

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info menarik.
https://t.me/QuranDaruliman

“SELAMAT HARI RAYA SEMUA”
#fidyah #qada #puasa #pustakadaruliman #qurandaruliman #syawal2022

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia. PBAKL merupakan acara utama dalam kalendar global penerbitan bagi setiap tahun. Bermula tahun pertama, 1981, PBAKL berjaya mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung pada tahun 2013 sehingga kini. Hal ini demikian, kerana ia merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru. Selain itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh penerbit di seluruh rantau ini, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL. Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan sebagainya adalah antara aktiviti yang turut dijalankan bagi memenuhi keperluan komuniti pembaca yang tergolong daripada semua lapisan masyarakat.

Bilakah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 akan diadakan?
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 3 hingga 12 Jun 2022

Dimanakah PBAKL 2022 akan diadakan?
PBAKL 2022 akan diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Adakah saya perlu membayar yuran ke PBAKL?
Anda tidak perlu membayar yuran. Masuk adalah percuma.

Apakah senarai pempamer yang terlibat dalam PBAKL?
Lebih daripada 100 pempamer dikalangan penerbit, pengedar dan kedai buku dalam dan luar negara. Antaranya PUSTAKADARUL IMAN , PTS, Patriots, Fixi dan sebagainya.

Kenapa Perlu Takbir Raya?

Salah satu cara untuk menghidupkan malam raya adalah dengan melafazkan takbir raya aidilfitri.

Sabda Rasulullah: Barang siapa menghidupkan (dengan ibadah) pada malam dua hari raya kerana mengharap pahala Allah, maka hatinya tidak akan mati di hari semua hati mati. – [HR Ibn Majah 1772].

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang panduan takbir raya aidilfitri dan maksudnya yang lengkap untuk makluman bersama.

Tujuan Bertakbir

Tujuan melaungkan takbir adalah untuk mengagungkan Allah SWT pada hari-hari yang kita digalakkan oleh Syarak untuk merayakannya.

Inilah syiar dan simbol agama kita yang hendaklah kita sungguh-sungguh meraikannya sebagai tanda komitmen dan kepatuhan kita kepada Tuhan yang Esa.

Waktu Takbir Raya Aidilfitri

Takbir Hari Raya Aidilfitri atau Takbir Mutlak / Takbir Mursal bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, iaitu apabila masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah lafaz takbir raya Aidilfitri untuk panduan bersama:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا

وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ , وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ , صَدَقَ وَعْدَهُ , وَنَصَرَ عَبْدَهُ , وَأَعَزَّ جُنْدَهُ , وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ , اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Maksudnya:

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”

“Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang.

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info menarik..

https://t.me/QuranDaruliman

“SELAMAT HARI RAYA SEMUA”

Kelebihan Berpuasa 6 Hari di Bulan Syawal

Ramadan adalah perjalanan terbaik seseorang yang mencari keredhaan illahi, tetapi istiqamah dengan amal dan ibadah sesudahnya, merupakan suatu cabaran yang perlu dilalui dengan sebenar-benar kesungguhan.

Di penghujung ramadan, kebiasaanya jiwa seorang mukmin yang mencari ganjarannya menjadi semakin lebih suci. Malam-malam terakhirnya dipenuhi dengan ibadah-ibadah qiamullail, menjauhi tilam-tilam empuk, mendekati rumah Allah dan beriktikaf, mulut yang sentiasa dipenuhi dengan bacaan Al-Quran dan zikirullah, puasanya semakin mengesani seluruh gerak geri tubuh dan hatinya.

Alhamdulillah, kita baru sahaja menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah berpuasa sebulan Ramadhan. Setelah seminggu berhari raya, sudah ramai antara kita yang mula berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Antara kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal ini adalah seperti Sabda Nabi saw ini,
Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” (Riwayat Muslim)

Selain itu, Nabi saw juga bersabda,
“Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Antara manfaat lain berpuasa 6 hari di bulan Syawal ini adalah seperti berikut :
1.Menambahbaik kekurangan berpuasa di bulan Ramadhan.
2.Amalan untuk mendekati Allah swt boleh diteruskan selepas berakhirnya bulan Ramadhan.
3.Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.

Tercapailah fungsi sebenar madrasah Ramadhan yang mahu melahirkan insan-insan yang berubah atas asas jiwanya sendiri, bukan terikat dengan suasana dan waktu. Terdapat ungkapan masyhur mengatakan ;

كن ربانيا، ولا تكن رمضانيا
” Jadilah seseorang yang beribadah kerana Allah, bukan kerana Ramadhan “

In sha Allah, banyak manfaatnya berpuasa 6 hari di bulan Syawal ini. Mari kita sama-sama melaksanakannya.

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info ISLAMIK menarik & LIVE bacaan Al-Mulk Setiap hari jam 10 malam : https://t.me/QuranDaruliman

“SELAMAT HARI RAYA SEMUA”

Nuzul Al-Quran

Nuzul al-Quran bererti penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam Al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali.

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.

PEPERANGAN BADAR

PADA hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar al-Kubra. Badar ialah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dengan Makkah.
Tentera Islam mengawal lokasi strategik tersebut dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Peperangan itu melibatkan tentera Islam seramai 313 orang anggota berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.
Pada peringkat awal, tujuan tentera Islam bukan untuk berperang. Sebaliknya, tujuan mereka adalah untuk memintas pasukan pemimpin Makkah bernama Abu Sufyan dalam perjalanan pulang dari Syam.

Peperangan ini juga melibatkan para malaikat yang membantu orang yang beriman dan iblis yang memberikan semangat kepada kaum Musyrikin.

Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 orang tentera Musyrikin terbunuh. 70 orang lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

KESIMPULAN

Kita perlulah mengangkat Hari Nuzul Quran agar kita memperingat mengenai turunnya ayat Al-Quran ke atas Nabi Muhammad SAW, justeru itu, kita sebagai hambanya seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai pedomen hidup sehinggalah ke penghakhiran ayat kita di dunia ini, AL-Quranlah Syafaat kita kelak, semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan dijauhi daripada azab api neraka.

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info islamik menarik

https://t.me/QuranDaruliman

#Pustakadaruliman
#qurandaruliman
#nuzulquran2022