Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah, Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Di Malaysia, hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Sambutan Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Kalender Hijrah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah SAW. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq r.a.
Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan tarikh bagi Madinah ketika itu.
Ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.
Penetapan ini ialah untuk mengenang betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk sebuah kerajaan.
Hijrah dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke serata dunia.
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2017/09/sambutan-maal-hijrah-awal-muharam.html#ixzz87QPDjAcT