DOA KETETAPAN HATI

Iman manusia mudah sangat goyah, adakalanya sedih, gembira, dan ada ketikanya pula terlalu marah sehingga perbuatan menjadi diluar kawalan. Macam mana kita nak tetapkan hati ini supaya sentiasa beriman kepada Allah s.w.t?

Ha… Doa boleh menjadi salah satu cara menyembuhkan kegoyahan hati.

Antara doa yang boleh bantu untuk menetapkan iman di hati:

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Robbana la tuzik qulubana ba`da idz hadaytana wahab lana min ladunka rohmah innaka antal wahab

Artinya: “(Mereka berdoa), ya tuhan kami, jangan lah engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-mu, sesungguhnya engkau maha pemberi.” (QS. Ali Imran:8)

Jom kita amalkan doa ini supaya kita sentiasa teguh iman dan berpendirian tetap. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada yang sentiasa gundah gulana hatinya.

Jom klik link telegram Quran Darul iman untuk dapatkan info islamik menarik & Sesi bacaan Al-Mulk setiap jam 10 malam.

https://t.me/QuranDaruliman

#doaketetapanhati #doa #pustakadaruliman #islamituindah

BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN

Hubungan sesama insan dan haiwan juga penting dalam kehidupan seorang Muslim. Selain manusia, haiwan juga makhluk ciptaan Allah SWT yang perlu diambil berat dan harus berbuat baik kepadanya.

Ia juga merupakan salah satu tuntutan agama yang sering diutamakan dalam hidup masyarakat sejak zaman dahulu kala lagi.

Orang yang berbuat baik dan menjaga kebajikan kepada semua haiwan termasuklah juga anjing, dikira sebagai berbuat baik kepada binatang dan mendapat pahala di sisi Allah SWT dan keampunan dariNya.

Islam mengajarkan umatnya untuk berbuat baik kepada semua makhluk Allah SWT termasuklah juga kepada haiwan. Ini sepertimana dalam firman Allah SWT dalam al-Quran:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Maksudnya: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

(Surah al-An’am: 38)

Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya, maksud daripada ‘umat-umat seperti kamu’ di dalam ayat di atas ialah makhluk-makhluk yang dicipta seperti kamu juga. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 3:253)

Begitu juga, ia juga dapat dilihat dalam hadith yang diriwayatkan oleh, apabila Rasulullah SAW menyuruh supaya memperelokkan sembelihan sebagai satu ihsan kepada binatang. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ihsan ke atas semua perkara. Apabila kamu membunuh, maka bunuhlah dengan baik. Jika sekiranya kamu menyembilah, maka perelokkanlah sembelihan tersebut. Tajamkanlah alat sembelihan dan rehatkanlah haiwan sembelihan tersebut.

Riwayat Muslim (1955)

Berbuat Baik Walaupun Kepada Binatang

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَنَزَلَ بِئْرًا فَشَرِبَ مِنْهَا ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي فَمَلَأَ خُفَّهُ ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ ثُمَّ رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا قَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Ada seorang laki-laki yang sedang berjalan lalu dia merasakan kehausan yang sangat sehingga dia turun ke suatu perigi lalu minum dari air perigi tersebut. Ketika dia keluar dari perigi, didapatkannya seekor anjing yang sedang menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah karena kehausan. Orang itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti yang aku alami tadi”. Maka dia (turun kembali ke dalam perigi) dan diisi kasutnya dengan air dan sambil menggigit kasutnya dengan mulutnya dia naik keatas lalu memberi anjing itu minum. Kemudian dia bersyukur kepada Allah maka Allah mengampuninya”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kita akan dapat pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?” Baginda SAW menjawab: “Terhadap setiap makhluk bernyawa diberi pahala”. (HR Bukhari No: 2190)

Pengajaran:

  1. Berbuat baik adalah dituntut kepada setiap Muslim.
  2. Perbuatan baik akan mendapat balasan pahala walaupun kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan. Seperti memberi binatang minum atau menyiram pokok.
  3. Allah mengampunkan dosa orang yang membantu haiwan yang kehausan untuk minum.

Semoga kita sentiasa berbuat baik sama ada sesama kita, kepada orang bukan Islam mahupun kepada binatang dan tumbuhan.

#pustakadaruliman #haiwan #kasihpadahaiwan #cintapadahaiwan

KELEBIHAN BERWUDUK

WUDUK, satu istilah yang begitu sinonim dengan ibadah solat yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa wuduk ibadah solat yang dijalankan tidak sah di sisi Allah S.W.T. Namun begitu. Pernahkah kita terfikir apakah rahsia  di sebalik berwuduk itu sendiri yang sebenarnya?  Pada hakikatnya, wuduk adalah suatu perbuatan yang mulia di sisi Allah S.W.T.  ia bukan sahaja bertujuan untuk solat semata malah Ia juga membolehkan kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T serta mendapat keampunan dari NYA.

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: 

“ Sesiapa yang berwuduk Padahal Dia masih Ada Wuduk , Maka dicatat  Untuknya 10 kebaikkan”.

                                                                                 ( Hadis Riwayat Abu Daud)

1-Sebahagian Dari Iman


Abu Malik al-Ash’ari r.a., Nabi S.A.W. bersabda:

Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman…”

(H/R. Muslim, no. 223)

2 – Wuduk Yang Sempurna Menghapuskan Dosa

Pengambilan wuduk  yang sempurna bukan sahaja jaminan diterima solatnya tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan.

RasulullahS.A.WBersabda:

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya.”

                                                                          ( H/R. Muslim ,1/148)

Dari Abi Umamah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Apabila seseorang muslim bermuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengaran (telinga) , matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam diampunkan dosanya”

 (H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami’  as-Saghir, No. 461)



3 – Wuduk Mengangkat Darjat Manusia


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:

SesungguhnyaRasulullahS.A.W. telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda S.A.W. pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)

 (H/R. Muslim, no: 253)

4 – Wuduk Dapat Membuka Pintu Ke SyurgaDiriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu’, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.”

(H/R. Muslim, no: 234)

5 – Wuduk Dapat Membuka Ikatan Syaitan

Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah S.A.Wbahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah S.A.W. memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda S.A.W.

“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ Bebaslah satu ikatan dan sekiranya dia bersolat bebaslah satu ikatan lagi, maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya sekiranya dia tidak melakukanya (berzikir, wudhu’, dan bersolat) maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”.

(H/ R. al-Bukhari, no: 1091)

6– Wuduk Memberi Cahaya Di Akhirat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. telah bersabda:“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu”.

Kelebihan Berwuduk

   o  Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk

   o  Berwuduk sebelum tidur pahalanya seperti berpuasa

   o  berwuduk sebelum tidur, malaikat tidur bersamanya

   o  Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk

   o   Air wuduk dan mandi junub menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.

(Sumber : https://sites.google.com/site/bestrisalah/rahsia-di-sebalik-berwuduk )

SOLAT ITU SENAMAN ?

Solat yang dilakukan saban hari, lima waktu sehari semalam, pagi, petang dan malam memberi kesan positif kepada pengamalnya. Percayalah bahawa setiap amalan yang difardukan pasti mengandungi hikmah atau kelebihan yang tersendiri.

Hasilnya cukup mengkagumkan :

1. Membantu sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

2. Pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

3. Mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

4. Solat lima kali sehari semalam dapat mengurangkan lemak dalam badan.

5. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.

6. Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

7. Kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

8. Ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

9. Ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

10. Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

12. Pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.

13. Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Indahnya solat yang difardukan kepada kita apabila kita menghayatinya. Justeru itu, sama-samlah kita memelihara solat dan memperbaikinya dari semasa ke semasa. Lakukanlah solat di mana sahaja walau sesibuk mana kita dengan urusan dunia.

Jom solat!

( Sumber : https://denaihati.com/subhanallah-besar-manfaatnya-gerakan-solat-untuk-kesihatan )

KENAPA UKHWAH HARUS DIJAGA ?

Ikatan persaudaraan sesama Muslim umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu terus terpelihara. Begitu juga diibaratkan silaturahim sesama Muslim yang harus dipelihara supaya dapat menguatkan perpaduan umat Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Riwayat Bukhari)

Pentingnya seorang Mukmin menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kelebihan memelihara silaturahim akan mendatangkan kebaikan serta rezeki yang murah. Justeru, umat Islam yang memandang remeh hubungan silaturahim pastinya tidak mendapat keberkatan rezeki yang baik.

Firman-Nya yang bermaksud“Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al Hujurat, ayat 10)

Umat Islam yang bermasam muka, tidak bertegur sapa dengan saudara, jiran tetangga atau sesiapa sahaja hendaklah membuka jendela hati bermohon taubat kepada Yang Maha Esa dan berdoalah kepada Allah SWT semoga dilembutkan hati untuk membina kembali tautan ukhuwah sesama manusia.

Hakikatnya, kesempurnaan iman seseorang tidak hanya setakat beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat, bahkan menjaga hubungan sesama Mukmin juga menjadi kayu pengukur terhadap kesempurnaan iman.

Allah SWT sangat menyukai hambanya yang memanjangkan ukhuwah serta sentiasa bertaubat di atas khilaf dan salah. Perbuatan yang baik tidak perlu ditunggu kerana kehidupan yang singkat ini haruslah diisi dengan amal perbuatan yang akan meningkatkan ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Sumber : https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/08/75079/jaga-silaturahim-tanda-kesempurnaan-iman

#ukhwah #ukhwahmuslim #islamituindah #pustakadaruliman

APA KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM ?

Sebelum kiblat kita semua adalah Kaabah di mekah, kita perlu tahu kiblat pertama kita, pasti ada yang tertanya dimanakah kiblat pertama umat islam sebelum kiblat kita kini..Jom singkat sama-sama.

Masjid Al-Aqsa adalah merupakan kiblat yang pertama semenjak agama Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W di Mekah. Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat R.A menunaikan solat berkiblatkan Masjid Al-Aqsa

Selepas Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat R.A berhijrah ke Madinah, umat Islam masih menunaikan solat berkiblatkan Masjid Al-Aqsa selama enam bulan, kemudian baru ditukarkan kiblat ke arah Masjid Al-Haram atau Kaa’bah dengan turunnya firman Allah S.W.T,

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaa’bah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.”
(Surah Al Baqarah Ayat 150)

Di Madinah adanya satu masjid yang dinamakan Masjid Dua Kiblat kerana pada masjid tersebut terdapat kesan umat Islam ketika sedang menunaikan solat fardu berkiblatkan Masjid Al-Aqsa datangnya wahyu yang memerintahkan penukaran kiblat, maka mereka yang sedang menunaikan solat ketika itu, terus pusing ke belakang menghala ke Masjid Al-Haram. Dan masjid tersebut masih wujud sehingga sekarang.

Itulah kisah mengenai perubahan Kiblat umat islam yang sangat bermakna, oleh yang demikian marilah kita pelihara bersama-sama Masjid Al-Aqsa dan Kaabah di Masjidilharam Mekah kerana ia adalah tungjang kepada kebangkitan islam pada zaman dahulu sehingga kini.

Semoga dengan mengetahui dan mengimani bahawa Masjid Al-Aqsa pernah menjadi kiblat orang Islam yang pertama, maka ketahuilah, bahawa Masjid Al-Aqsa berhajat kepada pembebasan daripada cengkaman penjajah Zionis Israel Yahudi.

#masjidilharam #kaabah #kiblat #alaqsa