Author Archives: lee ajim

RAMADHAN MAKIN HAMPIR

Seperti biasa, umat Islam diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa ketika bulan Ramadan, yang mana ia adalah salah satu daripada rukun Islam.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” — Surah al-Baqarah: 183

Ketika bulan Ramadan, adakala segelintir umat Islam tidak dapat berpuasa atas alasan-alasan tertentu. Pendakwah bebas, Asma’ Harun berkata, hukum qada’ atau ganti puasa wajib diselesaikan sebelum masuk bulan Ramadan seterusnya, bagi sesiapa yang meninggalkan puasa sama ada dengan sengaja atau sebab-sebab yang dibenarkan syarak iaitu:

  1. Orang yang sakit.
  2. Orang bermusafir yang dibenarkan syarak.
  3. Orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya).
    ORANG tua yang lemah dan tidak berdaya antara golongan yang boleh meninggalkan puasa mengikut syarak.
  4. Wanita yang haid dan nifas.
  5. Wanita hamil.
  6. Wanita yang menyusukan anak.

Hukum tidak melaksanakan qada’ puasa

IBADAT puasa adalah amalan wajib dilaksanakan umat Islam pada bulan Ramadan. Ustazah Asma Harun berkata, haram dan berdosa besar bagi sesiapa yang melewat qada’ atau ganti puasa sehingga masuk bulan Ramadan berikutnya, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya.
Beliau berkata, jika seseorang sempat menyelesaikan puasa ganti yang ada, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya sehingga masuk bulan Ramadan seterusnya, individu tersebut bukan sahaja wajib menggantikan puasa itu di hari lain, bahkan dia juga wajib membayar fidyah atau denda.

Ini berdasarkan hadis Saidatina Aisyah RA: “Pernah aku mempunyai hutang puasa Ramadan, aku tidak mampu mengqada’nya melainkan di bulan Syaaban. Kesibukan melayani Rasulullah SAW telah menghalang aku daripada mengqada’nya,” — Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Cara melaksanakan puasa qada’

Menurut jumhur ulama, kata ustazah Asma’ Harun, satu hari puasa yang ditinggalkan adalah wajib digantikan dengan satu hari yang lain sebelum masuk bulan Ramadan seterusnya. “Contohnya, jika seseorang meninggalkan puasa di bulan Ramadan sebanyak 7 hari, maka dia wajib menggantikannya dengan jumlah yang sama iaitu berpuasa sebanyak 7 hari juga.


“Walau bagaimanapun, bagi orang sakit yang tiada harapan sembuh serta orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya), tidak diwajibkan untuk qada’ (ganti) puasa melainkan dengan membayar fidyah,” katanya menerusi laman Facebook.

Fidyah (denda)

Fidyah dari segi bahasa bermaksud gantian, manakala dari segi istilah adalah denda ke atas mukallaf (orang Islam) yang telah baligh (cukup umur) kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) Ramadan. Hukum melunaskannya adalah wajib mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.


Hal ini adalah berdasarkan firman ALLAH SWT: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. “Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui,” — Surah al-Baqarah:184

Sebab-sebab dikenakan fidyah:

  1. Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh.
  2. Orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya).
  3. Wanita hamil yang risaukan kesihatan kandungannya sahaja.
  4. Wanita yang menyusukan anak kerana risaukan anaknya sahaja.
  5. Orang yang menunda-nunda untuk qada’ (ganti) puasa sehingga masuk Ramadan yang berikutnya.
  6. Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menggantikan puasa sedangkan semasa hidupnya, dia mampu melaksanakannya. Maka, waris perlu membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian harta dilakukan.
    Kadar fidyah
    Menurut mazhab Syafie, kadar fidyah yang diwajibkan adalah satu hari puasa yang ditinggalkan perlu dibayar dengan secupak makanan asasi untuk diberikan kepada golongan fakir. Secupak bersamaan kira-kira 600 gram atau seraup atau 1 ⅓ kati Baghdad.

https://majoriti.com.my/mukmin/2022/03/02/ramadan-makin-hampir-ketahui-hukum-jika-tidak-qada039-puasa#:~:text=Ramadan%20makin%20hampir%2C%20ketahui%20hukum%20jika%20tidak%20qada%27,Ramadan%20yang%20dijangkakan%20awal%20bulan%20April.%20%E2%80%94AZHAR%20MAHFOF%2FTheStar

DOA MEMOHON AMPUN

Kita sebagai manusia tentulah tak lepas dari salah dan khilaf dimana kita melanggar aturan agama islam. Terkadang kita juga sering melakukan dosa dosa kecil yang kita anggap sepele, padahal hakikatnya kita telah berdosa dengan melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH SWT, Tuhan yang menciptakan kita semua. Apalagi jika dosa besar yang kita lakukan seperti berzina misalnya.

Maka langkah terbaik tentulah segera bertaubat dengan taubat nasuha yaitu tobat yang sungguh sungguh dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Serta jangan lupa istiqomah berdoa mohon ampun dan perlindungan kepada ALLAH SWT dari segala dosa dan kesalahan. Yakinlah sebesar apapun dosa kita, ALLAH SWT pasti akan mengampuninya.

Doa Memohon Ampun

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Asataghfirullaah Laa Ilaaha Illaa HuwalHayyal Qayyuma wa Atuubu Ilaihi

Artinya: “Aku mohon ampun dan bertaubat kepada Allah yang tiada tuhan (berhak disembah) kecuali hanya Dia, Dzat Maha hidup kekal dan berdiri sendiri”.
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

rabbanaa ighfir lanaa wali-ikhwaaninaa alladziina sabaquunaa bial-iimaani walaa taj’al fii quluubinaa ghillan lilladziina aamanuu rabbanaa innaka rauufun rahiimun

Artinya: Ya Rabb Kami, beri ampunlah Kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dulu dari Kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati Kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb Kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”
(QS Al Hasyr ayat 10)

رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Rabbanaa aamanna fagfirlanaa warhamnaa wa anta khairurrahimiin

Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik (QS. Al-Mukminun 109)

Demikianlah kumpulan bacaan doa mohon ampun kepada ALLAH SWT atas segala dosa dan kesalahan lengkap bahasa arab, latin dan artinya. Insyaallah dengan taubat yang sungguh sungguh dan membaca doa minta ampun diatas, kita semua akan diampuni oleh ALLAH SWT dari berbagai macam dosa besar dan dosa kecil.

Wallahu a’lam.

https://www.fiqihmuslim.com/2017/10/doa-mohon-ampun.html

#doa #memohonkeampunan #ampun #YaALLAH

SEMPURNAKAN HUTANG CEPAT!!!

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan jenganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana allah telah mengajarkannya. Oleh itu hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan.” – Al-Baqarah ayat 282

Begitulah potongan ayat yang telah diambil dari surah Al-Baqarah, mengisahkan tentang menyegerakan melangsaikan hutang. Mengapa kita perlu selesaikan hutang cepat sementara masih hidup? Antaranya ialah, bagi memudahkan urusan kaum keluarga dan juga diri sendiri selepas mati. Tiada yang tergantung antara manusia yang masih hidup. Di sini terdapat beberapa akibat daripada menunda pembayaran hutang.

  1. Amal Solehnya Sebagai Pengganti Hutang
    “Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.”(HR. Ibnu Majah).
  2. Urusannya di Akhirat Tergantung
    Jiwa seorang mukmin masih “tergantung dengan hutangnya hingga dia melunaskannya.” (HR. Tirmidzi)
  3. Menghadap Allah dengan Status Pencuri
    “Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” (HR. Ibnu Majah).
  4. Dosa Tidak Diampuni Meski Mati Syahid
    ‎ يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ
    “Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim)
  5. Merenggangkan Tali Siraturahim
    Jika kita menunda-nunda hutang pasti akan menyakiti hati si pemberi hutang kerana kita sebagai yang di hutangi tidak mengutamakan atau menyegerakan membayar hutang. “Sesungguhnya yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” (HR. Bukhari)
    Mari kita menyegerakan dalam selesaikan hutang sementara masih dipinjamkan nyawa oleh Allah S.W.T, agar hidup kita tidak dibebani dengan masalah yang akan diheret hingga ke akhirat.

#hutang #pustakadaruliman #islamituindah

JAUHI ISTERI KETIKA HAID

Haid dikenali sebagai menstruasi. Apabila haid berlaku, kaum wanita akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain. Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari. Iaitu bersamaan dengan sebulan 7 hari sahaja.

