KISAH NABI IBRAHIM & ISMAIL DALAM SEJARAH ISLAM ( PEMBUKAAN KOTA MEKAH )

Kota Mekah adalah kota penuh sejarah dan menjadi tempat beridah umat islam seluruh dunia, setiap tahun pasti akan menjadi fokus kerana Kota ini menjadi tempat suci & ibadah bagi mengerjakan haji
Bagaimana Kota Mekah ini terbina? ini penjelasannya :


Nabi Ibrahim AS bersama anaknya Ismail AS telah diceritakan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan terdapat banyak riwayat yang sahih dalam kitab-kitab hadis mengenainya. Antaranya ialah:

Firman Allah SWT:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

(Surah al-Baqarah: 127)

Firman Allah SWT lagi:

وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).

(Surah al-Haj: 26)

Pembinaan Kaabah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS adalah berdasarkan perintah daripada Allah SWT, iaitu selepas beberapa kali Nabi Ibrahim AS datang menziarahi isteri dan anaknya Ismail AS di Makkah. Pada kedatangan kali yang ketiga, baginda telah diperintahkan agar membina Kaabah. Ketika itu Ismail AS telah berumur dua puluh tahun dan ibunya telah meninggal dunia.

Sewaktu Nabi Ibrahim AS tiba, anaknya Ismail AS sedang duduk di bawah pokok berdekatan dengan telaga zamzam sambil mengasah anak panah. Nabi Ibrahim AS memberi salam dan duduk bersamanya. Baginda berkata kepada Ismail: “Wahai Ismail! Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkanku supaya membina Kaabah.” Ismail mewnjawab: “Taatlah perintah Allah itu.” Lalu bapanya berkata lagi: “Allah juga memerintahkan agar engkau membantuku dalam pembinaan ini.” Ismail berkata: “Di manakah tempatnya?” Nabi Ibrahim AS menunjukkan tempat yang telah ditunjukkan kepadanya oleh malaikat yang mengiringinya. Selepas itu, mereka mula menggali tapak asas binaan serta berdoa:

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

(Surah al-Baqarah: 127)

Justeru, dalam bahasa yang mudah, Nabi Ibrahim AS hanya mengulangi pembinaan pada tapak yang sudah sedia ada. Itulah yang disepakati oleh para ulama’ tanpa menafikan telah berlaku binaan Ka’bah sebelum daripada itu.

Semoga Allah kurniakan kepada kita dapat menziarahi Ka’bah sama ada dapat menunaikan haji atau umrah. Kami mengakhiri kalam ini dengan doa:

اللَّهُمَّ زِدْ بَيْتَكَ هَذَا تَشْرِيفًا وَتَعْظِيمًا وَتَكْرِيمًا ، وَبِرًّا وَمَهَابَةً ، وَزِدْ مَنْ شَرَّفَهُ وَعَظَّمَهُ مِمَّنْ حَجَّهُ وَاعْتَمَرَهُ تَعْظِيمًا وَتَشْرِيفًا وَبِرًّا وَمَهَابَةً

Maksudnya: Ya Allah, tambahkanlah rumah-Mu ini dengan kemuliaan, keagungan, ketinggian, kebajikan dan kehebatan. Dan tambahkanlah siapa yang memuliakan dan mengagungkannya daripada kalangan yang melaksanakan haji atau umrah dengan kemuliaan, keagungan, kebajikan dan juga kehebatan.

Riwayat al-Tabarani dalam al-Du’a (782)

Sumber : Mufti Wilayah persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *