RAMADHAN MAKIN HAMPIR

Seperti biasa, umat Islam diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa ketika bulan Ramadan, yang mana ia adalah salah satu daripada rukun Islam.
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” — Surah al-Baqarah: 183

Ketika bulan Ramadan, adakala segelintir umat Islam tidak dapat berpuasa atas alasan-alasan tertentu. Pendakwah bebas, Asma’ Harun berkata, hukum qada’ atau ganti puasa wajib diselesaikan sebelum masuk bulan Ramadan seterusnya, bagi sesiapa yang meninggalkan puasa sama ada dengan sengaja atau sebab-sebab yang dibenarkan syarak iaitu:

  1. Orang yang sakit.
  2. Orang bermusafir yang dibenarkan syarak.
  3. Orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya).
    ORANG tua yang lemah dan tidak berdaya antara golongan yang boleh meninggalkan puasa mengikut syarak.
  4. Wanita yang haid dan nifas.
  5. Wanita hamil.
  6. Wanita yang menyusukan anak.

Hukum tidak melaksanakan qada’ puasa

IBADAT puasa adalah amalan wajib dilaksanakan umat Islam pada bulan Ramadan. Ustazah Asma Harun berkata, haram dan berdosa besar bagi sesiapa yang melewat qada’ atau ganti puasa sehingga masuk bulan Ramadan berikutnya, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya.
Beliau berkata, jika seseorang sempat menyelesaikan puasa ganti yang ada, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya sehingga masuk bulan Ramadan seterusnya, individu tersebut bukan sahaja wajib menggantikan puasa itu di hari lain, bahkan dia juga wajib membayar fidyah atau denda.

Ini berdasarkan hadis Saidatina Aisyah RA: “Pernah aku mempunyai hutang puasa Ramadan, aku tidak mampu mengqada’nya melainkan di bulan Syaaban. Kesibukan melayani Rasulullah SAW telah menghalang aku daripada mengqada’nya,” — Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Cara melaksanakan puasa qada’

Menurut jumhur ulama, kata ustazah Asma’ Harun, satu hari puasa yang ditinggalkan adalah wajib digantikan dengan satu hari yang lain sebelum masuk bulan Ramadan seterusnya. “Contohnya, jika seseorang meninggalkan puasa di bulan Ramadan sebanyak 7 hari, maka dia wajib menggantikannya dengan jumlah yang sama iaitu berpuasa sebanyak 7 hari juga.


“Walau bagaimanapun, bagi orang sakit yang tiada harapan sembuh serta orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya), tidak diwajibkan untuk qada’ (ganti) puasa melainkan dengan membayar fidyah,” katanya menerusi laman Facebook.

Fidyah (denda)

Fidyah dari segi bahasa bermaksud gantian, manakala dari segi istilah adalah denda ke atas mukallaf (orang Islam) yang telah baligh (cukup umur) kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) Ramadan. Hukum melunaskannya adalah wajib mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.


Hal ini adalah berdasarkan firman ALLAH SWT: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. “Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui,” — Surah al-Baqarah:184

Sebab-sebab dikenakan fidyah:

  1. Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh.
  2. Orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya).
  3. Wanita hamil yang risaukan kesihatan kandungannya sahaja.
  4. Wanita yang menyusukan anak kerana risaukan anaknya sahaja.
  5. Orang yang menunda-nunda untuk qada’ (ganti) puasa sehingga masuk Ramadan yang berikutnya.
  6. Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menggantikan puasa sedangkan semasa hidupnya, dia mampu melaksanakannya. Maka, waris perlu membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian harta dilakukan.
    Kadar fidyah
    Menurut mazhab Syafie, kadar fidyah yang diwajibkan adalah satu hari puasa yang ditinggalkan perlu dibayar dengan secupak makanan asasi untuk diberikan kepada golongan fakir. Secupak bersamaan kira-kira 600 gram atau seraup atau 1 ⅓ kati Baghdad.

https://majoriti.com.my/mukmin/2022/03/02/ramadan-makin-hampir-ketahui-hukum-jika-tidak-qada039-puasa#:~:text=Ramadan%20makin%20hampir%2C%20ketahui%20hukum%20jika%20tidak%20qada%27,Ramadan%20yang%20dijangkakan%20awal%20bulan%20April.%20%E2%80%94AZHAR%20MAHFOF%2FTheStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *