WUDUK, satu istilah yang begitu sinonim dengan ibadah solat yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa wuduk ibadah solat yang dijalankan tidak sah di sisi Allah S.W.T. Namun begitu. Pernahkah kita terfikir apakah rahsia di sebalik berwuduk itu sendiri yang sebenarnya? Pada hakikatnya, wuduk adalah suatu perbuatan yang mulia di sisi Allah S.W.T. ia bukan sahaja bertujuan untuk solat semata malah Ia juga membolehkan kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T serta mendapat keampunan dari NYA.
Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya:
“ Sesiapa yang berwuduk Padahal Dia masih Ada Wuduk , Maka dicatat Untuknya 10 kebaikkan”.
( Hadis Riwayat Abu Daud)
1-Sebahagian Dari Iman
Abu Malik al-Ash’ari r.a., Nabi S.A.W. bersabda:
“Bersuci itu adalah sebahagian daripada iman…”
(H/R. Muslim, no. 223)
2 – Wuduk Yang Sempurna Menghapuskan Dosa
Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja jaminan diterima solatnya tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan.
RasulullahS.A.WBersabda:
“Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu’ maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu’ ia bersih dari dosa-dosanya.”
( H/R. Muslim ,1/148)
Dari Abi Umamah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Apabila seseorang muslim bermuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengaran (telinga) , matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam diampunkan dosanya”
(H/R. Ahmad, 5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami’ as-Saghir, No. 461)
3 – Wuduk Mengangkat Darjat Manusia
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu:
“SesungguhnyaRasulullahS.A.W. telah bersabda: Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian? Mereka menjawab: “Ya, wahai Rasulullah”. Maka Baginda S.A.W. pun bersabda: “Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu’ walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)
(H/R. Muslim, no: 253)
4 – Wuduk Dapat Membuka Pintu Ke SyurgaDiriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu’, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya kemudian dia mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah wa anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasuluh”, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki.”
(H/R. Muslim, no: 234)
5 – Wuduk Dapat Membuka Ikatan Syaitan
Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah S.A.Wbahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan. Kemudian Rasulullah S.A.W. memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut, dalam sabda Baginda S.A.W.
“…sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu’ Bebaslah satu ikatan dan sekiranya dia bersolat bebaslah satu ikatan lagi, maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya sekiranya dia tidak melakukanya (berzikir, wudhu’, dan bersolat) maka dia akan menjadi buruk dan pemalas”.
(H/ R. al-Bukhari, no: 1091)
6– Wuduk Memberi Cahaya Di Akhirat
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. telah bersabda:“Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu”.
Kelebihan Berwuduk
o Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk
o Berwuduk sebelum tidur pahalanya seperti berpuasa
o berwuduk sebelum tidur, malaikat tidur bersamanya
o Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk
o Air wuduk dan mandi junub menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.
(Sumber : https://sites.google.com/site/bestrisalah/rahsia-di-sebalik-berwuduk )