Merujuk kepada tajuk kita kali ini, apakah hukum bermesra dengan isteri ketika haid? Ini adalah jawapan dan persoalan yang diulas di dalam facebook Ustaz Azhar Idrus. Berikut adalah beberapa soalan yang telah diajukan kepada Ustaz sendiri. Waktu isteri sedang mengalami haid dimanakah sempadan yang dibolehkan bagi suaminya bermesra dengannya?
Hukum suami bermesraan dengan isterinya ketika isterinya itu sedang mengalami haid ada tiga keadaan.

Firman Allah, maksudnya: Hendaklah kamu sekelian tidak menyetubuhi isteri-isteri ketika sedang haid.” (Al-Baqarah : 222)
Berkata Imam Nawawi, ertinya : Telah ijmak sekelian Muslimin atas diharamkan menyetubuhi isteri yang haid kerana berdalilkan ayat Quran dan hadis yang sahih.” (Kitab Al-Majmu’)

Persentuhan Selain Antara Pusat Dan Lutut

Maka hukumnya adalah harus dengan sepakat sekelian ulamak. Berkata Imam Nawawi, ertinya: Bermula persentuhan pada anggota yang selain antara pusat dan lutut samada dengan ciuman atau pelukkan atau menjamah atau lainnya adalah halal dengan sepakat ulamak.” (Kitab Syarah Muslim)

Persentuhan Anggota Antara Pusat Dan Lutut
Maka hukumnya berlaku perselisihan dikalangan ulamak-ulamak mazhab yaitu jumhur ulamak mengharamkannya dengan tiada berlapik dan sebahagian yang lain mengharuskannya selain faraj.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah, ertinya:
Dan telah berselisihan para fuqahak pada bermesraan pada anggota isteri yang antara pusat dan lutut. Maka berjalan oleh jumhur fuqaha’ yaitu ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Syafie kepada diharamkan bermesraan dengan anggota antara pusat dan lutut. Dan berjalan oleh ulamak mazhab Hanbali kepada harus bermesraan dari isteri yang haid itu dengan selain faraj. Maka harus bagi suami itu bermesraan barang yang antara pusat dan lututnya.”

Hadith Yang Menjadi Sandaran Halal Semuanya Melainkan Bersetubuh
Daripada Anas bin Malik r.a. menceritakan ketika para sahabat bertanyakan Rasulullah saw tentang larangan pada ayat 222 surah Al-Baqarah lalu Rasulullah saw menjawab :
اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلا النِّكَاحَ
Ertinya: Lakukan apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Imam Muslim)

Hadith Yang Menjadi Sandaran Halal Semuanya Melainkan Barang Antara Pusat Dan Lutut
Daripada Zaid bin Aslam r.a. berkata, ertinya: Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw dengan katanya : Apakah yang halal bagi aku ketika isteriku sedang haidh? Maka rasulullah saw menjawab :
Pakaikan atas isterimu kain kemudian harus bagi kamu apa yang di atas kain itu.” (Kitab Al-Muwatta’)
Dan daripada Abdullah bin Saad r.a. menceritakan seorang lelaki bertanya Rasullullah saw, ertinya: Apakah yang halal bagiku daripada isteriku yang sedang haidh? Jawapab baginda :
Harus bagimu apa yang di luar daripada kain sarung.” (Hadith Ibnu Majah)

#haid #bersentuh #isteri #pustakadaruliman

JOM INFAK BERSAMA

Meskipun infaq merupakan amal kebajikan yang diperintahkan Allah kepada umat Islam yang beriman, Islam sendiri mengatur hukum infaq menjadi beberapa sebab, di antaranya:

  1. Wajib

    Hukum melaksanakan infaq yang pertama adalah wajib. Infaq dihukumi wajib apabila dilakukan untuk perkara yang sifatnya wajib.
    Contoh infaq yang hukumnya wajib adalah nafkah suami terhadap isterinya, kewajiban membayar mahar bagi laki-laki yang hendak menikahi seorang perempuan, serta nafkah kepada isteri yang telah ditalak serta masih dalam masa iddah.
  2. Mubah

    Infaq dihukumi mubah atau boleh apabila harta yang dikeluarkan ditujukan untuk perkara yang mubah. Contoh infaq yang dihukumi mubah adalah berdagang dan bercucuk tanam.
  1. Haram

    Selain kedua hukum di atas, ternyata infaq juga boleh dihukum haram apabila dikeluarkan dengan tujuan menyetujui perkara yang haram. Beberapa contoh infaq yang haram adalah seperti berikut:
    • Infaq dengan tujuan menghalangi syiar Islam, yakni mengeluarkan harta dengan jalan sukarela tetapi harta tersebut digunakan untuk menghalangi syiar Islam.
    Contohnya adalah seseorang yang mengeluarkan harta untuk berperang melawan tentera Islam seperti layaknya orang kafir di zaman Rasulullah.
    • Infaq dengan tujuan maksiat, yakni mengeluarkan harta secara sukarela untuk melancarkan kegiatan maksiat. Contoh, seseorang berinfaq untuk mendukung pembangunan diskotik, tempat prostitusi, dan masih banyak yang lainnya.
    • Infaq yang tidak didasari niat kerana Allah.
  1. Sunnah
    Inilah hukum dasar infaq bagi seorang muslim, yakni sunnah. Infaq bisa dihukumi sunnah apabila harta yang dikeluarkan sebagai infaq digunakan untuk tujuan ibadah seperti jihad dan yang lainnya, maupun diberikan kepada pihak yang membutuhkan.

Manfaat dan Hikmah Infaq

Suatu kebaikan yang dilakukan pasti memiliki manfaat bagi yang melakukannya maupun bagi orang lain yang menerima kebaikan tersebut.
Termasuk infaq, amalan yang satu ini punya banyak manfaat bagi hubungan manusia dengan manusia maupun hubungan manusia dengan Tuhan. Beberapa manfaat yang bisa didapatkan dengan adanya infaq adalah:

  1. Pembuka Pintu Rezeki
    Meskipun dalam infaq ada uang yang dikeluarkan, nyatanya tidak akan membuat rezeki kita surut. Justru Allah akan membukakan pintu rezeki kepada orang yang mau berinfaq, agar pemberi infaq lebih semangat dalam berinfaq.
    Hal ini sesuai dengan hadits tentang infaq yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang artinya:
    “Hai anak Adam, infaqlah (nafkahkanlah hartamu), niscaya Aku memberikan nafkah kepadamu.“ (HR Muslim)
  2. Di lipat gandakan oleh Allah
    Salah satu manfaat lain infaq adalah dapat melipatgandakan rezeki, karena Allah berfirman demikian di dalam Al Quran. Dengan mengetahui manfaat ini, sudah saatnya kita semangat dalam menafkahkan harta di jalan Allah melalui infaq.
  3. Allah Mengganti Harta yang Dikeluarkan
    Mengeluarkan harta untuk infaq tak akan membuat seseorang menjadi miskin, justru ia akan menjadi semakin kaya.
    Hal ini sesuai dengan firman Allah dalam surah Saba ayat 39 bahwa Allah akan mengganti harta-harta yang sudah dikeluarkan untuk infaq dan didasari niat karena-Nya dalam keikhlasan hati. Jangan pernah takut berinfaq hanya karena harta sedikit.
  4. Menaungi di Hari Kiamat
    Allah telah menjanjikan kepada umat Islam bahwasanya barang siapa yang selalu berbuat kebajikan salah satunya dengan membantu orang lain, maka Allah akan memudahkan urusan-urusan orang tersebut.
    Selain menambah harta, infaq juga dapat memberi pertolongan di hari kiamat. Di hari kiamat, tidak ada manusia yang bisa menyelamatkan sesamanya, karena semua manusia akan hancur diterjang dahsyatnya kerusakan alam semesta.
    Namun, bagi orang yang gemar berinfaq ia akan mendapat pertolongan oleh Allah melalui harta yang dikeluarkannya itu.
  5. Membantu Meringankan Beban Orang Lain
    Salah satu manfaat dari infaq adalah membantu sesama yang membutuhkan. Dengan kata lain, orang-orang yang punya beban dapat terbantu dengan adanya harta yang diinfakkan.
    Hal ini sama dengan sikap gotong-royong untuk membuat suatu pekerjaan menjadi ringan, dalam hal ini adalah meringankan beban orang lain.
  6. Menumbuhkan Sikap Kepedulian
    Peduli terhadap sesama merupakan sikap yang sangat disukai oleh Allah, karena dengan sikap ini suatu hamba bisa mendekatkan diri kepada Allah sekaligus menumbuhkan rasa kasih sayang sesama manusia.
    Islam adalah agama perdamaian, maka dengan adanya sikap saling peduli antar sesama perdamaian dapat dicapai. Inilah salah satu manfaat bersedekah atau infaq, karena melalui infaq kita dapat merasakan kesusahan orang lain sehingga dapat menumbuhkan kepedulian.
  7. Menyucikan Jiwa dan Harta
    Infaq dapat membersihkan jiwa dari sifat kikir dan tamak yang dapat membuat hati menjadi kotor. Selain itu, dengan infaq kita juga bisa menghindari sifat cinta dunia. Harta juga menjadi bersih karena hak orang-orang yang membutuhkan sudah dipenuhi.
  8. Bentuk Rasa Syukur
    Banyaknya nikmat yang telah Allah berikan kepada kita bisa disyukuri salah satunya dengan cara berinfaq menggunakan harta atau sesuatu yang sah dijadikan barang infaq. Sesungguhnya orang-orang yang senantiasa bersyukur akan ditambah nikmatnya oleh Allah SWT.

https://www.sahabatyatim.com/infaq-menurut-islam/#:~:text=Dikutip%20dari%20Kamus%20Besar%20Bahasa%20Indonesia%20edisi%20Kelima%2C,harta%20dan%20sebagainya%20%28selain%20zakat%20wajib%29%20untuk%20kebaikan.

BAHAYA MAKAN HARTA ANAK YATIM?

Banyak kes dari mahkamah, yang melibatkan perebutan harta selepas kematian salah seorang ahli keluarga. Antara kes yang sering dilihat dikongsi di dalam laman sosial media adalah, harta sepencarian yang direbut oleh ahli keluarga belah suami. Amat perit bila baru sahaja lalui kehilangan insan tercinta, tetapi timbul pula permintaan untuk mengambil hak masing-masing mengikut faraid.

Si balu masih dalam keadaan terkontang kanting, malah anak-anak pula kehilangan seorang bapa yang mencari nafkah untuk mereka. Seharusnya mereka ini dilindungi dan dijaga kebajikan oleh atuk atau bapa saudara mereka. Tetapi manusia terlalu lemah iman mereka bila melibatkan harta dan wang ringgit. Namun ada beberapa faktor yang dibolehkan mengambil harta anak yatim.
Allah Subhanahu wa ta`ala berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala’ (Q.S Annisa:10)

Sumber gambar : https://insan.or.id/memuliakan-anak-yatim/

As-Sudiy berkata, ‘Orang yang memakan harta anak yatim secara zalim akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak dalam keadaan keluar nyala api dari mulut, telinga, hidung, dan matanya. Siapa pun yang melihatnya pasti mengetahui bahawa ia adalah pemakan harta anak yatim’ (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir).

Para ulama berkata, ‘Setiap wali anak yatim, jika ia seorang miskkin lalu ia memakan harta anak yatim itu dengan cara yang baik sesuai dengan tanggungjawabnya, mengurusnya dan mengembangkan hartanya, itu tidak mengapa. Namun jika melebihi dari yang sewajarnya, maka itu adalah harta haram’.

Yang dimaksudkan dengan memakan dengan cara yang baik adalah:

• Pertama, mengambilnya sebagai hutang.
• Kedua, memakannya sekadar keperluan, tidak berlebih-lebihan.
• Ketiga, mengambilnya senilai dengan upah )yang umum berlaku) seumpama ia bekerja pada anak yatim itu.
• Keempat, mengambilnya dalam kondisi darurat. Artinya jika suatu saat ia berkecukupan ia membayarnya, tetapi jika tidak harta yang telah diambilnya itu halal baginya.

Besarnya keberkatan berbuat baik kepada anak yatim. Sayangi dan cintailah anak yatim kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan memberi ganjaran yang besar kepada yang jujur dan ikhlas.

#anakyatim #hartaanakyatim #yatimpiatu #pustakadaruliman