Category Archives: Uncategorized

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia. PBAKL merupakan acara utama dalam kalendar global penerbitan bagi setiap tahun. Bermula tahun pertama, 1981, PBAKL berjaya mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung pada tahun 2013 sehingga kini. Hal ini demikian, kerana ia merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru. Selain itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh penerbit di seluruh rantau ini, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL. Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan sebagainya adalah antara aktiviti yang turut dijalankan bagi memenuhi keperluan komuniti pembaca yang tergolong daripada semua lapisan masyarakat.

Bilakah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 akan diadakan?
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 3 hingga 12 Jun 2022

Dimanakah PBAKL 2022 akan diadakan?
PBAKL 2022 akan diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)

Adakah saya perlu membayar yuran ke PBAKL?
Anda tidak perlu membayar yuran. Masuk adalah percuma.

Apakah senarai pempamer yang terlibat dalam PBAKL?
Lebih daripada 100 pempamer dikalangan penerbit, pengedar dan kedai buku dalam dan luar negara. Antaranya PUSTAKADARUL IMAN , PTS, Patriots, Fixi dan sebagainya.

Kenapa Perlu Takbir Raya?

Salah satu cara untuk menghidupkan malam raya adalah dengan melafazkan takbir raya aidilfitri.

Sabda Rasulullah: Barang siapa menghidupkan (dengan ibadah) pada malam dua hari raya kerana mengharap pahala Allah, maka hatinya tidak akan mati di hari semua hati mati. – [HR Ibn Majah 1772].

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang panduan takbir raya aidilfitri dan maksudnya yang lengkap untuk makluman bersama.

Tujuan Bertakbir

Tujuan melaungkan takbir adalah untuk mengagungkan Allah SWT pada hari-hari yang kita digalakkan oleh Syarak untuk merayakannya.

Inilah syiar dan simbol agama kita yang hendaklah kita sungguh-sungguh meraikannya sebagai tanda komitmen dan kepatuhan kita kepada Tuhan yang Esa.

Waktu Takbir Raya Aidilfitri

Takbir Hari Raya Aidilfitri atau Takbir Mutlak / Takbir Mursal bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, iaitu apabila masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah lafaz takbir raya Aidilfitri untuk panduan bersama:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا

وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ , وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ , صَدَقَ وَعْدَهُ , وَنَصَرَ عَبْدَهُ , وَأَعَزَّ جُنْدَهُ , وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ , اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Maksudnya:

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”

“Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang.

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info menarik..

https://t.me/QuranDaruliman

“SELAMAT HARI RAYA SEMUA”

Kelebihan Berpuasa 6 Hari di Bulan Syawal

Ramadan adalah perjalanan terbaik seseorang yang mencari keredhaan illahi, tetapi istiqamah dengan amal dan ibadah sesudahnya, merupakan suatu cabaran yang perlu dilalui dengan sebenar-benar kesungguhan.

Di penghujung ramadan, kebiasaanya jiwa seorang mukmin yang mencari ganjarannya menjadi semakin lebih suci. Malam-malam terakhirnya dipenuhi dengan ibadah-ibadah qiamullail, menjauhi tilam-tilam empuk, mendekati rumah Allah dan beriktikaf, mulut yang sentiasa dipenuhi dengan bacaan Al-Quran dan zikirullah, puasanya semakin mengesani seluruh gerak geri tubuh dan hatinya.

Alhamdulillah, kita baru sahaja menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah berpuasa sebulan Ramadhan. Setelah seminggu berhari raya, sudah ramai antara kita yang mula berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Antara kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal ini adalah seperti Sabda Nabi saw ini,
Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” (Riwayat Muslim)

Selain itu, Nabi saw juga bersabda,
“Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Antara manfaat lain berpuasa 6 hari di bulan Syawal ini adalah seperti berikut :
1.Menambahbaik kekurangan berpuasa di bulan Ramadhan.
2.Amalan untuk mendekati Allah swt boleh diteruskan selepas berakhirnya bulan Ramadhan.
3.Mudah berpuasa selepas Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan kerana melakukan kebaikan kemudian diteruskan dengan kebaikan lain, maka ianya sebagai tanda terkabulnya amal pertama.

Tercapailah fungsi sebenar madrasah Ramadhan yang mahu melahirkan insan-insan yang berubah atas asas jiwanya sendiri, bukan terikat dengan suasana dan waktu. Terdapat ungkapan masyhur mengatakan ;

كن ربانيا، ولا تكن رمضانيا
” Jadilah seseorang yang beribadah kerana Allah, bukan kerana Ramadhan “

In sha Allah, banyak manfaatnya berpuasa 6 hari di bulan Syawal ini. Mari kita sama-sama melaksanakannya.

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info ISLAMIK menarik & LIVE bacaan Al-Mulk Setiap hari jam 10 malam : https://t.me/QuranDaruliman

“SELAMAT HARI RAYA SEMUA”

Nuzul Al-Quran

Nuzul al-Quran bererti penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam Al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali.

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.

PEPERANGAN BADAR

PADA hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar al-Kubra. Badar ialah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dengan Makkah.
Tentera Islam mengawal lokasi strategik tersebut dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Peperangan itu melibatkan tentera Islam seramai 313 orang anggota berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.
Pada peringkat awal, tujuan tentera Islam bukan untuk berperang. Sebaliknya, tujuan mereka adalah untuk memintas pasukan pemimpin Makkah bernama Abu Sufyan dalam perjalanan pulang dari Syam.

Peperangan ini juga melibatkan para malaikat yang membantu orang yang beriman dan iblis yang memberikan semangat kepada kaum Musyrikin.

Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 orang tentera Musyrikin terbunuh. 70 orang lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

KESIMPULAN

Kita perlulah mengangkat Hari Nuzul Quran agar kita memperingat mengenai turunnya ayat Al-Quran ke atas Nabi Muhammad SAW, justeru itu, kita sebagai hambanya seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai pedomen hidup sehinggalah ke penghakhiran ayat kita di dunia ini, AL-Quranlah Syafaat kita kelak, semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan dijauhi daripada azab api neraka.

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info islamik menarik

https://t.me/QuranDaruliman

#Pustakadaruliman
#qurandaruliman
#nuzulquran2022

5 Sifat Yang Patut Dijauhi

Sifat Mazmumah ialah sifat-sifat yang tidak baik dan tercela, ini dia 5 sifat yg patut kita jauhi dalam hidup kita.

1) Takkabur
Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak.

2) Ghurur
Ghurur bermaksud seorang yang merasa bangga terhadap diri sehingga memandang remeh dan rendah segala sesuatu yang dilakukan oleh orang lain.

3) Ujub
Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

4) Riak
riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

5) Sum’ah
Maksud sum’ah adalah sama seperti riya’ cuma bezanya, kalau riya’ suka kepada amalan kebaikannya dilihat orang, maka sum’ah pula adalah sifat suka kepada amalan kebaikannya didengar orang. Dan dia pula suka dengar pujian dari orang akan amalannya itu.

Ada tak sifat-sifat ini dalam diri kita? Tiada kan? Kalau tiada Alhamdulilah
Moga bermanfaat. Moga kita semua dijauhkan dari sifat seperti ini

Jom klik link telegram Quran Darul iman untuk dapatkan info islamik menarik & Sesi bacaan Al-Mulk setiap jam 10 malam.

https://t.me/QuranDaruliman

#pustakadaruliman
#qurandaruliman
#ramadan2022

Cara Hitung Secara Mudah Zikir

Salah satu cara untuk mengingati Allah swt adalah dengan berzikir. Zikir juga dapat membuat hati tenteram kerana mengingat sang pencipta setiap saatnya. Zikir dapat dilakukan dimana saja dan dalam keadaan apapun.

Bahkan begitu istimewanya Zikir, Rasulullah SAW menggunakan ruas-ruas jarinya sebagai alat untuk ia zikir. Seperti dalam sebuah hadis:

“Hitunglah (zikir) itu dengan ruas-ruas jari karena sesungguhnya (ruas-ruas jari) itu akan ditanya dan akan dijadikan dapat berbicara (pada hari Kiamat).” (HR. Abu Dawud, no. 1345).

Dalam Hadis lainnya yang menyatakan bahawa zikir alangkah lebih baiknya dilakukan dengan jari-jari tangan kanan, seperti yang dicontohkan Rasulullah SAW
“Saya melihat Rasulullah bertasbih (berzikir) dengan (jari-jari) tangan kanannya.” (HR. Abu Dawud, II/81, at-Tirmidzi, V/521, Shahiihul Jami’, IV/271, no. 4865).
..

Dengan memanfaatkan jari-jari tangan kanan sebagai media untuk berzikir dapat memudahkan setiap muslim untuk mendekatkan diri pada Allah swt dengan zikir.
Terdapat lima ruas pada setiap jari, sehingga jika dikalikan jumlah jari menghasilkan 15 ruas. Dengan dua kali ulangan zikir ditangan maka kita telah melakukan dzikir sebanyak 30 kali. Mudah saja, menghitung zikir dan melakukannya kini dapat dilakukan dimana saja bahkan tanpa membuatnya “terlihat” oleh orang yang dapat menyebabkan riya.
..
Teknik zikir yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah menghitung dengan jari..

Dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhuma, beliau menceritakan,

رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُهُنَّ بِيَدِهِ
“Saya melihat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menghitung zikir beliau dengan tangannya.” (HR. Ahmad 6498 dan dinilai hasan oleh Syuaib Al-Arnauth).
..
Banyak kelebihannya zikir menggunakan tangan, akan tetapi kalau kita hendak menggunakan tasbih pun tiada masalah , zikir menggunakan tasbih atau alat bantu untuk menghitung lainnya juga merupakan hal yang disyariatkan Nabi saw. (sunah). Bahkan hal ini pun sudah biasa dilakukan oleh salafus shalih tanpa ada yang menentangnya.

hadis riwayat Shafiyyah bint Huyai. Ia berkata: “Rasulullah saw. mendatangiku sedangkan di hadapanku terdapat empat ribu biji yang aku bertasbih dengannya. Rasulullah saw. pun bersabda, “Sungguh kamu telah bertasbih dengan menggunakan ini, Perhatikanlah aku akan mengajarimu yang lebih banyak dari pada tasbihmu.” Lalu aku berkata, “Iya, ajarilah aku.” Kemudian beliau bersabda, “Bacalah Subhanallah adada khalqih (Subhanallah sebanyak ciptaan Nya). (HR. At-Tirmidzi)
..
Oleh yang demikian, semua sudah tahu mengenai kelebihan zikir, tetapi cara kaedahnya sahaja yang lain, mungkin berbeza setiap orang, zikirlah menggunakan tangan kanan, kerikil, biji-bijian atau seutas tali, sementara di zaman sekarang sudah banyak ragam tasbih, bahkan ada yang berbentuk digital dengan menekan tombol untuk menghitung angka jumlah zikir kita. Yang penting sekarang, kita amalkanlah zikir dalam kehidupan, InsyaAllah akan selalu mendapat rahmat maha pencipta.

 Wa Allahu A’lam bis Shawab.

Jom Clik perkongsian islamik menarik di Telegram kami : https://t.me/QuranDaruliman

#Zikir
#ramadan2022
#PustakaDaruliman

Sumber :
http://www.muftins.gov.my/v1/en/2019/04/19/zikir-dan-peranannya-dalam-pembentukan-sakhsiah/
https://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=296&LangID=5
https://bincangsyariah.com/ubudiyah/hukum-berzikir-menggunakan-tasbih/