Author Archives: lee ajim

KENAPA UKHWAH HARUS DIJAGA ?

Ikatan persaudaraan sesama Muslim umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu terus terpelihara. Begitu juga diibaratkan silaturahim sesama Muslim yang harus dipelihara supaya dapat menguatkan perpaduan umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Riwayat Bukhari)

Pentingnya seorang Mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang murah. Justeru, umat Islam yang memandang remeh hubungan silaturahim pastinya tidak mendapat keberkatan rezeki yang baik.

Firman-Nya yang bermaksud“Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al Hujurat, ayat 10)

Umat Islam yang bermasam muka, tidak bertegur sapa dengan saudara, jiran tetangga atau sesiapa sahaja hendaklah membuka jendela hati bermohon taubat kepada Yang Maha Esa dan berdoalah kepada Allah SWT semoga dilembutkan hati untuk membina kembali tautan ukhuwah sesama manusia.

Hakikatnya, kesempurnaan iman seseorang tidak hanya setakat beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, bahkan menjaga hubungan sesama Mukmin juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman.

Allah SWT sangat menyukai hambanya yang memanjangkan ukhuwah serta sentiasa bertaubat di atas khilaf dan salah. Perbuatan yang baik tidak perlu ditunggu kerana kehidupan yang singkat ini haruslah diisi dengan amal perbuatan yang akan meningkatkan ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Sumber : https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/08/75079/jaga-silaturahim-tanda-kesempurnaan-iman

#ukhwah #ukhwahmuslim #islamituindah #pustakadaruliman

APA KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM ?

Sebelum kiblat kita semua adalah Kaabah di mekah, kita perlu tahu kiblat pertama kita, pasti ada yang tertanya dimanakah kiblat pertama umat islam sebelum kiblat kita kini..Jom singkat sama-sama.

Masjid Al-Aqsa adalah merupakan kiblat yang pertama semenjak agama Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W di Mekah. Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat R.A menunaikan solat berkiblatkan Masjid Al-Aqsa

Selepas Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat R.A berhijrah ke Madinah, umat Islam masih menunaikan solat berkiblatkan Masjid Al-Aqsa selama enam bulan, kemudian baru ditukarkan kiblat ke arah Masjid Al-Haram atau Kaa’bah dengan turunnya firman Allah S.W.T,

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaa’bah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.”
(Surah Al Baqarah Ayat 150)

Di Madinah adanya satu masjid yang dinamakan Masjid Dua Kiblat kerana pada masjid tersebut terdapat kesan umat Islam ketika sedang menunaikan solat fardu berkiblatkan Masjid Al-Aqsa datangnya wahyu yang memerintahkan penukaran kiblat, maka mereka yang sedang menunaikan solat ketika itu, terus pusing ke belakang menghala ke Masjid Al-Haram. Dan masjid tersebut masih wujud sehingga sekarang.

Itulah kisah mengenai perubahan Kiblat umat islam yang sangat bermakna, oleh yang demikian marilah kita pelihara bersama-sama Masjid Al-Aqsa dan Kaabah di Masjidilharam Mekah kerana ia adalah tungjang kepada kebangkitan islam pada zaman dahulu sehingga kini.

Semoga dengan mengetahui dan mengimani bahawa Masjid Al-Aqsa pernah menjadi kiblat orang Islam yang pertama, maka ketahuilah, bahawa Masjid Al-Aqsa berhajat kepada pembebasan daripada cengkaman penjajah Zionis Israel Yahudi.

#masjidilharam #kaabah #kiblat #alaqsa

RAKYAT VS PEMIMPIN

Pada 19 November 2022 akan datang, rakyat negara ini akan menjalankan tanggungjawab mereka yang amat penting iaitu menentukan pihak yang akan memerintah bagi tempoh lima tahun akan datang.



Oleh yang demikian, pelbagai aspek perlulah perlu diambil kira oleh rakyat untuk memilih siapakah pemimpin yang tepat dalam pelaksanaan sebuah negara bangsa lebih-lebih lagi untuk Malaysia tercinta ini.

  • Rakyat yang bertanggung jawab

    Sebagia rakyat, kia perlulah memilih pemimpin yang mempunyai ciri-ciri islam yang baik untuk menegakkan ajaran islam sekali gus menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat untuk diikuti.

    Antaranya adalah pemilihan pemimpin yang berjiwa rakyat , memahami konsep seorang muslim yang taat pada perintah Allah dan pemilihan yang amanah dalam tanggungjawab

    Kita sebagai pemimpin seharusnya peka akan perkara tersebut kerana menjadi tangungjawab rakyat untuk mengenalpasti siapakah bakal pemimpin yang boleh meneraju negara dengan baik, dan semestinya mentaati konsep kepimpinan yang dibawa oleh seseorang pemimpin yang tulus.

    Sekiranya pemimpin tu melanggar kredibiliti kepimpinan yang sepatutnya, rakyat jugalah menjadi titik penurunan mereka kerana pemilihan adalah daripada tangan rakyat itu sendiri.

  • Pemimpin yang adil

  • عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

    Dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa Baginda bersabda: “Ketahuilah, setiap dari kamu adalah pemimpin, dan setiap dari kamu bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya, dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggungjawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dan dia bertanggungjawab atas harta tersebut. Setiap dari kamu adalah pemimpin dan kamu akan bertanggungjawab atas kepemimpinanmu. (HR Muslim No: 3408) Status: Hadis Sahih

  • Setiap orang adalah pemimpin yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
  • Setiap pemimpin perlu bertanggungjawab mewujudkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan kepada pengikut di bawah kepimpinannya.
  • Kepimpinan bukanlah kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi adalah tanggungjawab dan amanah (taklif) yang akan dipersoal di hari kiamat kelak.
  • Hakikat kepemimpinan adalah bertanggungjawab mewujudkan kesejahteraan dengan memenuhi standard keperluan dan bukan hanya keperluan material.
  • Seorang pemimpin bukan hanya menjadi “pemerintah” sahaja namun berupaya mengangkat rakyatnya dari jurang kemiskinan kepada kesejahteraan, melahirkan tokoh-tokoh korporat dari semua kalangan, membangunkan kehidupan rakyat dari seluruh anggota rakyat di bawah pemerintahannya.

KENAPA KITA PERLU MENGUNDI ?

Lagi beberapa hari dari sekarang, Malaysia akan melangsungkan satu Pilihan Raya Umum PRU15 dan ini bermaksud kita sebagai rakyat Malaysia haruslah menjalankan tanggung jawab pemilihan pemimpin yang tepat dan mampu membawa suara rakyat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PDI 2022 : Pustaka Darul Imam komited dalam PRU-15

Definisi Pilihanraya secara Asas
Maksud Pilihanraya adalah membuat pemilihan dengan cara mengundi yang dilakukan oleh semua orang. Pilihanraya sebagaimana yang diberikan definisi asas ialah memilih seseorang untuk dilantik sebagai pemimpin. Hal ini ada disebut dan kalimah yang digunakan samada dalam Al-Quran.

1 – Dalam Surah Al-A’raf, pada ayat ke-155 yang bermaksud : “Dan Nabi Musa telah memilih 70 lelaki dari kaumnya (untuk dibawa bersama ke Gunung Thursina) pada waktu yang telah kami tetapkan.”

2-   Surah Taha, pada ayat ke-13 yang bermaksud : “Dan Aku telah memilihmu menjadi rasul, maka dengarkanlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.”

3-   Surah Ad-Dukhan, pada ayat ke-32 yang bermaksud : “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami) – menjadi lebih pangkatnya lebih dari penduduk dunia (pada zaman itu)”

4-   Surah Shad pada ayat ke-47 yang bermaksud : “Dan sesungguhnya mereka di sisi Kami adalah dari orang-orang pilihanyang sebaik-baiknya.”

5-   Surah Al-Isra’ pada ayat ke-40 yang bermaksud : “Patutkah Tuhan mengambil dari makhluk-makhluk yang diciptakan-Nya menjadi anak-anak perempuan-Nya dan Dia mengutamakan dengan memilih kamu dengan anak-anak lelaki?

Oleh yang demikian, Pengundian kita adalah sangat bermakna sebagai rakyat, “Rakyat is King “. jadi Tindakan tidak mengundi atau berniat untuk merosakkan undi merupakan satu perbuatan mensia-siakan hak diberi yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada Islam pengundian adalah perkara yang wajib.

Jom semak lokasi tempat kita mengundi : https://mysprsemak.spr.gov.my/

JOM MENGUNDI !!!!

#mengundi #pru15 #SPR #election #kenapaperlumengundi #pustaskadaruliman