Nuzul Al-Quran

Nuzul al-Quran bererti penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam Al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali.

‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya. Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.

PEPERANGAN BADAR

PADA hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali sebagai Perang Badar al-Kubra. Badar ialah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dengan Makkah.
Tentera Islam mengawal lokasi strategik tersebut dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Peperangan itu melibatkan tentera Islam seramai 313 orang anggota berhadapan dengan 1,000 orang anggota tentera Musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata.
Pada peringkat awal, tujuan tentera Islam bukan untuk berperang. Sebaliknya, tujuan mereka adalah untuk memintas pasukan pemimpin Makkah bernama Abu Sufyan dalam perjalanan pulang dari Syam.

Peperangan ini juga melibatkan para malaikat yang membantu orang yang beriman dan iblis yang memberikan semangat kepada kaum Musyrikin.

Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 orang tentera Musyrikin terbunuh. 70 orang lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

KESIMPULAN

Kita perlulah mengangkat Hari Nuzul Quran agar kita memperingat mengenai turunnya ayat Al-Quran ke atas Nabi Muhammad SAW, justeru itu, kita sebagai hambanya seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai pedomen hidup sehinggalah ke penghakhiran ayat kita di dunia ini, AL-Quranlah Syafaat kita kelak, semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah SWT dan dijauhi daripada azab api neraka.

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info islamik menarik

https://t.me/QuranDaruliman

#Pustakadaruliman
#qurandaruliman
#nuzulquran2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *