Author Archives: lee ajim

MAKAN LAUT YANG HARAM DIMAKAN

Pelbagai makanan menarik dan viral semakin merebak di negara kita. Kalau boleh semua kita nak cuba dan jadi yang paling terawal yang merasa. Tapi jangan kita lupa pula nak ambil tahu tentang halal dan haram. Bukannya semua makanan yang tiada label tidak halal tu, boleh dimakan oleh orang islam.

Makanan dalam konteks syariah islamiah ia juga termasuk di dalam bab harus, makruh serta haram. Jadi apa yang perlu diperhatikan di dalam bab pemakanan ulama telah menggariskan bahawa setiap makanan adalah halal, melainkan apabila didatangkan dengan dalil pengharamannya sepertimana yang dinukilkan di dalam kitab Mausuah Fiqhiyyah:
“Asal makanan adalah halal, melainkan apabila terdapat dalil mengharamkannya”.
(Mausuah Fiqhiyyah: 5/124)

Istilah yang dimaksudkan dengan haiwan yang hidup di dalam air seperti yang terdapat di dalam kitab Al-Halal Wa Al-Haram Fi Islam:
“Iaitu (haiwan) yang hidup di dalam air dan tidak dapat hidup melainkan di dalam air sahaja”
(Al-Halal Wa Al-haram Fi Islam: 51)

Berbalik kepada tajuk di atas, setelah kita melihat pandangan ulama mengenai tajuk (الاطعمة) iaitu makanan, seharusnya kita mengenali definasi berkenaan dengan penyu (السلحفية): “Beberapa jenis kura-kura besar yg telurnya boleh dimakan (banyak terdapat di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia), Chelone mydas”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Penyu merupakan haiwan yang hidup dua alam (البرمائي), sepertimana yang dinukilkan di dalam Mausuah Fiqhiyyah:

“Dan diharamkan oleh Mazhab Imam Syafie haiwan (البرمائي) iaitu haiwan yang boleh hidup di dalam air dan darat”.
(Mausuah Fiqhiyyah: 5/130)

Berdasarkan dalil dan pendapat ulama yang diberikan di atas dapat kita simpulkan di sini bahawa:

• Kesemua haiwan yang hidup di dalam air halal dimakan mengikut pendapat Imam Syafie’.
• Haiwan yang hidup dua alam haram dimakan dan penyu termasuk di dalam kategori haiwan yang hidup di dalam dua alam maka ia haram untuk dimakan.

Selain itu penyu juga merupakan haiwan peliharaan dan kehidupannya semakin pupus, mengikut undang-undang yang digariskan oleh kerajaan Malaysia, memburu penyu atau membunuhnya merupakan satu kesalahan dan ianya boleh dikenakan tindakan undang-undang serta hukuman.
Wallahualam.

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2688-al-kafi-853-hukum-memakan-makanan-laut-dan-penyu

APA ITU ISTIDRAJ ?

Seronokkan bila melihat seseorang yang dilimpahi dengan kemewahan dan kesenangan sepanjang hidupnya. Mintak apa sahaja semuanya dimakbulkan Allah. Tapi jangan pula kita leka sehingga melupakan pada si pemberi rezeki. Bila selama hidupnya tidak menundukkan diri kepadaNya, tetapi rezeki tidak pernah putus. Ketahuilah kita jika itu adalah tanda istidraj yang akan mendekatkan mereka dengan azabnya.

Dari Ubah bin Amir r.a bersabda:

إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاج

“Apabila anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelumang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj Allah”.

Kemewahan menjadikan kita ujian sebenar

Terdapat beberapa ciri-ciri istidraj yang boleh kita elakkan dari terus jauh dari Allah S.W.T:

  1. Ibadah semakin menurun namun kesenangan semakin melimpah
  2. Ketika melakukan maksiat, tapi malah makin banyak kesenangan
  3. Jarang mengalami sakit
  4. Semakin kikir namun harta semakin banyak

Allah akan membukakan pintu nikmat yang banyak, sampai nanti mereka berasa bangga diri dan sombong. Kemudian Allah akan menyiksanya dengan tiba-tiba. Dalam kita leka mengecapi kesenangan yang Allah bagi, sekelip mata diambil semula. Amat menakutkan bila dibayangkan, semua yang kita punya hari ini hilang meninggalkan debu.

Semoga semua sahabat sentiasa dilindungi hatinya oleh Allah s.w.t agar tetap berada di jalan yang lurus dan diredhaiNya.

istidraj #doa #islamituindah #pustakadaruliman

UKHWAH SESAMA JIRAN

Bila kali terakhir kita berukhwah dengan jiran? Dalam tak sedar, kita jarang sangat ambil berat tentang mereka. Sihat? Cukup makan? Takut juga kejadian yang sama di Indonesia, berulang lagi di negara kita pula. Kes keluarga ditemui mati akibat kebuluran dalam rumah. Mungkin malu minta pertolongan, jadi terpaksa bertahan menanggung lapar sehingga membawa maut.

Tapi tahukah kita apa itu ukhwah berjiran? Melalui maksud Islamiyah, ianya memberi maksud persaudaraan, kemuliaan, kasih sayang dan kepercayaan. Dalam surah Ali Imran ayat 103,

واَعْتصِمُواْ بِحَبْلِ الله جَمِيْعًا وَلاَ تَفَـرَّقوُا وَاذْ كـُرُو نِعْمَتَ الله عَلَيْكُمْ إٍذْكُنْتُمْ أَعْـدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلـُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan mada Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara.” (QS. Ali Imran: 103)

Ada beberapa manfaat yang boleh kita ambil dari kelebihan ukhwah. Antaranya adalah:

• Ada rasa sikap tolong menolong
• Timbul rasa saling memahami
• Menimbulkan rasa senang dan tidak menzhalimi antara satu sama lain
• Terciptanya ikatan persaudaraan yang kuat sesama jiran
• Terciptanya persatuan dan kesatuan bangsa
• Terciptanya kerukunan hidup antara sesama warga masyarakat

Begitulah pengertian dan manfaatnya kepada kita semua. Semoga info yang disampaikan ini mampu menggerakkan hati kita untuk memulakan langkah mengambil peduli tentang jiran sekeliling.

ukhwahberjiran #doa #pustakadaruliman #islamituindah

MANDI SUNAT HARI JUMAAT

Sunat mandi pada hari Jumaat bagi mereka yang mendirikan solat Jumaat sekalipun solat tersebut tidak wajib atas mereka, seperti orang musafir, perempuan dan kanak-kanak. Pendapat yang lain pula mengatakan bahawa mandi pada hari Jumaat, sunat bagi sesiapa sahaja sama ada yang mendirikan solat Jumaat ataupun tidak.

Ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْتِىَ الْجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ
Maksudnya: “Sesiapa yang hendak mendirikan solat Jumaat dia hendaklah mandi”.
[Riwayat Muslim (844)]

Waktu mandi sunat Jumaat adalah bermula masuk waktu azan solat Subuh. Walaubagaimanapun, mandi ketika hampirnya waktu mendirikan solat Jumaat adalah lebih baik. Ini kerana lebih dekat kepada tujuan mandi tersebut, iaitu mengharumkan bau badan, menghilangkan peluh dan bau busuk.

Islam menggalakkan manusia mandi sunat Jumaat disebabkan berhimpunnya mereka pada hari tersebut supaya tiada sesiapa terganggu dengan bau yang tidak menyenangkan. Disebabkan itu juga, Rasulullah SAW melarang memakan bawang putih dan bawang merah bagi sesiapa yang ingin hadir untuk mendirikan solat di masjid.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa beramal dengan sunnah-sunnah Nabi SAW. Amin.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/989-irsyad-al-hadith-siri-ke-164-mandi-pada-hari-jumaat

pustakadaruliman #qurandaruliman #mandisunatharijumaat #solatjumaat #mandisunat

DOA KETETAPAN HATI

Iman manusia mudah sangat goyah, adakalanya sedih, gembira, dan ada ketikanya pula terlalu marah sehingga perbuatan menjadi diluar kawalan. Macam mana kita nak tetapkan hati ini supaya sentiasa beriman kepada Allah s.w.t?

Ha… Doa boleh menjadi salah satu cara menyembuhkan kegoyahan hati.

Antara doa yang boleh bantu untuk menetapkan iman di hati:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Robbana la tuzik qulubana ba`da idz hadaytana wahab lana min ladunka rohmah innaka antal wahab

Artinya: “(Mereka berdoa), ya tuhan kami, jangan lah engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-mu, sesungguhnya engkau maha pemberi.” (QS. Ali Imran:8)

Jom kita amalkan doa ini supaya kita sentiasa teguh iman dan berpendirian tetap. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada yang sentiasa gundah gulana hatinya.

Jom klik link telegram Quran Darul iman untuk dapatkan info islamik menarik & Sesi bacaan Al-Mulk setiap jam 10 malam.

https://t.me/QuranDaruliman

#doaketetapanhati #doa #pustakadaruliman #islamituindah

BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN

Hubungan sesama insan dan haiwan juga penting dalam kehidupan seorang Muslim. Selain manusia, haiwan juga makhluk ciptaan Allah SWT yang perlu diambil berat dan harus berbuat baik kepadanya.

Ia juga merupakan salah satu tuntutan agama yang sering diutamakan dalam hidup masyarakat sejak zaman dahulu kala lagi.

Orang yang berbuat baik dan menjaga kebajikan kepada semua haiwan termasuklah juga anjing, dikira sebagai berbuat baik kepada binatang dan mendapat pahala di sisi Allah SWT dan keampunan dariNya.

Islam mengajarkan umatnya untuk berbuat baik kepada semua makhluk Allah SWT termasuklah juga kepada haiwan. Ini sepertimana dalam firman Allah SWT dalam al-Quran:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Maksudnya: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

(Surah al-An’am: 38)

Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya, maksud daripada ‘umat-umat seperti kamu’ di dalam ayat di atas ialah makhluk-makhluk yang dicipta seperti kamu juga. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 3:253)

Begitu juga, ia juga dapat dilihat dalam hadith yang diriwayatkan oleh, apabila Rasulullah SAW menyuruh supaya memperelokkan sembelihan sebagai satu ihsan kepada binatang. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ihsan ke atas semua perkara. Apabila kamu membunuh, maka bunuhlah dengan baik. Jika sekiranya kamu menyembilah, maka perelokkanlah sembelihan tersebut. Tajamkanlah alat sembelihan dan rehatkanlah haiwan sembelihan tersebut.

Riwayat Muslim (1955)

Berbuat Baik Walaupun Kepada Binatang

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَنَزَلَ بِئْرًا فَشَرِبَ مِنْهَا ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي فَمَلَأَ خُفَّهُ ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ ثُمَّ رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا قَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Ada seorang laki-laki yang sedang berjalan lalu dia merasakan kehausan yang sangat sehingga dia turun ke suatu perigi lalu minum dari air perigi tersebut. Ketika dia keluar dari perigi, didapatkannya seekor anjing yang sedang menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah karena kehausan. Orang itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti yang aku alami tadi”. Maka dia (turun kembali ke dalam perigi) dan diisi kasutnya dengan air dan sambil menggigit kasutnya dengan mulutnya dia naik keatas lalu memberi anjing itu minum. Kemudian dia bersyukur kepada Allah maka Allah mengampuninya”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kita akan dapat pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?” Baginda SAW menjawab: “Terhadap setiap makhluk bernyawa diberi pahala”. (HR Bukhari No: 2190)

Pengajaran:

  1. Berbuat baik adalah dituntut kepada setiap Muslim.
  2. Perbuatan baik akan mendapat balasan pahala walaupun kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan. Seperti memberi binatang minum atau menyiram pokok.
  3. Allah mengampunkan dosa orang yang membantu haiwan yang kehausan untuk minum.

Semoga kita sentiasa berbuat baik sama ada sesama kita, kepada orang bukan Islam mahupun kepada binatang dan tumbuhan.

#pustakadaruliman #haiwan #kasihpadahaiwan #cintapadahaiwan