BAHAYA MAKAN HARTA ANAK YATIM?

Banyak kes dari mahkamah, yang melibatkan perebutan harta selepas kematian salah seorang ahli keluarga. Antara kes yang sering dilihat dikongsi di dalam laman sosial media adalah, harta sepencarian yang direbut oleh ahli keluarga belah suami. Amat perit bila baru sahaja lalui kehilangan insan tercinta, tetapi timbul pula permintaan untuk mengambil hak masing-masing mengikut faraid.

Si balu masih dalam keadaan terkontang kanting, malah anak-anak pula kehilangan seorang bapa yang mencari nafkah untuk mereka. Seharusnya mereka ini dilindungi dan dijaga kebajikan oleh atuk atau bapa saudara mereka. Tetapi manusia terlalu lemah iman mereka bila melibatkan harta dan wang ringgit. Namun ada beberapa faktor yang dibolehkan mengambil harta anak yatim.
Allah Subhanahu wa ta`ala berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala’ (Q.S Annisa:10)

Sumber gambar : https://insan.or.id/memuliakan-anak-yatim/

As-Sudiy berkata, ‘Orang yang memakan harta anak yatim secara zalim akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak dalam keadaan keluar nyala api dari mulut, telinga, hidung, dan matanya. Siapa pun yang melihatnya pasti mengetahui bahawa ia adalah pemakan harta anak yatim’ (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir).

Para ulama berkata, ‘Setiap wali anak yatim, jika ia seorang miskkin lalu ia memakan harta anak yatim itu dengan cara yang baik sesuai dengan tanggungjawabnya, mengurusnya dan mengembangkan hartanya, itu tidak mengapa. Namun jika melebihi dari yang sewajarnya, maka itu adalah harta haram’.

Yang dimaksudkan dengan memakan dengan cara yang baik adalah:

• Pertama, mengambilnya sebagai hutang.
• Kedua, memakannya sekadar keperluan, tidak berlebih-lebihan.
• Ketiga, mengambilnya senilai dengan upah )yang umum berlaku) seumpama ia bekerja pada anak yatim itu.
• Keempat, mengambilnya dalam kondisi darurat. Artinya jika suatu saat ia berkecukupan ia membayarnya, tetapi jika tidak harta yang telah diambilnya itu halal baginya.

Besarnya keberkatan berbuat baik kepada anak yatim. Sayangi dan cintailah anak yatim kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan memberi ganjaran yang besar kepada yang jujur dan ikhlas.

#anakyatim #hartaanakyatim #yatimpiatu #pustakadaruliman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *