Category Archives: Uncategorized

Keutamaan Berselawat Keatas Nabi Muhammad S.A.W

Keutamaan ibadah-ibadah wajib seperti Solat, Puasa, Zakat serta mengerjakan Haji tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam. Namun, apakah sahabat sudah tahu apa keutamaan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W? Berikut ini adalah beberapa rangkuman keutamaannya:

1. Mendapatkan Syafaat Nabi Muhammad S.A.W

Dari Abdullah bin Umar, dia mendengar Rasulllah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Jika kalian mendengar adzan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan muadzin, kemudian berselawatlah kepadaku. Sesungguhnya orang yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Lalu, mintalah kepada Allah wasilah untukku karena wasilah adalah sebuat tempat di surga yang tidak akan dikurniakan, melainkan kepada salah satu hamba Allah. Dan, aku berharap bahwa akulah hamba tersebut. Barang siapa memohon untukku wasilah, maka ia akan meraih syafaat.” (HR Muslim).

2. Akan Diangkat Darjatnya

“Barang siapa di antara umatmu yang berselawat kepadamu sekali, maka Allah menuliskan baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan dari dirinya sepuluh keburukan, meninggikannya sebanyak sepuluh darjat, dan mengembalikan kepadanya sepuluh darjat pula’.” (HR Ahmad).

3. Dikumpulkan bersama Rasulullah di Surga

“Manusia yang paling berhak bersamaku pada hari kiamat ialah yang paling banyak membaca selawat kepadaku.” (HR Tirmidzi).

4. Dikabulkan Doanya

Rasulullah bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu membaca selawat, hendaklah dimulai dengan mengagungkan Allah Azza wa Jalla dan memuji-Nya. Setelah itu, bacalah selawat kepada Nabi. Dan setelah itu, barulah berdoa dengan doa yang dikehendaki.” (HR Ahmad, Abu Dawud, dan Tirmidzi).

Semoga kita semua sentiasa istiqamah melantunkan selawat kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam agar kita boleh mendapatkan syafaatnya di akhirat kelak. Aamiin Yaa Rabbal’alamiin.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” QS. Al Ahzab: 56.

Kemuliaan Malam Nisfu Sya’ban

Sya’ban adalah antara bulan yang mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu kerana hampirnya ia dengan Ramadhan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.

Malah pada pertengahannya (Nisfu Syaaban) antara malam dinantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis (hadith) riwayat mengenai pengampunan daripada Allah SWT yang dikaitkan dengan malam Nisfu Syaaban.

Nisfu adalah dalam bahasa arab yang merujuk kepada setengah atau separuh

Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban, sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib, iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban 1443 Hijrah

1443 (Hijrah)/ 2022 (Masihi) :
1 Syaaban = 4 Mac
15 Syaaban = 18 Mac

Jom Kita teliti Kemuliaan Malam Nisfu Sya’ban ini kepada kita semua.

Klik here untuk Perkongsian Islamik : https://t.me/QuranDaruliman

#pustakadaruliman
#islamituindah

Tanda orang yang MALANG

Tanda malangnya diri seseorang itu adalah bila mana di “PANJANG” kan waktu lapang, waktu kerja, waktu tidur,waktu game, waktu makan, waktu berhibur bersosial…

Sedang di“PENDEK”kan pula waktu ibadahnya.

Zikrullah nya kurang,
Solatnya ekspress,
Solatnya sentiasa diakhir waktu,
Tiada masa utk menuntut ilmu akhirat,
Mengaji, buka Al-Quran jarang sekali
.

????
????
????

Klik here untuk Perkongsian Islamik : https://t.me/QuranDaruliman

#pustakadaruliman
#tandaorangyangmalang
#islamituindah

10 Persediaan Untuk Menyambut Ramadhan

Alhamdulillah, bulan Ramadhan hampir tiba setelah sekian lamanya meninggalkan kita . Bulan yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia akan menemui kita pada 3 April pada tahun ini. Bagaimanakah persediaan kita bagi menghadapi Bulan Ramadhan pada tahun ini?

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu, kedatangannya memang ditunggu oleh kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Pustaka Darul Iman berkongsi 10 persediaan untuk menemui Ramadan pada tahun ini.
Klik here untuk Perkongsian Islamik : https://t.me/QuranDaruliman

#ramadan
#puasa
#bulanramadan
#pustakadaruliman

Apakah HUKUM membuat pembedahan plastic untuk mencantikkan diri?

Apakah HUKUM membuat pembedahan plastic untuk mencantikkan diri

Pada asalnya sebarang bentuk pembedahan yang membawa kepada perubahan kepada anggota badan manusia tanpa keperluan adalah diharamkan oleh Syarak. Ini berdasarkan firman Allah Taala tentang perkataan Iblis:

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah”. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”- (Surah al-Nisa’: 119)

Jika pembedahan plastik bertujuan untuk perubatan, seperti pembedahan terhadap kecacatan pada badan disebabkan sakit, kemalangan, terbakar atau sebaliknya, serta disebabkan oleh kecacatan sejak lahir seperti membuang jari yang lebih atau memisahkan jari-jari yang bercantum dan sebagainya maka pembedahan seperti ini hukumnya dibolehkan. Dalil tentang kebolehan ini ialah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi yang dinukilkan daripada Arfajah ibn As’ad yang berkata:
“Hidungku telah terputus pada hari peperangan Al-Kulab masa Jahiliyyah. Jadi saya mengambil (menggantikan) hidung dengan wariq (perak). Lalu (beberapa ketika) hidungku menghasilkan bau busuk. Maka Rasulullah saw memerintahkan aku untuk menggantikannya dengan hidung yang diperbuat daripada emas.”

Abu Issa mengatakan hadis ini Hasan Gharib. Maksud hidung wariq adalah perak. Hal ini sebagai indikasi bahawa pembedahan plastik untuk rawatan dan pengubatan dibolehkan.

Walau bagaimanapun, jika pembedahan itu dilakukan untuk menambah baik penampilan diri dan kecantikan, bukannya untuk perubatan maka ia tidak dibolehkan. Dalilnya seperti yang diriwayatkan daripada Imam al-Bukhari melalui Alqama, telah berkata Abdullah:
Allah telah melaknat ke atas perempuan yang membuat tatu (Washimat) dan yang meminta dibuat tatu untuknya(Mustawshimat), para wanita yang mencukur bulu yang tumbuh pada mukanya(Namisat ) serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu pada mukanya (Mutanammisath), dan perempuan yang menjarangkan gigi-gigi hadapannya (Mutafallijat) untuk kecantikan, yang mengubah apa yang telah diciptakan oleh Allah swt.”

“Wahai anak adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku ( Allah ) akan mencukupkan pada akhir harimu itu.”- (Riwayat Abu Dawud)

“Wahai anak adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku ( Allah ) akan mencukupkan pada akhir harimu itu.”- (Riwayat Abu Dawud)

Dhuha bermaksud ‘pagi hari’ atau ‘panas sinar hari’. Waktu inilah manusia-manusia semua berkejar-kejaran keluar untuk mencari rezeki. Namun disebalik waktu ini Allah sebenarnya menyaran untuk meninggalkan ‘kejar-kejaran’ itu dan menunaikan solat sunat Dhuha. Waktunya adalah dari matahari naik setinggi segalah sehingga tergelincirnya matahari (masuk waktu Zohor).

Solat sunat Dhuha adalah solat bagi orang-orang yang mahu ‘kembali’. Kembali ke mana? Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud :
“Solat Dhuha itu adalah ( solatul awwabin ) solat orang yang kembali kepada Allah, setelah orang mulai lupa dan sibuk bekerja, iaitu pada waktu anak-anak unta mula bangun kerana mulai panas tempat pembaringannya.”- (HR Muslim )

Ya, solat Dhuha itu adalah solat orang yang mahu kembali kepada Allah. Maka kerana itulah terlalu banyak fadilat solat Dhuha yang disebut sendiri oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Berikut adalah antara ‘hadiah-hadiah’ yang dijanjikan Allah kepada sesiapa yang jatuh cinta dengan solat Dhuha.

1. Dicukupkan Rezeki.
Allah S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” -(Hadis Riwayat Abu Dawud)

2. Rumah Di Syurga.
Rasulullah S.A.W memberi motivasi kepada orang yang rajin memperuntukkan sedikit waktu paginya untuk Solat Dhuha dengan sabda baginda, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (Sahih al-Jami’: 634)

3. Nilai Seperti Bersedekah.
Sesungguhnya di dalam badan kita ini terdapat 360 sendi pinjaman Allah. Sendi inilah yang membolehkan kita bekerja dan menjalani kehidupan. Maka sendi-sendi ini ada hak-haknya yang perlu kita langsaikan.

Dari Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Di setiap pagi ada kewajipan sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha” ( Hadis Riwayat Muslim )

4. Diampunkan Dosa Terdahulu.
Sesungguhnya Allah amat rindu pada hambanya yang ingin menyucikan dosa. Sebanyak mana dosa yang kita lakukan, pintu keampunan Allah tidak pernah tertutup. Solat Dhuha adalah antara pintu ampunan yang disediakan oleh Allah. Rasulullah S.A.W berkongsi kelebihan solat Dhuha yang kita lakukan di dalam sabdanya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”-(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

5. Memperoleh Keuntungan Besar
Atau dalam bahasa Arabnya disebut Ghanimah. Dikisahkan bahawa Rasulullah S.A.W mengutus tentera Islam berperang melawan musuh Allah. Dengan izin Allah, tentera Islam menang dan mendapat harta rampasan yang banyak. Orang ramai bercerita singkatnya peperangan itu dan banyaknya harta rampasan perang yang diperoleh. Kemudian Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih mudah memperoleh kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu shalat Dhuha.

Rasulullah S.A.W bersabda : “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”-(Sahih al-Targhib : 666)