ISTIMEWANYA WAKAF IBTIDA’

Wakaf bermasud Berhenti dan Ibtida’ pula membawa maksud Memulakan Bacaan

Dalam mencapai ketepatan pembacaan Al-Quran, selain dari mengelokkan sebutan setiap huruf al-Quran, memberhentikan bacaan pada tempat yang betul adalah suatu tuntutan. Perkara ini ditegaskan oleh Saidina Ali r.a. bila ditanya tentang maksud membaca al-Quran dengan Tartil ( ترتيل ), beliau menjawab:

هو تجويد الحروف ومعرفة الوقوف

Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat berhenti

Para ulama terdahulu amat mengutamakan bab ini, kerana berhenti dan memulakan pada sesuatu ayat itu merupakan suatu yang amat dijaga oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. Ini kerana berhenti dan memulakan sesuatu ayat pada tempat yang betul akan membawa kepada makna yang jelas menepati kehendak ayat. Ibnu Umar r.a. mengumpamakan orang yang tidak menghiraukan bacaan al-Qurannya iaitu mereka yang membiarkan bacaannya penuh dengan kesalahan dan tidak menyempurnakan tempat berhenti (waqaf) seperti: “orang yang memilih-milih untuk makan tamar yang elok dengan merasanya sedikit, apabila didapati tamar itu tidak elok maka ia pun meludahnya”.

Berhenti dan memulakan bacaan pada tempat yang betul akan memberi makna yang tepat pada satu-satu ayat. Berhenti dan memulakan bacaan pada tempat yang salah akan merosakkan makna pada satu-satu ayat.

WAKAF

Waqaf bererti memutuskan suara dan mengambil nafas baru untuk memulakan bacaan yang berikutnya.

Harus waqaf pada akhir ayat iaitu pada huruf yang terakhir pada kalimah terakhir dalam ayat tersebut. Harus juga waqaf pada mana-mana kalimah di pertengahan ayat – selagi mana tiada perkara yang menegah untuk berhenti; tetapi tidak harus waqaf pada pertengahan kalimah.

Berkata Imam Al Jazari:

وَلَيْسَ فِي الْقُرْآنِ مِنْ وَقْفٍ يَجِبْ … وَلاَ حَرَامٌ غَيْرُ مَا لَهُ سَبَب

Dan tiada di dalam al-Quran itu waqaf yang wajib, tiada juga yang haram kecuali jika ada sebab.

Pembahagian Waqaf : أقسام الوقف

Waqaf terbahagi kepada empat jenis dari sudut sebab:

1. Waqaf Idhtirari – الوقف الاضطراري

Waqaf kerana terpaksa (terputus nafas, bersin dan sebagainya).

2. Waqaf Ikhtibari – الوقف الاختباري

Waqaf kerana hendak menguji pengetahuan murid oleh guru yang mengajar.

3. Waqaf Intizori – الوقف الانتظاري

Waqaf untuk menunggu beberapa wajah bacaan Qiraat yang terdapat pada satu-satu ayat itu.

4. Waqaf Ikhtiari – الوقف الاختياري
Waqaf berlaku kerana pembaca memilih untuk berhenti.

Semua sebab-sebab waqaf di atas adalah diharuskan. Sebaik-baiknya bacaan hendaklah dimulakan semula dengan memelihara makna dan maksud ayat; sekurang-kurangnya dengan mengulangi satu atau dua kalimah sebelum kalimah yang dia telah berhenti padanya.

IBTIDA’

Ibtida’ bermaksud memulakan bacaan, samaada memulakan semula bacaan setelah Qat’u (lama habis membaca) atau memulakan bacaan setelah Waqaf. (berhenti mengambil nafas).

Jika memulakan setelah Qat’u maka dituntut supaya membaca Ista’azah. Tetapi jika memulakan setelah Waqaf, tidak perlu Isti’azah. Maka jelas di sini Ibtida’ ialah suatu yang berlaku kerana pilihan sendiri, bukan kerana terpaksa.

Disini diberikan beberapa panduan dalam memulakan sesuatu bacaan:

A) Ibtida’ dari perkataan yang berasingan yang tidak berkaitan dengan perkataan sebelumya. Sebaik-baik permulaan itu adalah dari awal ayat.

B) Jika seseorang memilih untuk memulakan pembacaan dari pertengahan ayat, dia perlu memastikan tiada kaitan lafaz yang merosakkan struktur ayat.

Antara contoh permulaan yang merosakkan makna dan susunan ayat ialah seperti memulakan bacaan dari perkataan: أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

sedangkan perkataan ini berkait rapat dengan perkataan sebelumnya. Maka bacaan perlu diulang dari perkataan sebelumnya iaitu: تَبَّتْ يَدَا

Ayat lengkap: تَبَّتْ يَدَآ اَبِيْ لَهَبٍ وَّتَبَّۗ

C) Tidak boleh memulakan bacaan dari isi perbicaraan orang-orang kafir kecuali dibaca juga tuan punya bicara.

Antara contoh permulaan dari isi perkataan orang-orang kafir ialah:

يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ

Perkataan ini berkait rapat dengan perkataan sebelumnya dan perlu dimulakan dari perkataan sebelumnya iaitu:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ

ini kerana dari segi makna: ” orang Yahudi mendakwa: tangan Allah dibelenggu”. Jika ditinggalkan ayat sebelumnya akan memberi maksud: ” tangan Allah dibelenggu”. Dakwaan sebegini sangat bahaya dan perlu dihindarkan.

Ayat lengkap: وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ

D) Jika seseoarang waqaf dipertengahan ayat, kemudian tidak pasti tentang dari mana ia perlu menarik semula bacaannya. Maka ia perlu mengambil semula perkataan yang ia berhenti itu atau mengulang semula dari satu perkataan sebelumnya.

Jom dapatkan Al-Quran keluaran Pustaka Darul Iman, semua orang wajib dapatkan Al Quran Muaz, sebab Al Quran Muaz terdapat panduan Wakaf Ibtida’. Sangat mudah untuk korang fahami nanti tau.

Klik je link kat bawah ni. Semoga bermanfaat untuk saya dan anda semua???????? link Untuk sebarang tempahan dan Pre Order Al-Quran terkini..

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info islamik menarik : https://t.me/QuranDaruliman

#pustakadaruliman #qurandaruliman #qurantagging #islamituindah #quranengraving #quranpelangi #alquranmihrab #mushafalmadani #alquranmuaz #alquranukirnama #darulimanclans

sumber : https://pengajianalhira.com/hukum-waqaf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *