Daripada Abu Hurairah RA, telah berkata Nabi Muhammad SAW kepada Bilal ketika solat Fajar: “Wahai Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana, aku mendengar gerakan kaki di sisiku di dalam syurga.” Bilal menjawab: “Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Nabi-nabi Bersama Umat Masing-masing
Ibn Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Nabi Muhammad SAW melintasi nabi-nabi AS dan melihat umat masing-masing. Ada nabi yang umatnya satu kaum, ada nabi yang umatnya beberapa orang sahaja dan ada nabi yang tidak berumat walau seorang pun. Kemudian baginda SAW melihat lautan manusia yang besar. Apabila baginda bertanya: “Siapa mereka? Dijawab kepada baginda SAW: “Itulah Musa bersama umatnya.” Kemudian dikata kepada Nabi Muhammad SAW: “Angkatlah pandanganmu dan lihatlah di ufuk sana dan ufuk sana.” Apabila Rasulullah SAW melihatnya, dikatakan kepada baginda: “Itulah umatmu. Di antara mereka akan ada 70,000 orang yang bakal memasuki syurga tanpa hisab.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Bagi Pendakwah Yang Melupakan Diri, Ini Hukumannya
Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tatkala saya diisrakkan, saya melihat beberapa orang yang lidahnya dipotong dengan gunting dari api. Saya bertanya, ‘Wahai Jibril, siapakah mereka itu?’ Dia menjawab: ‘Mereka adalah para khatib umatmu, mereka memerintahkan kepada orang-orang untuk berbuat kebaikan, namun mereka melupakan diri mereka sendiri padahal mereka membaca kitab. tidakkah mereka menggunakan akalnya?” (Hadis Riwayat Ahmad)
Haruman Dari Keluarga Masyitah
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Nabi Muhammad SAW tercium satu bau yang amat harum. Apabila baginda SAW bertanya pada Jibril AS, Jibril menjawab: “Itulah bauan Masyitah (tukang sikat anak perempuan Firaun) dan anak-anaknya. Satu hari, ketika dia (yakin Masyitah) sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat terjatuh dari tangannya. Ketika mengambil sikat itu ia berkata, ‘Bismillah (Dengan nama ALLAH).’ Lalu anak perempuan Firaun bertanya: ‘Adakah kamu menyebut nama bapaku?’ Masyitah menjawab, ‘Tidak, tetapi aku menyebutkan nama Tuhanku dan Tuhan bapamu, iaitu ALLAH’. Lantas anak perempuan Firaun memberitahu kepada ayahnya (Firaun), lalu Masyitah dibunuh bersama anak-anaknya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Balasan Kepada Mereka Yang Mengumpat
Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam aku dimikrajkan, aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan dada mereka. Aku lalu berkata: “Siapa mereka ini, wahai Jibril?” Jibril menjawab: “Mereka ialah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud)
Melihat Rupa Asal Dajal
Diriwayatkan daripada Nawwas bin Sam’an al Kilabi dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bukan dajal yang aku khuatirkan akan memudaratkan kalian. Kerana jika dajal muncul, sedangkan aku masih berada di antara kalian, maka akulah yang akan menghadapinya, bukan kalian. Jika dia muncul, sedangkan saya tidak lagi berada di antara kalian, maka setiap orang Muslim wajib membela dirinya, dan ALLAHLAH yang menjaga setiap orang Muslim sepeninggalanku. Sesungguhnya dajal adalah seorang yang berusia muda, berambut kerinting, dengan bola mata yang menonjol. Dan sesungguhnya pasukan berkudanya memenuhi kawasan antara negeri Syam dan Iraq, lalu menyebar ke segala penjuru. Hai hamba-hamba ALLAH, berpendirian teguhlah kalian.” (Hadis Riwayat Muslim)
Berbekam Ada Khasiatnya Tau
khasiat berbekam bersempena hari israk mikraj Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda: “Sebaik-baik hari untuk kalian (berbekam) adalah hari ketujuh belas, kesembilan belas dan kedua puluh satu, baginda bersabda: “Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku diisrakkan kecuali mereka berkata; ‘Engkau harus berbekam wahai Muhammad’.” (Hadis Riwayat Ahmad) Rupanya banyak perkara luar biasa yang terjadi pada peristiwa Israk Mikraj. Sama-sama kita menghayati nilai-nilai dan hikmah hari Israk Mikraj ini dan ceritanya kepada anak-anak kita.
Apa yang anda faham dengan maksud munafik? Bagaimana perlakuan manusia munafik ni? Munafik adalah sifat berpura-pura mengikuti ajaran agama, namun tidak membenarkan dalam hatinya. Ada ciri orang munafik yang memang sudah disebutkan Al-Quran. Munafik berarti tak sinkron antara lahir dan batin, termasuk dalam hal keyakinan, hatinya kafir akan tetapi mulutnya mengaku beriman. Dalam tak sedar, sebenarnya ramai di keliling kita mengaku alim dan beriman. Namun perbuatannya tidak seperti pengakuan. Sebagai contoh, dia rajin ke masjid menunaikan solat berjemaah dan mendengar ceramah. Tetapi di waktu lain pula, suka menghina orang lain dan terasa jijik untuk membantu orang susah. Serta beranggapan orang yang susah itu kerana malas dan bukannya disebabkan ujian dari Allah S.W.T. Disini ada beberapa senarai ciri-ciri manusia munafik yang mungkin kita terlepas pandang. Atau sekiranya ada pada diri sendiri. Hendaklah segera bertaubat sebelum terlambat dan menjadi sebati dalam diri.
“Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah-lah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud ria (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. An-Nisa: 142)
Orang-orang munafik itu takut jika diturunkan suatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka. Katakanlah (kepada mereka), “Teruskanlah berolok-olok (terhadap Allah dan Rasul-Nya).” Sesungguhnya Allah akan mengungkapkan apa yang kamu takuti itu. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka, niscaya mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah, “Mengapa kepada Allah, dan ayat-ayatnya serta Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” (QS. At-Taubah: 64-65)
“Yang demikian itu, karena sesungguhnya mereka mengikuti apa yang menimbulkan kemurkaan Allah dan membenci (apa yang menimbulkan) keridaannya; sebab itu Allah menghapus segala amal mereka.” (QS. Muhammad: 28)
“Atau apakah orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka?”(QS. Muhammad: 29)
ORANG MUNAFIK SANGAT PINTAR BERBICARA Munafik adalah salah satu sifat yang dibenci oleh Allah SWT. Pasalnya, orang munafik kerap bersikap tidak menentu dan susah diketahui kebenaran ucapannya. Bahkan, Rasulullah ﷺ, sangat khawatir jika umatnya memiliki sifat munafik, sebagaimana dalam salah satu hadits berikut: “Sungguh yang paling aku khawatirkan atas kalian semua sepeninggalku adalah orang munafiq yang pintar berbicara.” (HR At-Tabrani).
SELALU BERDUSTA
Seseorang yang memiliki sifat ini, selalu memperlihatkan yang berbeda dengan yang disembunyikan di dalam hati. Adapun hadits tentang ciri-ciri orang munafik adalah sebagai berikut, yang artinya: “Jika berkata selalu berdusta, jika berjanji selalu mengingkari, jika diberikan kepercayaan selalu berkhianat, dan jika memusuhi melampaui batas.” (HR. Al-Bukhari).
Dari Abdullah bin Amr RA, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Barangsiapa tertanam dalam dirinya empat hal, maka ia benar-benar seorang munafik sejati, dan barangsiapa dalam dirinya terdapat salah satu dari empat hal, maka dalam dirinya tertanam satu kemunafikan sehingga ia meninggalkannya, (yaitu) (1) Apabila berbicara ia berdusta (2) Apabila membuat kesepakatan ia mengkhianati (3) Apabila berjanji ia mengingkari (4) Apabila berdebat ia tidak jujur.’ Namun di dalam hadits Sufyan disebutkan, ‘Barangsiapa dalam dirinya terdapat salah satu dari empat hal ini maka di dalam dirinya terdapat salah satu ciri kemunafikan.‘”(HR. Muslim)
TANPA niat dan keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, sukar untuk individu istiqamah dalam melakukan penghijrahan ke arah perkara kebaikan.
Jika diperhatikan secara terperinci, setiap ibadat dalam Islam akan disertai dengan kewajipan memasang niat.
Antaranya, ia terangkum dalam rukun solat, selain prasyarat supaya ibadat puasa diterima Allah SWT hatta turut dituntut ketika menunaikan zakat.
Ia dapat dikaitkan hikmah amalan memasang azam setiap kali tiba tahun baharu termasuk mengajak manusia supaya sentiasa berpegang kepada niat.
Walaupun ia bukanlah ketetapan syarak, umat Islam dibenarkan berbuat demikian dengan harapan akan mencetuskan titik perubahan dalam diri, sekali gus menjadi kayu ukur untuk lebih istiqamah.
Umar al-Khattab RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal (tidak berlaku) melainkan dengan adanya niat dan sesungguhnya setiap seorang hanya akan beroleh balasan berdasarkan niatnya. Dengan asas itu, sesiapa berhijrah dengan tujuan mencapai keredaan Allah dan Rasul-Nya; maka hijrahnya itu menyampaikannya kepada (balasan baik) Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa berhijrah dengan tujuan mendapat faedah dunia atau dengan tujuan hendak berkahwin dengan wanita, maka hijrahnya itu hanya menyampaikannya kepada apa dituju sahaja.” (HR Bukhari dan Muslim)
Definisi Niat
Niat menurut bahasa adalah mengarah diri kepada sesuatu perbuatan. [Lihat: al-Mu’jam al-Wasith, 1021] Manakala menurut dewan bahasa dan pustaka pula, niat adalah maksud atau tujuan sesuatu perbuatan. [Lihat: Kemus Dewan Edisi Keempat, 1080]
Menurut Istilah pula, terdapat beberapa definisi yang diberikan:
Maksudnya: “Niat adalah tujuan melakukan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan perbuatan”.[Lihat: Rad al-Mukhtar, 105/1]
Kepentingan Ikhlas
Sifat atau niat yang ikhlas kepada Allah SWT adalah amat penting dalam setiap perbuatan dan tingkah laku kita. Ikhlas dari sudut bahasa adalah menyucikan sesuatu. Manakala menurut istilah pula adalah menyucikan amalan dengan niat yang betul iaitu kerana Allah SWT serta menghalang atau menjauhkan amalan tersebut daripada sifat menyekutukan Allah SWT (syirik). Disebabkan itu, Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an bagi menjelaskan akan kepentingan ikhlas ini.
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-Nya”. [al-Zumar:11]
Ayat ini menjadi dalil bahawa wajibnya kita berniat dalam melaksanakan perkara-perkara berkaitan ibadah. Ini kerana, ikhlas merupakan amalan hati dan ia perlulah dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dan tidak pada selain daripada-Nya. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 144/20]
Penutup
Kesimpulannya, niat merupakan asas atau kayu ukur bagi sesuatu amalan yang dilakukan dan niat itu perlulah diniatkan hanya kepada Allah SWT. Tambahan pula, niat juga yang akan menentukan sesuatu amalan itu diterima atau ditolak oleh Allah SWT. Kami akhiri perbincangan ini dengan sebuah hadith yang sahih:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu”. [Riwayat Muslim (2564)]
Semoga Allah SWT menyucikan niat dan amalan kita daripada sifat-sifat yang boleh menyebabkan amalan tertolak serta menjauhkan kita daripada sifat riyak, ujub, sum’ah dan lain-lain lagi. Amin.
Hari ini tinggal 45 hari sahaja lagi sebelum menjelangnya ramadhan. Sudah bersediakan anda semua untuk berpuasa? Apa persediaan anda sebelum menyambut bulan mulia ini? Jom kita tengok “checklist” di bawah ni, dan cuba usaha sama-sama untuk melakukannya sebelum tiba ramadhan.
Berpuasa di Bulan Syaaban sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan
Persiapan Nabi ﷺ adalah dengan memperbanyak puasa sunnah di bulan Sya’ban bagi menyambut kehadiran bulan Ramadan sehinggakan Nabi ﷺ berpuasa lebih banyak di bulan syaaban berbanding bulan bulan lain .
Perkara ini dinukilkan dalam satu Hadis : عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَت كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ Daripada Saiditna Aisyah r.a., berkata “Rasulullah ﷺ banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kita mengatakan, baginda tidak pernah berbuka dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah ﷺ banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Sya’aban.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari , Sahih Bukhari , No Hadis 1969 )
Memperbanyakkan bacaan Al-quran
Selain itu, Para Tabi’in dan tabi’ tabiin juga memperbanyakkan bacaan Al-quran dan Meninggalkan hal keduniaan hanya semata mata untuk beribadah di bulan yang ganjaran-Nya tinggi dan memperoleh keampunan Allah yang luas . Hal ini diceritakan dalam satu kitab أرشيف ملتقى أهل الحديث : كان عمرو بن قيس المُلائي إذا دخل شعبان أغلق تجارته وتفرغ لقراءة القرآن وكان يقول: طوبى لمن أصلح نفسه قبل رمضان
Adapun Amru Ibn Qais apabila memasuki Syaaban memberhentikan perniagaannya dan memenuhi masanya dengan membaca alquran , dan Dia telah berkata : “beruntunglah mereka yang mengislahkan (memperbaiki diri) mereka sebelum Ramadan.”
Mengkhabarkan berita gembira ketibaan Ramadan.
Nabi ﷺ mengkhabarkan dalam banyak hadis tentang kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan untuk meningkatkan motivasi kepada sahabat . Dalam satu hadis yang di riwayatkan dari Abu Hurairah R.a : أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi, Allah telah mewajibkan padamu berpuasa di bulan itu. Dalam bulan itu dibukalah pintu-pintu langit, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Siapa yang tidak memperoleh kebajikan di malam itu, maka ia tidak memperoleh kebajikan apapun.” (Hadits Riwayat Imam An-Nasa`i . Sunan An-Nasei , No hadis : 2106, Shahih)
Jadi Apakah persediaan kita dalam menghadapi bulan Ramadan pada tahun ini ? Adakah dengan penuh keinsafan dan ketakwaan? Atau masih dalam keadaan yang sama.
Dalam Satu Hadis juga ada meriwayatkan bahawa :
Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam telah menceritakan kepada kami Yahya dari Abu Salamah dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu dari Nabi ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang menegakkan Lailatulqadar (mengisi dengan ibadah) karena iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dari-Nya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya, dan barangsiapa yang melaksanakan puasa Ramadan karena iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dari-Nya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya”. ( Hadis Diriwayatkan oleh Imam Bukhari , Sahih Bukhari , No hadis 1901 )
Maka , kita berdoalah agar Ramadan kali ini kita berpuasa dan beramal kerana Iman kepada Allah dan mengharapkan pahala dari Allah dan semoga Allah mengampuni dosa dosa yang telah kita kerjakan . Serta dipanjangkan usia agar dapat menyambut ramadhan pada tahun ini. Aminn
Seperti biasa, umat Islam diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa ketika bulan Ramadan, yang mana ia adalah salah satu daripada rukun Islam. Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” — Surah al-Baqarah: 183
Ketika bulan Ramadan, adakala segelintir umat Islam tidak dapat berpuasa atas alasan-alasan tertentu. Pendakwah bebas, Asma’ Harun berkata, hukum qada’ atau ganti puasa wajib diselesaikan sebelum masuk bulan Ramadan seterusnya, bagi sesiapa yang meninggalkan puasa sama ada dengan sengaja atau sebab-sebab yang dibenarkan syarak iaitu:
Orang yang sakit.
Orang bermusafir yang dibenarkan syarak.
Orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya). ORANG tua yang lemah dan tidak berdaya antara golongan yang boleh meninggalkan puasa mengikut syarak.
Wanita yang haid dan nifas.
Wanita hamil.
Wanita yang menyusukan anak.
Hukum tidak melaksanakan qada’ puasa
IBADAT puasa adalah amalan wajib dilaksanakan umat Islam pada bulan Ramadan. Ustazah Asma Harun berkata, haram dan berdosa besar bagi sesiapa yang melewat qada’ atau ganti puasa sehingga masuk bulan Ramadan berikutnya, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya. Beliau berkata, jika seseorang sempat menyelesaikan puasa ganti yang ada, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya sehingga masuk bulan Ramadan seterusnya, individu tersebut bukan sahaja wajib menggantikan puasa itu di hari lain, bahkan dia juga wajib membayar fidyah atau denda.
Ini berdasarkan hadis Saidatina Aisyah RA: “Pernah aku mempunyai hutang puasa Ramadan, aku tidak mampu mengqada’nya melainkan di bulan Syaaban. Kesibukan melayani Rasulullah SAW telah menghalang aku daripada mengqada’nya,” — Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Cara melaksanakan puasa qada’
Menurut jumhur ulama, kata ustazah Asma’ Harun, satu hari puasa yang ditinggalkan adalah wajib digantikan dengan satu hari yang lain sebelum masuk bulan Ramadan seterusnya. “Contohnya, jika seseorang meninggalkan puasa di bulan Ramadan sebanyak 7 hari, maka dia wajib menggantikannya dengan jumlah yang sama iaitu berpuasa sebanyak 7 hari juga.
“Walau bagaimanapun, bagi orang sakit yang tiada harapan sembuh serta orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya), tidak diwajibkan untuk qada’ (ganti) puasa melainkan dengan membayar fidyah,” katanya menerusi laman Facebook.
Fidyah (denda)
Fidyah dari segi bahasa bermaksud gantian, manakala dari segi istilah adalah denda ke atas mukallaf (orang Islam) yang telah baligh (cukup umur) kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) Ramadan. Hukum melunaskannya adalah wajib mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Hal ini adalah berdasarkan firman ALLAH SWT: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. “Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui,” — Surah al-Baqarah:184
Sebab-sebab dikenakan fidyah:
Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh.
Orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya).
Wanita hamil yang risaukan kesihatan kandungannya sahaja.
Wanita yang menyusukan anak kerana risaukan anaknya sahaja.
Orang yang menunda-nunda untuk qada’ (ganti) puasa sehingga masuk Ramadan yang berikutnya.
Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menggantikan puasa sedangkan semasa hidupnya, dia mampu melaksanakannya. Maka, waris perlu membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian harta dilakukan. Kadar fidyah Menurut mazhab Syafie, kadar fidyah yang diwajibkan adalah satu hari puasa yang ditinggalkan perlu dibayar dengan secupak makanan asasi untuk diberikan kepada golongan fakir. Secupak bersamaan kira-kira 600 gram atau seraup atau 1 ⅓ kati Baghdad.
Kita sebagai manusia tentulah tak lepas dari salah dan khilaf dimana kita melanggar aturan agama islam. Terkadang kita juga sering melakukan dosa dosa kecil yang kita anggap sepele, padahal hakikatnya kita telah berdosa dengan melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH SWT, Tuhan yang menciptakan kita semua. Apalagi jika dosa besar yang kita lakukan seperti berzina misalnya.
Maka langkah terbaik tentulah segera bertaubat dengan taubat nasuha yaitu tobat yang sungguh sungguh dan berjanji tidak mengulanginya lagi. Serta jangan lupa istiqomah berdoa mohon ampun dan perlindungan kepada ALLAH SWT dari segala dosa dan kesalahan. Yakinlah sebesar apapun dosa kita, ALLAH SWT pasti akan mengampuninya.
Asataghfirullaah Laa Ilaaha Illaa HuwalHayyal Qayyuma wa Atuubu Ilaihi
Artinya: “Aku mohon ampun dan bertaubat kepada Allah yang tiada tuhan (berhak disembah) kecuali hanya Dia, Dzat Maha hidup kekal dan berdiri sendiri”. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Artinya: Ya Rabb Kami, beri ampunlah Kami dan saudara-saudara Kami yang telah beriman lebih dulu dari Kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati Kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb Kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS Al Hasyr ayat 10)
Rabbanaa aamanna fagfirlanaa warhamnaa wa anta khairurrahimiin
Artinya: Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik (QS. Al-Mukminun 109)
Demikianlah kumpulan bacaan doa mohon ampun kepada ALLAH SWT atas segala dosa dan kesalahan lengkap bahasa arab, latin dan artinya. Insyaallah dengan taubat yang sungguh sungguh dan membaca doa minta ampun diatas, kita semua akan diampuni oleh ALLAH SWT dari berbagai macam dosa besar dan dosa kecil.