Kenapa Perlu Takbir Raya?

Salah satu cara untuk menghidupkan malam raya adalah dengan melafazkan takbir raya aidilfitri.

Sabda Rasulullah: Barang siapa menghidupkan (dengan ibadah) pada malam dua hari raya kerana mengharap pahala Allah, maka hatinya tidak akan mati di hari semua hati mati. – [HR Ibn Majah 1772].

Berikut dikongsikan serba sedikit tentang panduan takbir raya aidilfitri dan maksudnya yang lengkap untuk makluman bersama.

Tujuan Bertakbir

Tujuan melaungkan takbir adalah untuk mengagungkan Allah SWT pada hari-hari yang kita digalakkan oleh Syarak untuk merayakannya.

Inilah syiar dan simbol agama kita yang hendaklah kita sungguh-sungguh meraikannya sebagai tanda komitmen dan kepatuhan kita kepada Tuhan yang Esa.

Waktu Takbir Raya Aidilfitri

Takbir Hari Raya Aidilfitri atau Takbir Mutlak / Takbir Mursal bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, iaitu apabila masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah lafaz takbir raya Aidilfitri untuk panduan bersama:

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا

وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ , وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ , صَدَقَ وَعْدَهُ , وَنَصَرَ عَبْدَهُ , وَأَعَزَّ جُنْدَهُ , وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ , اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Maksudnya:

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”

“Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang.

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info menarik..

https://t.me/QuranDaruliman

“SELAMAT HARI RAYA SEMUA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *