SOLAT ITU SENAMAN ?

Solat yang dilakukan saban hari, lima waktu sehari semalam, pagi, petang dan malam memberi kesan positif kepada pengamalnya. Percayalah bahawa setiap amalan yang difardukan pasti mengandungi hikmah atau kelebihan yang tersendiri.

Hasilnya cukup mengkagumkan :

1. Membantu sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.

2. Pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.

3. Mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.

4. Solat lima kali sehari semalam dapat mengurangkan lemak dalam badan.

5. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.

6. Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.

7. Kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.

8. Ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.

9. Ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.

10. Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.

12. Pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.

13. Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.

Indahnya solat yang difardukan kepada kita apabila kita menghayatinya. Justeru itu, sama-samlah kita memelihara solat dan memperbaikinya dari semasa ke semasa. Lakukanlah solat di mana sahaja walau sesibuk mana kita dengan urusan dunia.

Jom solat!

( Sumber : https://denaihati.com/subhanallah-besar-manfaatnya-gerakan-solat-untuk-kesihatan )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *