Pada 19 November 2022 akan datang, rakyat negara ini akan menjalankan tanggungjawab mereka yang amat penting iaitu menentukan pihak yang akan memerintah bagi tempoh lima tahun akan datang.
Oleh yang demikian, pelbagai aspek perlulah perlu diambil kira oleh rakyat untuk memilih siapakah pemimpin yang tepat dalam pelaksanaan sebuah negara bangsa lebih-lebih lagi untuk Malaysia tercinta ini.
- Rakyat yang bertanggung jawab
Sebagia rakyat, kia perlulah memilih pemimpin yang mempunyai ciri-ciri islam yang baik untuk menegakkan ajaran islam sekali gus menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat untuk diikuti.
Antaranya adalah pemilihan pemimpin yang berjiwa rakyat , memahami konsep seorang muslim yang taat pada perintah Allah dan pemilihan yang amanah dalam tanggungjawab
Kita sebagai pemimpin seharusnya peka akan perkara tersebut kerana menjadi tangungjawab rakyat untuk mengenalpasti siapakah bakal pemimpin yang boleh meneraju negara dengan baik, dan semestinya mentaati konsep kepimpinan yang dibawa oleh seseorang pemimpin yang tulus.
Sekiranya pemimpin tu melanggar kredibiliti kepimpinan yang sepatutnya, rakyat jugalah menjadi titik penurunan mereka kerana pemilihan adalah daripada tangan rakyat itu sendiri.
- Pemimpin yang adil
- عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa Baginda bersabda: “Ketahuilah, setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggungjawab atas harta tersebut. Setiap dari kamu adalah pemimpin dan kamu akan bertanggungjawab atas kepemimpinanmu. (HR Muslim No: 3408) Status: Hadis Sahih - Setiap orang adalah pemimpin yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
- Setiap pemimpin perlu bertanggungjawab mewujudkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan kepada pengikut di bawah kepimpinannya.
- Kepimpinan bukanlah kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi adalah tanggungjawab dan amanah (taklif) yang akan dipersoal di hari kiamat kelak.
- Hakikat kepemimpinan adalah bertanggungjawab mewujudkan kesejahteraan dengan memenuhi standard keperluan dan bukan hanya keperluan material.
- Seorang pemimpin bukan hanya menjadi “pemerintah” sahaja namun berupaya mengangkat rakyatnya dari jurang kemiskinan kepada kesejahteraan, melahirkan tokoh-tokoh korporat dari semua kalangan, membangunkan kehidupan rakyat dari seluruh anggota rakyat di bawah pemerintahannya.