JAUHI ISTERI KETIKA HAID

Haid dikenali sebagai menstruasi. Apabila haid berlaku, kaum wanita akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain. Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari. Iaitu bersamaan dengan sebulan 7 hari sahaja.

Merujuk kepada tajuk kita kali ini, apakah hukum bermesra dengan isteri ketika haid? Ini adalah jawapan dan persoalan yang diulas di dalam facebook Ustaz Azhar Idrus. Berikut adalah beberapa soalan yang telah diajukan kepada Ustaz sendiri. Waktu isteri sedang mengalami haid dimanakah sempadan yang dibolehkan bagi suaminya bermesra dengannya?
Hukum suami bermesraan dengan isterinya ketika isterinya itu sedang mengalami haid ada tiga keadaan.

Firman Allah, maksudnya: Hendaklah kamu sekelian tidak menyetubuhi isteri-isteri ketika sedang haid.” (Al-Baqarah : 222)
Berkata Imam Nawawi, ertinya : Telah ijmak sekelian Muslimin atas diharamkan menyetubuhi isteri yang haid kerana berdalilkan ayat Quran dan hadis yang sahih.” (Kitab Al-Majmu’)

Persentuhan Selain Antara Pusat Dan Lutut

Maka hukumnya adalah harus dengan sepakat sekelian ulamak. Berkata Imam Nawawi, ertinya: Bermula persentuhan pada anggota yang selain antara pusat dan lutut samada dengan ciuman atau pelukkan atau menjamah atau lainnya adalah halal dengan sepakat ulamak.” (Kitab Syarah Muslim)

Persentuhan Anggota Antara Pusat Dan Lutut
Maka hukumnya berlaku perselisihan dikalangan ulamak-ulamak mazhab yaitu jumhur ulamak mengharamkannya dengan tiada berlapik dan sebahagian yang lain mengharuskannya selain faraj.
Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah, ertinya:
Dan telah berselisihan para fuqahak pada bermesraan pada anggota isteri yang antara pusat dan lutut. Maka berjalan oleh jumhur fuqaha’ yaitu ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Syafie kepada diharamkan bermesraan dengan anggota antara pusat dan lutut. Dan berjalan oleh ulamak mazhab Hanbali kepada harus bermesraan dari isteri yang haid itu dengan selain faraj. Maka harus bagi suami itu bermesraan barang yang antara pusat dan lututnya.”

Hadith Yang Menjadi Sandaran Halal Semuanya Melainkan Bersetubuh
Daripada Anas bin Malik r.a. menceritakan ketika para sahabat bertanyakan Rasulullah saw tentang larangan pada ayat 222 surah Al-Baqarah lalu Rasulullah saw menjawab :
اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ إِلا النِّكَاحَ
Ertinya: Lakukan apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Imam Muslim)

Hadith Yang Menjadi Sandaran Halal Semuanya Melainkan Barang Antara Pusat Dan Lutut
Daripada Zaid bin Aslam r.a. berkata, ertinya: Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw dengan katanya : Apakah yang halal bagi aku ketika isteriku sedang haidh? Maka rasulullah saw menjawab :
Pakaikan atas isterimu kain kemudian harus bagi kamu apa yang di atas kain itu.” (Kitab Al-Muwatta’)
Dan daripada Abdullah bin Saad r.a. menceritakan seorang lelaki bertanya Rasullullah saw, ertinya: Apakah yang halal bagiku daripada isteriku yang sedang haidh? Jawapab baginda :
Harus bagimu apa yang di luar daripada kain sarung.” (Hadith Ibnu Majah)

#haid #bersentuh #isteri #pustakadaruliman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *