Category Archives: Uncategorized

Beradab Mendengar Azan Akan Mendapat Syafaat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda,

“Apabila kalian mendengar muazzin (mengumandangkan azan) maka ucapkanlah seperti yang dia ucapkan, kemudian berselawatlah atasku, kerana orang yang berselawat atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat atasnya dengannya sepuluh kali, kemudian mintalah kepada Allah wasilah untukku, kerana ia adalah suatu tempat di syurga, tidaklah layak tempat tersebut kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan saya berharap agar saya menjadi hamba tersebut. Dan barangsiapa memintakan wasilah untukku, maka ia akan beroleh syafaat.” (HR Muslim No: 577)

PENGAJARAN :

Orang yang mendengar azan yang dilaungkan oleh bilal atau muazin akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW. Untuk mendapat syafaat itu, kita perlu menjaga adab apabila mendengar azan, antaranya ialah:

a. Mengikut lafaz yang diucapkan oleh muazin (dengan kadar perlahan) selepas setiap lafaz.

b. Berselawat selepas azan dilaungkan (orang yang berselawat sekali, Allah akan berselawat [memberi ampun kepadanya] sebanyak 10 kali).

c. Berdoa selepas azan agar diberikanlah kedudukan dan keutamaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita menjaga adab ketika azan dilaungkan agar kita mendapat syafaat Rasulullah SAW.

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2023

Sambutan Hari Kanak-Kanak ini di Malaysia disambut pada 20 November setiap tahun.
Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO mula mengisytiharkan 20 November sebagai Hari Kanakkanak Sedunia

Sejarah Sambutan

Hari Kanak-kanak Sedunia kali pertama diisytiharkan pada tahun 1925, di Persidangan Kebajikan Kanak-Kanak Sedunia di Geneva Switzerland.

Pada awalnya, sambutan ini tidak diiktiraf secara rasmi di seluruh dunia namun pada tahun 1954, negara United Kingdom telah menggalalakkan negara lain untuk mewujudkan sambutan satu hari untuk bagi persefahaman di antara kanak-kanak dan untuk meningkatkan kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia. 

Oleh itu, Hari Kanak-Kanak Sedunia akhirnya diisytiharkan pada tahun 20 November 1959 oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menerima pakai Deklarasi Hak Kanak-kanak.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Malaysia

Di Malaysia, sambutan ini kali pertama disambut pada tarikh 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur.

Sambutan ini dijalankan sebaik sahaja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan tarikh ini sebagai hari untuk persaudaraan dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Deklarasi Hak Kanak-Kanak

Deklarasi Hak Kanak-kanak merupakan dokumen antarabangsa yang mengutarakan mengenai hak kanak-kanak.

Deklarasi ini pada asalnya dicadangkan oleh aktivis hak asasi manusia Eglantyne Jebb dan diterima pakai oleh Liga Bangsa-Bangsa pada 1924.

Antara perkara yang terkandung di dalam deklarasi ini adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak mesti diberikan cara yang diperlukan untuk perkembangan normalnya, baik dari segi material dan rohani.
  • Anak yang lapar harus diberi makan, anak yang sakit harus dirawati, anak yang mundur harus dibantu, anak yang nakal harus dinasihati, dan anak yatim dan orang tua harus diberikan perlindungan dan pertolongan.
  • Kanak-kanak mesti menjadi orang pertama yang menerima bantuan semasa kesusahan.
  • Kanak-kanak itu mesti diletakkan dalam kedudukan yang mesti dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi.
  • Kanak-kanak itu mesti dibesarkan dalam kesedaran bahawa bakatnya mesti ditumpukan kepada perkhidmatan sesama manusia.

Deklarasi penuh boleh dirujuk melalui laman web https://www.unicef.org/child-rights-convention/convention-text.

Hak Kanak-Kanak

Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak mengandungi sejumlah 54 hak kanak-kanak antaranya ialah:

  • Hak untuk Hidup (Perkara 6)
  • Hak untuk memberikan pendapat mereka (Perkara 12)
  • Hak untuk mendapatkan makanan, pakaian, tempat tinggal yang selamat dan untuk memenuhi keperluan asas mereka (Perkara 27)
  • Hak untuk mendapat pendidikan (Perkara 28)
  • Hak untuk bermain dan berehat (Perkara 31)
  • Hak untuk mendapat perlindungan daripada kerja yang membahayakan mereka, dan tidak baik untuk kesihatan dan pendidikan mereka (Perkara 32)

Anak Sebagai Anugerah

Anak-anak merupakan hibah dan anugerah daripada Allah SWT sebagaimana yang difirmankan-Nya:

يَهَبُ لِمَنْ يَشَاء إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاء الذُّكُورَ

Maksudnya: “Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.”

(Surah al-Syura: 49)

Dalam Tafsir al-Maraghiy ada menyatakan bahawa maksud anak di sini ialah anak kandung sahaja. Seseorang yang mencintai isteri dan anaknya mempunyai sebab yang sama, iaitu meneruskan keturunan dan mengekalkan zuriat manusia. Perasaan cinta seorang ayah terhadap anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan, kerana anak lelaki dianggap penyambung zuriat, mampu mengekalkan nama dan dapat membentuk sebuah institusi keluarga yang menjadi kebanggaan masyarakat. Di samping itu, dia menjadi tempat tumpuan harapan seorang ayah dalam menjamain kehidupan mereka. Anak lelaki juga diharapkan dapat menagangkat martabat orang tuanya. Apabila anak perempuan meningkat dewasa, mereka akan berpisah dengan keluarga dan menjadi keluarga lain. Lihat Tafsir al-Maraghiy Jilid 2 (hal. 705-706)

Anak Sebagai Ujian

Allah Taala berfirman:

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian bagimu”

(Surah at-Taghaabun: 15)

Dalam Tafsir al-Maraghiy telah diperincikan bahawa kecintaan kepada harta benda dan anak-anak adalah cubaan dan ujian kerana seringkali perkara itu menjadi penyebab kepada perbuatan dosa dan pelanggaran terhadap apa-apa yang dilarang. Lihat Tafsir al-Maraghiy Jilid 14 (hal. 7053)

Anak Sebagai Kecintaan Jiwa Dan Syahwat

Allah Taala berfirman:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ

Maksudnya: “Dijadikan indah dalam (pandangan) manusia cinta kepada apa-apa yang diinginkan, yaitu: wanita-wanita, anak-anak”

(Surah Ali Imran: 14)

            Dalam Tafsir Ibnu Katsir telah dijelaskan bahawa kecintaan kepada anak dimaksudkan untuk kebanggaan dan sebagai perhiasan, dan hal ini termasuk ke dalam kategori (ayat) ini. Tetapi terkadang juga kecintaan pada anak itu dimaksudkan untuk memperbanyak keturunan dan memperbanyak jumlah umat Muhammad yang hanya beribadah kepada Allah; semata, yang tiada sekutu bagi Nya. Hal ini sangat terpuji, sebagaimana tersebut dalam sebuah hadits: “Kawinilah wanita yang dicintai (keibuan) dan yang melahirkan banyak keturunan, karena aku bangga dengan jumlah kalian yang banyak, sebagai umat yang terbanyak pada hari Kiamat kelak.”

Anak Sebagai Permata Hati

Allah Taala berfirman:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami”

(Surah al-Furqan:74)

            Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran telah menafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa perasaan ingin supaya bilangan orang-orang yang berjalan kepada Allah sentiasa bertambah ramai terutama zuriat dan pasangan-pasangan hidup mereka, kerana golongan ini merupakan golongan di bawah tanggungjawab mereka paling dekat dan merupakan golongan amanah yang akan disoal kemudian hari, juga perasaan ingin agar seseorang Mu’min itu merasa bahawa dia adalah contoh teladan yang baik yang dapat diikuti oleh orang-orang yang cintakan Allah. Ini bukannya sikap mementingkan diri sendiri dan bukan pula berlagak angkuh kerana seluruh angkatan mereka berada di jalan menuju kepada Allah belaka. Lihat Tafsir Fi Zilalil Quran jilid 11 (hal. 572).

Tanggungjawab ibu bapa

Antara tanggungjawab ibu bapa bukan skadar memberi makan dan pakai semata-mata tetapi sebagai manusia amat perlu melakukan lebih daripada itu. Antaranya:

  • Mendidik
  • Mengajar
  • Mengasuh
  • Memberi hak kepada mereka
  • Menyuruh solat dan beribadat atau amal makruf
  • Melarang sebarang bentuk kemungkaran atau nahi munkar

Ketahuilah anak adalah amanah Allah yang wajib kita sayang sedangkan binatang juga mengasihi anak-anaknya dengan rahmat yang Allah campakkan pada diri mereka, inikan manusia yang sepatutnya mempunyai sifat insaniatul insan, kemanusiaan yang sudah hampir malap dalam kehidupan.

Sumber : https://studentportal.my/sambutan-hari-kanak-kanak/

JOM RANCANG CUTI PANJANG 2024 ANDA !!!!

Perancangan percutian lebih awal membolehkan kita untuk merancang cuti yang boleh diambil dan membuat pengiraan peruntukan bagi perjalanan, penginapan dan perbelanjaan am jadi amat penting jika anda sudah mengetahui senarai cuti umum 2024.  Sekiranya anda merancang untuk mengambil cuti panjang ketika hari bekerja, boleh pilih tarikh bersesuaian.

Berikut merupakan cuti hujung minggu yang telah disenaraikannya untuk memudahkan anda menggunakan sebagai panduan untuk bercuti bersama keluarga dengan merancang lebih awal.

Januari 2024

  • 30/12/2023
  • 31/12/2023 – New Year
  • 1/1/2024 – New year 2024

Februari 2024

  • 1/02/2024 – Khamis Hari Wilayah
  • 2/02/2024 – Mohon cuti
  • 3/02/2024 – Sabtu
  • 4/02/2024 – Ahad
  • 9/02/2024 – Mohon cuti
  • 10/02/2024 – Tahun Baru Cina
  • 11/02/2024 – Tahun Baru Cina
  • 12/02/2024 – Chinese New Year
  • 13/02/2024 – Mohon cuti

*Kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan mendapat cuti pada 12 Februari.

Mac 2024

  • 28/03/2024 – Khamis – Nuzul al-Quran *bergantung kepada syarikat
  • 29/03/2024 – Jumaat mohon cuti
  • 30/03/2024 – Sabtu
  • 31/03/2024- Ahad

April 2024

  • 10/04/2024 – Rabu Hari Raya Aidilfitri
  • 11/04/2024 – Khamis Hari Raya Aidilfitri
  • 12/04/2024 – Jumaat mohon cuti
  • 13/04/2024 – Sabtu
  • 14/04/2024 – Ahad
  • 15/04/2024 – Isnin mohon cuti

Mei 2024

  • 1/05/2024 – Rabu Hari Buruh
  • 2/05/2024 – Khamis mohon cuti
  • 3/05/2024 – Jumaat mohon cuti
  • 4/05/2024 – Sabtu
  • 5/05/2024 – Ahad
  • 22/05/2024 – Rabu Hari Wesak
  • 23/05/2024 – Khamis mohon cuti
  • 24/05/2024 – Jumaat mohon cuti
  • 25/05/2024 – Sabtu
  • 26/05/2024 – Ahad

Jun 2024

  • 31/05/2024 – Jumaat mohon cuti
  • 1/06/2024 – Sabtu
  • 2/06/2024 – Ahad
  • 3/06/2024 – Hari Keputeraan YDP Agong
  • 15/06/2024 – Sabtu
  • 16/06/2024 – Ahad
  • 17/06/2024 – Isnin Hari Raya Haji
  • 18/06/2024 – Selasa mohon cuti

Julai 2024

  • 05/07/2024 – Jumaat mohon cuti
  • 06/07/2024 – Sabtu
  • 07/07/2024 – Ahad
  • 08/07/2024 – Cuti umum Awal Muharram

September 2024

  • 13/09/2024 – Jumaat mohon cuti
  • 14/09/2024 – Sabtu
  • 15/09/2024 – Ahad
  • 16/09/2024 – Hari Malaysia/Maulidur Rasul

Oktober & November 2024

  • 31/10/2024 – Khamis Deepavali
  • 1/11/2024 – Jumaat mohon cuti
  • 2/11/2024 – Sabtu
  • 3/11/2024 – Ahad

Disember 2024

  • 25/12/2024 – Rabu Hari Krismas
  • 26/12/2024 – Khamis mohon cuti
  • 27/12/2024 – Jumaat mohon cuti
  • 28/12/2024 – Sabtu
  • 29/12/2024 – Ahad

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jom mulakan perancangan anda hari ini dengan melihat senarai cuti umum 2024 dan ajak keluarga anda merancang untuk satu percutian yang sukar dilupakan!

Jom rancang cuti anda !!!!!

#supportlocal #cuticutimalaysia #malaysia #pustakadaruliman

Sumber : https://www.kerjakosong.co/senarai-cuti-umum-tahun-2024-rancang-percutian-lebih-awal-mulai-sekarang/

APA KEISTIMEWAAN UMAT NABI MUHAMMAD ?

Nikmat terbesar yang patut kita syukuri adalah ketika dipilih menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Kernana sebagai  umat Nabi Muhammad SAW, kita memiliki banyak keistimewaan yang tidak dimiliki oleh umat-umat lain. bertuahnya kita semua.

Bahkan Allah SWT memuji umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat yang terbaik.

كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ ۗ وَلَوْ اٰمَنَ اَهْلُ الْكِتٰبِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ ۗ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ وَاَكْثَرُهُمُ الْفٰسِقُوْنَ

Bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (QS Ali Imran: 110)

Berikut ini sejumlah keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW

1. Umat pertama yang masuk syurga

Dalam Hadis Riwayat Imam Muslim disebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Kita (Muhammad SAW dan umatnya) adalah umat yang terakhir, dan yang paling pertama pada hari kiamat, kami adalah orang yang pertama masuk syurga.”

2. Allah Memaafkan kita saat lupa

Dalam Hadits Riwayat Muslim disebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku, apa yang terselit di dalam hati, selama belum diucapkan mahupun dilakukan.” Kemudian di hadis lain, Beliau bersabda: “Dimaafkan untuk umatku akibat, tersalah (tak sengaja), terlupa dan terpaksa.” (HR. Al Baihaqi).

3. Allah memberi pahala dua kali lipat

Sesungguhnya perumpamaan dibandingkan orang-orang Yahudi dan Nasrani seperti seseorang yang memperkerjakan para pekerja yang dia berkata: “Siapa yang mahu bekerja untukku hingga pertengahan siang dengan upah satu qirath, maka orang-orang Yahudi melaksanakannya dengan upah satu qirath per satu qirath. Lalu orang-orang Nasrani mengerjakannya dengan upah satu qirath per satu qirath. Kemudian kalian mengerjakan mulai dari solat Asar hingga terbenamnya matahari dengan upah dua qirath per dua qirath. Maka orang-orang Yahudi dan Nasrani marah seraya berkata: “Kami yang lebih banyak amal namun lebih sedikit upah!” Lalu orang itu berkata: “Apakah ada yang aku zalimi dari hak kalian?” Mereka menjawab: “Tidak ada”. Orang itu berkata: “Itulah kurniaan dari-Ku yang Aku memberikannya kepada siapa yang aku kehendaki.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).

4. Mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW

Dalam Hadits Riwayat Ibnu Majah disebutkan bahwa, Rasulullah SAW bersabda: “Aku disuruh memilih antara setengah umatku akan dimasukkan ke surga dengan diberi syafa’at, maka aku memilih syafaat, kerana sesungguhnya syafaat lebih mencakup dan lebih mencukupi, bagaimana pendapat kalian, apakah ia hanya diberikan kepada orang-orang yang bertakwa saja? Tidak, akan tetapi ia di berikan juga terhadap orang-orang yang berdosa dan orang-orang yang banyak kesalahan.

5. Tidak mendapat siksa di hari kiamat

Dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Umatku ini umat yang disayangi, ia tidak disiksa pada hari kiamat. Siksaannya ada di dunia berupa fitnah, gempa dan pembunuhan.” (HR Abu Dawud dan Al-Hakim).

Itulah dia beberapa keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada Kita selaku umatnya Nabi Muhammad SAW. Selain keistimewaan yang sudah disebutkan di atas, masih banyak keistimewaan lainnya , semoga kita dapat juga memberi syafa’at kepada orang lain.

Umat Nabi Muhammad SAW juga akan masuk syuga dengan wajah yang bersinar. Doa kita dijamin akan dikabulkan Allah SWT, dan perintah untuk berselawat yang ganjarannya luar biasa hebat iaitu Allah SWT akan mencatat untuknya sepuluh kebaikan, menghapus sepuluh keburukan, dan mengangkat sepuluh darjat.

Sumber :

1) https://muftins.gov.my/buku/keistimewaan-umat-muhammad-siri-1/
2) https://www.panturapost.com/sinau/2073258626/5-keistimewaan-umat-nabi-muhammad-saw-umat-terbaik-yang-dipuji-allah-swt

KENAPA KITA PERLU MENGIMARAHKAN MASJID?

Berhubung dengan pengimarahan masjid, para ulama ada membincangkannya. Sebelum dibincangkan lanjut tentang hal itu, eloklah dilihat maksud mengimarahkan masjid.

Dalam kitab Fatwa al-Azhar disebutkan makna imarah masjid iaitu membinanya, membersihkannya, memberi perkhidmatan kepadanya selain daripada tujuan ibadat.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 36:


فى بيوت أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه

Maksudnya:

“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya.”

SYARAT IMARAHKAN MASJID

Syarat utama pengimarahan masjid ialah orang yang terlibat mestilah orang Islam. Orang kafir tidak boleh mengimarahkan masjid dan tidak akan diterima oleh Allah. Masyarakat Arab Jahiliyyah sebelum Islam mengimarahkan al-Masjid al-Haram dengan memberi khidmat, memberi minum kepada jemaah haji dan mereka yakin mereka melaksanakan tugas besar, walhal apa yang mereka lakukan hanyalah imarah dari sudut binaan dan fizikal luaran sahaja. Mereka tidak mengimarahkan dari sudut roh dan tujuan masjid dibina iaitu untuk menyembah Allah dan tidak melakukan syirik. Sebab itu Allah berfirman dalam surah al-Taubah ayat 19:


أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الاخر وجاهد فى سبيل الله لا يستوون عند الله واللّه لا يهدى القوم الظالمين

Maksudnya:

“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan   al-Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.”

Mengimarahkan masjid berlaku apabila seseorang mukmin berulang alik ke masjid, mendirikan solat jemaah, iktikaf dan terlibat dengan kegiatan dakwah, ceramah, kuliah dan seumpamanya. Inilah yang difirmankan Allah dalam al-Taubah ayat 18:


إنما يعمر مساجد الله من امن باللّه واليوم الآخر وأقام الصلاة وآتى الزكاة ولم يخش إلا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين

Maksudnya:

“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut), maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

Oleh itu, imarah masjid itu bukan setakat mentadbirnya sahaja, tetapi lebih kepada menghidupkan masjid dengan tujuan menyerlahkan syiar Islam.

Kesatuan di dalam Masjid

Di masjid, umat Islam menemukan ketenangan hidup dan penyucian jiwa kerana di sana terdapat majlis-majlis yang bermanfaat. Dengan itu, masjid bagi umat Islam adalah institusi paling penting dalam membina masyarakat yang terbilang, cemerlang dan gemilang dari sudut akhlak dan pekertinya.

Di masjid juga akan timbul rasa kesatuan. Di masjid, semua masyarakat bertemu berkeadaan darjat yang sama kerana Allah s.w.t tidak memandang akan darjat satu-satu masyarakat di atas dunia ini selain nilai takwa yang ada pada mereka. Sememangnya bagi Allah s.w.t, yang paling terhormat dan termulia di antara hamba-hamba-Nya adalah mereka yang paling bertakwa di antara mereka.

Dalam upacara keagamaan, masjid berfungsi sebagai tempat melakukan solat, yang mana di dalam hadith disebutkan ia sebagai tiang agama, baik solat fardhu mahupun solat sunat. Firman Allah:

يُسَبِّحُ لَهُۥ فِيهَا بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأٓصَالِ رِجَالٞ لَّا تُلۡهِيهِمۡ تِجَٰرَةٞ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِ يَخَافُونَ يَوۡمٗا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَٰرُ

Maksudnya: “Bertasbih kepada Allah di dalamnya pada waktu pagi dan waktu petang, lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual belinya daripada mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang mana (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.” (Surah al-Nur: 36-37).

Fungsi Lain Masjid

Selain fungsi ibadat, masjid juga memiliki fungsi sosial. Di masjid dapat dilangsungkan proses pendidikan atau tarbiyyah dalam bidang tafsir, hadith, fiqh, tajwid dan sebagainya.

Masjid pada waktu hidupnya Junjungan s.a.w merupakan pusat berbagai-bagai aktiviti. Sejarah mencatat bahawa peranan yang telah dimainkan oleh masjid pada zaman Nabi ialah ia menjadi tempat motivasi dan komunikasi mengenai masalah ekonomi, sosial dan budaya, tempat latihan ketenteraan dan persiapan alat-alatannya, tempat pengubatan para pejuang Islam, tempat perdamaian dan pengadilan, tempat menerima tetamu, tempat menahan tawanan dan pusat penerangan tentang agama.

Umat Islam yang memanfaatkan fungsi masjid ini sebagai tempat ibadat dan aktiviti sosial, merekalah yang mampu memberi impak kemaslahatan kepada masyarakat di samping dapat ganjaran dari Allah. Salah satu bentuk ganjaran itu dijelaskan dalam sabda Nabi s.a.w:

مَا مِنْ أَحَدٍ يَغْدُو أَوْ يَرُوحُ إِلَى الْمَسْجِدِ وَيُؤْثِرُهُ عَلَى مَا سِوَاهُ، إِلَّا وَلَهُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى نُزُلٌ يُعِدُّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Yang maksudnya: “Siapa sahaja yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid dan mendahulukan amalan itu daripada perkara lain, maka Allah s.a.w akan menyediakan untuknya jamuan daripada dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang itu.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

          Cara yang terbaik mengajak orang ramai mengimarahkan masjid selain melalui kuliah-kuliah ialah pemimpin-pemimpin masyarakat seperti ahli jawatankuasa masjid, ahli jawatankuasa kampung, ahli-ahli persatuan, wakil-wakil rakyat dan seumpamanya turut sama mengimarahkan masjid. Dengan itu mereka akan jadi ikutan anggota masyarakat dalam mengimarahkan masjid. Ini berdasarkan kaedah:

الناس على دين ملوكهم

Maksudnya: “Orang ramai akan mengikut cara dan jejak langkah pemimpin mereka.”

Menarik Golongan Muda ke Masjid

Kami juga pernah mengulas berkenaan isu cara menarik golongan muda ke masjid dalam siri artikel kami sebelum ini. Kami kemukakan beberapa cadangan dalam isu tersebut, antaranya:

  • Libatkan orang muda dalam ahli Jawatankuasa masjid.
  • Wujudkan aktiviti yang bersifat mesra orang muda sama ada di masjid atau kawasan sekitarnya agar perasaan kasih kepada masjid sentiasa subur.
  • Adakan ceramah khas untuk orang muda yang menjawab isu berkaitan kehidupan yang dialami oleh mereka dan jalan penyelesaiannya. Sebagai contoh, isu cinta mengikut neraca syariat sebenar, isu membina keluarga bahagia, isu melunaskan hutang dengan sebaik mungkin dan lain-lain.
  • Wujudkan bahan bacaan di perpustakaan masjid yang meraikan kehendak orang muda.
  • Adanya kemudahan komputer dan capaian internet yang terpimpin untuk maklumat mereka berkaitan agama Islam.
  • Adakan majlis makan atau sembang santai dengan orang muda dalam uslub dakwah yang mengharmonikan, bukan meliarkan.
  • Bina beberapa team mengikut minat orang muda seperti chef masakan orang muda, team pengkaji sejarah, team perbincangan pemikiran semasa, team jahitan, team sukan, team motorbike, dan lain-lain lagi.
  • Bina tempat yang serasi dan selesa bagi orang muda seperti coffee corner dan juga terdapatnya wifi yang sentiasa dipandu dan dipimpin ke arah kebaikan.
  • Letakkan di mini perpustakaan majalah-majalah semasa terutamanya berbentuk Islamik atau info, begitu juga dengan buku yang berkaitan kisah-kisah dan penceritaan yang menarik, penuh dengan iktibar serta pengajaran.
  • Wujudkan laman yang mesra masyarakat terutamanya orang muda sebagai sudut terapi yang kemungkinan adanya kolam ikan, sentiasa rapi dan bersih sifatnya, sedap mata memandang.
  • Beri insentif kepada orang muda yang melazimi masjid dan aktif dalam kemasyarakatan di bawah anjuran masjid.
  • Wujudkan tarikan seperti menyediakan khidmat penyelenggaraan motosikal seperti memberikan khidmat penukaran minyak hitam motosikal secara percuma kepada mereka yang datang berjemaah pada waktu solat Subuh. Begitu juga servis-servis lain seperti menukar penapis minyak, palam pencucuh, kabel brek, minyak gear dan sebagainya kerana kebanyakan minat anak muda adalah tertumpu kepada industri motosikal.

Penutup

Sebagai perkongsian dan perincian, marilah kita sama-sama menghayati kata-kata Syeikh Dr. Mustafa al-Siba’i dalam perbahasan beliau tentang pembinaan Masjid Nabawi serta fungsi sebenar masjid. Semoga ada manfaatnya buat para pembaca yang budiman sekalian.

“Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, maka kerja yang pertama dilakukan adalah membina padanya masjid. Ini menunjukkan kepentingan masjid dalam Islam. Apatah lagi terdapat pada masjid itu mesej kemasyarakatan dan kerohanian yang besar kedudukannya dalam kehidupan muslimin. Masjidlah yang menyatupadukan mereka, mendidik jiwa, menyedarkan hati dan akal, menyelesaikan masalah dan di masjidlah dizahirkan kekuatan dan prinsip mereka.

Sejarah masjid dalam Islam telah membuktikan bahawa daripada masjid bergeraknya tentera Islam memenuhi bumi dengan hidayah Allah. Daripada masjid juga diutuskan obor cahaya dan hidayah untuk muslimin dan selain mereka. Di masjidlah bermula subur dan berkembangnya benih ketamadunan Islam. Tidaklah Abu Bakr, `Umar, Uthman, `Ali, Khalid, Sa`ad, Abu `Ubaidah dan seumpama mereka, yang merupakan tokoh-tokoh agung sejarah Islam melainkan para penuntut di madrasah Muhammadiyyah (sekolah Rasulullah SAW), yang bertempat di Masjid Nabawi.

Jadikanlah masjid kembali sebagai tempat utama dalam semua institusi kemasyarakatan kita. Jadikanlah masjid kembali memainkan peranannya dalam mentarbiah manusia, melahirkan tokoh, membaiki kerosakan masyarakat, memerangi kemungkaran dan membina masyarakat atas asas taqwa dan keredhaan Allah.”

Sumber :

1) https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/3618-bayan-linnas-siri-ke-206-pengimarahan-masjid-tugas-kita

2) http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/perkhidmatan/unit-fatwa/kemusykilan-agama-islam/ibadat/185-cara-mengimarahkan-masjid

DOA HINDARI DIRI DARI HUTANG

Pada hari ini, anak muda khususnya dilihat sering hidup secara mewah sehingga kadang-kala sanggup berhutang keliling pinggang semata-mata untuk kelihatan hebat di depan orang lain. Malah apa yang menyedihkan, masih ada daripada mereka yang sudah lama bekerja tidak mempunyai simpanan peribadi kerana sikap yang terlalu boros dan pada akhirnya berhutang dengan orang lain setelah kehabisan wang.

DEFINISI HUTANG

Hutang atau al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. Orang yang berhutang mempunyai tanggungjawab untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa apa-apa tambahan terhadap harta yang dipinjam itu.

Dalam Al Quran sendiri Allah telah menetapkan perihal hutang sebagai panduan kita agar urusan lebih telus dan terjamin.

Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

Yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).” (Surah al-Baqarah: 282)

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Berdasarkan firman Allah tersebut, perlaksanaan hutang adalah dibolehkan dengan syarat mestilah ada dokumen yang sah dalam tempoh yang ditentukan oleh kedua-dua belah pihak.

Namun ada dalil yang menegaskan betapa pentingnya untuk kita melunaskan hutang seperti riwayat di bawah:
نفس المؤمن مُعَلّقة بدَيْنِه حتى يُقْضى عنه
Yang bermaksud: “Jiwa seseorang yang beriman tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

HUKUM MEMBERI HUTANG DAN BERHUTANG

Hukum memberi hutang adalah sunat dan sangat digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah SWT. Ia merupakan satu amalan yang mulia jika tujuannya untuk menolong meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup. Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada orang-orang yang berhutang.

Firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Surah al-Ma’idah: 2)

Hukum berhutang pula adalah harus. Walau bagaimanapun dalam lain-lain perkara, hukum berhutang berubah mengikut keadaan. Jika seseorang itu benar-benar kesuntukan dan memerlukan wang untuk membiayai keluarganya, maka wajib untuk dia berhutang. Manakala hukum berhutang bagi pemberi hutang (pemiutang) adalah berubah mengikut keadaan dalam tiga bentuk iaitu:

1. Haram: Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan sebagainya;
2. Makruh : Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau menunjuk-nunjuk, ataupun penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang tersebut; dan
3. Wajib : Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya dan tiada cara lain untuk dia memperolehinya kecuali dengan cara berhutang.

TANGGUNGJAWAB PENGHUTANG

1. Hutang adalah amanah yang wajib dijelaskan.
Allah SWT memerintahkan agar kita menunaikan amanah. Hutang merupakan amanah yang terpikul di atas bahu penghutang.

Firman Allah SWT:
فَإِنْ أَمِنَ بَعْضُكُمْ بَعْضًا فَلْيُؤَدِّ الَّذِي اؤْتُمِنَ أَمَانَتَهُ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
Yang bermaksud: “Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya.” (Surah al-Baqarah: 283)

Manakala dalam Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah An-Nisa’: 58)

2. Berhutang dengan niat yang baik.
Seseorang yang berhutang hendaklah berniat untuk membayar hutangnya semula.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَن أخَذَ أمْوالَ النَّاسِ يُرِيدُ أداءَها أدَّى اللَّهُ عنْه، ومَن أخَذَ يُرِيدُ إتْلافَها أتْلَفَهُ اللَّهُ
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan tujuan untuk membayarnya (mengembalikannya), maka Allah akan tunaikan untuknya. Dan sesiapa yang mengambilnya untuk tujuan tidak melunasinya, maka Allah akan membinasakannya.” (Riwayat Bukhari)

3. Membayar hutang dengan baik.
Seseorang yang berhutang hendaklah membayar hutangnya dengan baik. Sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ خِيَارَكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً
Yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik dalam pengembalian (hutang).” (Riwayat al-Bukhari)

TANGGUNGJAWAB WARIS MELUNAS HUTANG SI MATI

Kebiasaan masyarakat melayu Islam, apabila berlaku kematian perkara yang menjadi keutamaan adalah pembahagian faraid tanpa mengira untuk menyelesaikan hutang atau melaksanakan wasiat yang si mati pernah buat.

Seseorang yang mempunyai hutang dan kemudian dia meninggal dunia, hutangnya hendaklah dilangsaikan oleh waris-warisnya atau pentadbir yang dilantik. Hutang boleh dibayar menggunakan harta pusakanya. Ia sebagaimana firman Allah SWT:

مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ

Yang bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.” (Surah al-Nisa’: 11)

Begitulah pentingnya melunaskan hutang si mati agar tidak menjadi sekatan untuk melangkah ke syurga.

Secara praktisnya, pembayaran hutang dibuat semasa proses tuntutan pusaka. Hutang dan senarai harta perlu dilampirkan bersama semasa permohonan dibuat. Oleh itu amat penting proses tuntutan pusaka disegerakan bagi memastikan hutang si mati dapat diselesaikan.

DOA HINDARI HUTANG

1) Cadangan doa Pertama

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”

2) Cadangan doa Kedua


اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu. – Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih.

3) Cadangan doa ketiga

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.” – Riwayat al-Bukhari (832) dan Muslim (129)

Sumber :

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/896-irsyad-al-hadith-siri-ke-180-doa-doa-untuk-melangsaikan-hutang

https://puanumi.com/hutang-hukum-berdasarkan-kepada-al-quran-dan-hadis/