Tentang PBAKL 2023
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan kerjasama enam persatuan industri buku Malaysia. PBAKL merupakan acara utama dalam kalendar global penerbitan bagi setiap tahun.
Bermula tahun pertama, 1981, PBAKL berjaya mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung pada tahun 2013 sehingga kini. Hal ini demikian, kerana ia merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru.
Selain itu, pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh penerbit di seluruh rantau ini, sekaligus merancakkan sambutan dan kemeriahan PBAKL.
Pelancaran buku, seminar, konvensyen dan sebagainya adalah antara aktiviti yang turut dijalankan bagi memenuhi keperluan komuniti pembaca yang tergolong daripada semua lapisan masyarakat.
[gap height=”10px”] [ux_image id=”24392″ image_size=”original”] [gap height=”10px”]Soalan lazim
Bilakah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 akan diadakan?
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 26 Mei hingga 4 Jun 2023
Dimanakah PBAKL 2023 akan diadakan?
PBAKL 2023 akan diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Adakah saya perlu membayar yuran ke PBAKL?
Anda tidak perlu membayar yuran. Masuk adalah percuma.
Apakah senarai pempamer yang terlibat dalam PBAKL?
Lebih daripada 100 pempamer dikalangan penerbit, pengedar dan kedai buku dalam dan luar negara. Antaranya IMAN Publication, PTS, Patriots, Fixi dan sebagainya.