APA KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM ?

Sebelum kiblat kita semua adalah Kaabah di mekah, kita perlu tahu kiblat pertama kita, pasti ada yang tertanya dimanakah kiblat pertama umat islam sebelum kiblat kita kini..Jom singkat sama-sama.

Masjid Al-Aqsa adalah merupakan kiblat yang pertama semenjak agama Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W di Mekah. Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat R.A menunaikan solat berkiblatkan Masjid Al-Aqsa

Selepas Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat R.A berhijrah ke Madinah, umat Islam masih menunaikan solat berkiblatkan Masjid Al-Aqsa selama enam bulan, kemudian baru ditukarkan kiblat ke arah Masjid Al-Haram atau Kaa’bah dengan turunnya firman Allah S.W.T,

“Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaa’bah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.”
(Surah Al Baqarah Ayat 150)

Di Madinah adanya satu masjid yang dinamakan Masjid Dua Kiblat kerana pada masjid tersebut terdapat kesan umat Islam ketika sedang menunaikan solat fardu berkiblatkan Masjid Al-Aqsa datangnya wahyu yang memerintahkan penukaran kiblat, maka mereka yang sedang menunaikan solat ketika itu, terus pusing ke belakang menghala ke Masjid Al-Haram. Dan masjid tersebut masih wujud sehingga sekarang.

Itulah kisah mengenai perubahan Kiblat umat islam yang sangat bermakna, oleh yang demikian marilah kita pelihara bersama-sama Masjid Al-Aqsa dan Kaabah di Masjidilharam Mekah kerana ia adalah tungjang kepada kebangkitan islam pada zaman dahulu sehingga kini.

Semoga dengan mengetahui dan mengimani bahawa Masjid Al-Aqsa pernah menjadi kiblat orang Islam yang pertama, maka ketahuilah, bahawa Masjid Al-Aqsa berhajat kepada pembebasan daripada cengkaman penjajah Zionis Israel Yahudi.

#masjidilharam #kaabah #kiblat #alaqsa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *