Kita Musykil? #KitaMusykil20 : PANTANG ORANG BERHADAS BESAR

Kita Musykil #KitaMusykil20 PANTANG ORANG BERHADAS BESAR

Banyak persoalan yang kadang kala kita sendiri tidak terfikir dan tidak tahu jawapanya, Oleh itu, kami menyediakan perkongsian ini untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan islam yang sering kita ragu-ragu berdasarkan Al-Quran dan hadis serta perkongsian daripada ustaz-ustaz dan mufti di Malaysia.

Soalan :

Dalam keadaan berhadas besar, Apakah boleh kita mengucapkan salam dan menjawab salam, mengucap dua khalimah syahadah, berkata Allahu Akbar,Subhanallah , insya-Allah, As takfirullah dan MasyaAllah?.

Jawapan dari ustaz Haji Ismail Kamus :

Boleh bagi yang berhadas besar membaca bacaan tersebut kerana ia merupakan amalan harian kita. Adapun yang tidak boleh dilakukan oleh orang yang berhadas besar ialah ;.
• Sembahyang
• Membaca Alquran walaupun satu huruf
• Memegang Alquran
• Tawaf
• Duduk atau berhenti di masjid.
• Membaca Khutbah
• Sujud tilawah dan sujud syukur.

firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci. – Surah al-Nisaa’ (43)

Berdasarkan ayat ini, Imam al-Syafi’e menyatakan bahawa seorang yang dalam keadaan junub tidak boleh duduk dalam masjid, dan hanya boleh melaluinya sahaja.

Begitu juga dengan hadith Nabi SAW yang lain:
Maksudnya: Sesungguhnya masjid tidak halal untuk dimasuki oleh orang yang berjunub dan wnaita yang sedang dalam keadaan haidh. – Sunan Abi Daud (232) dan Sunan Ibn Majah (645).

Secara tuntasnya, kami berpandangan, pandangan yang mengharamkan wanita duduk di dalam masjid atau surau adalah lebih selamat, tepat dan rajih. Hal ini kerana jika dibenarkan mereka memasuki masjid secara bebas, dibimbangi akan mengotorkan ruangan solat. Begitu juga kerana nas yang mengharamkan duduk di dalam masjid adalah lebih kuat dan lebih banyak, selain keperluan untuk melihat isu ini dari sudu hukum ta’abbudi.

Kami cadangkan dengan perkembangan moden zaman sekarang ini dan berdasarkan kemampuan kewangan agar dikhaskan satu dewan berhampiran masjid atau surau sebagai markaz ilmu kepada wanita dalam keadaan haid untuk sama-sama menuntut ilmu walaupun tidak berada dalam masjid. ini akan memberi banyak kebaikan kepada wanita yang dalam keadaan haid ini.

Akhir sekali, semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita serta mengurniakan kepada kita kefahaman dalam mengamalkan suruhan-Nya.

Wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *