Category Archives: Uncategorized

RUKUN ISLAM: BERPUASA

Puasa adalah salah satu ibadah yang termasuk dalam rukun islam dan setiap umat islam wajib melaksanakan puasa di bulan ramadhan. Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia dimana di bulan ini Alqur’an diturunkan dan umat islam melaksanakn puasa ramadhan selama sebulan penuh. Bulan ramadhan memiliki keistimewaan sebagaimana disebutkan dalam firman Allah dalam surat Al Baqarah ayat 185 yang berbunyi

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. (QS. Al Baqarah: 185)

Dibulan ini pahala segala amal ibadah akan dilipatgandakan baik pahala puasa itu sendiri, solat wajib ataupun solat sunnah seperti solat tarawih atau solat tahajud, membaca alqur’an bersedekah dan ibadah lainnya sebagaimana hadis Rasullullah berikut.

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat ganda. Allah Ta’ala berfirman , “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak misk.”
Sebagaimana ibadah lainnya maka puasa memiliki rukun atau hal-hal yang wajib dilakukan agar puasa tersebut sah hukumnya. Adapun rukun puasa dikhabarkan dalam penjelasan berikut.

Rukun Puasa Ramadhan
Sama seperti rukun puasa pada umumnya, rukun puasa ramadhan tidak berbeza dengan rukun puasa sunnah. Rukun puasa ramadhan yang utama terdiri dari dua yakni niat dan menahan diri dari segala yang membatalkan puasa.

  1. Niat
    Seseorang yang hendak berpuasa harus berniat untuk berpuasa saat malam hari sebelum puasa dimulai. Tanpa adanya niat maka puasa seseorang tidaklah sah. Hal ini dikarenakan niat adalah suatu hal yang penting dalam melakukan ibadah dan ibadah tersebut tergantung pada niatnya sebagaimana yang dijelaskan dalam dalil-dalil berikut

وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلْقَيِّمَةِ
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya beribadah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus” (Al- Bayyinah: 5)

Juga disebutkan dalam hadits Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam :

.لُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَىإِنَّمَا اْلأَعْمَا

“Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat ganjaran atas amalnya sesuai dengan niatnya.”

Harus selalu diingat bahwa niat berpuasa harus dilakukan saat malam hari dan sebelum terbit fajar pada bulan Ramadhan. Hal ini juga berdasarkan hadits Hafshah Radhiyallahu anhuma, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda , “Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tidak ada puasa baginya.”

  1. Menahan Diri dari Hal-hal yang Membatalkan Puasa

    Saat berpuasa seseorang harus menahan diri dari segala sesuatu yang dapat membatalkan puasanya sebagaimana yang disebutkan dalam Firman Allah pada surat Albaqarah ayat 187.

    بَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا آَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَآُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَ مَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

    “Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah bagimu dan makan minumlah hingga jelas bagimu (perbedaan) antara benang putih dan benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai (datang) malam” [Al-Baqarah: 187]

    Rukun puasa ramadhan wajib dipenuhi bagi orang-orang yang berpuasa. Oleh sebab itu perhatikan baik-baik dan jagalah selalu diri kita dari perkara yang dapat membatalkan puasa serta ingatlah selalu untuk berniat menjalankan puasa dimalam sebelum melaksanakan ibadah puasa tersebut.

https://dalamislam.com/puasa/rukun-puasa-ramadhan

READY FOR ZAKAT?

Zakat merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.

Dari segi syarak, zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Merupakan salah satu rukun Islam yang ke lima. Hukum zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad.
Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar.

Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.

  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

    https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/pengertian-zakat/

    #zakat #pustakadaruliman #zakatfitrah #zakatharta #zakat

    7 PERKARA LUAR BIASA TENTANG ISRAK MIKRAJ

    1. Di Syurga, Telapak Kaki Bilal Didengari

      Daripada Abu Hurairah RA, telah berkata Nabi Muhammad SAW kepada Bilal ketika solat Fajar: “Wahai Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana, aku mendengar gerakan kaki di sisiku di dalam syurga.” Bilal menjawab: “Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwuduk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wuduk tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
      1. Nabi-nabi Bersama Umat Masing-masing

        Ibn Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Nabi Muhammad SAW melintasi nabi-nabi AS dan melihat umat masing-masing. Ada nabi yang umatnya satu kaum, ada nabi yang umatnya beberapa orang sahaja dan ada nabi yang tidak berumat walau seorang pun. Kemudian baginda SAW melihat lautan manusia yang besar. Apabila baginda bertanya: “Siapa mereka? Dijawab kepada baginda SAW: “Itulah Musa bersama umatnya.” Kemudian dikata kepada Nabi Muhammad SAW: “Angkatlah pandanganmu dan lihatlah di ufuk sana dan ufuk sana.” Apabila Rasulullah SAW melihatnya, dikatakan kepada baginda: “Itulah umatmu. Di antara mereka akan ada 70,000 orang yang bakal memasuki syurga tanpa hisab.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

      2. Bagi Pendakwah Yang Melupakan Diri, Ini Hukumannya

        Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tatkala saya diisrakkan, saya melihat beberapa orang yang lidahnya dipotong dengan gunting dari api. Saya bertanya, ‘Wahai Jibril, siapakah mereka itu?’ Dia menjawab: ‘Mereka adalah para khatib umatmu, mereka memerintahkan kepada orang-orang untuk berbuat kebaikan, namun mereka melupakan diri mereka sendiri padahal mereka membaca kitab. tidakkah mereka menggunakan akalnya?” (Hadis Riwayat Ahmad)
      1. Haruman Dari Keluarga Masyitah

        Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: “Nabi Muhammad SAW tercium satu bau yang amat harum. Apabila baginda SAW bertanya pada Jibril AS, Jibril menjawab: “Itulah bauan Masyitah (tukang sikat anak perempuan Firaun) dan anak-anaknya. Satu hari, ketika dia (yakin Masyitah) sedang menyikat rambut anak perempuan Firaun, tiba-tiba sikat terjatuh dari tangannya. Ketika mengambil sikat itu ia berkata, ‘Bismillah (Dengan nama ALLAH).’ Lalu anak perempuan Firaun bertanya: ‘Adakah kamu menyebut nama bapaku?’ Masyitah menjawab, ‘Tidak, tetapi aku menyebutkan nama Tuhanku dan Tuhan bapamu, iaitu ALLAH’. Lantas anak perempuan Firaun memberitahu kepada ayahnya (Firaun), lalu Masyitah dibunuh bersama anak-anaknya.” (Hadis Riwayat Ahmad)
      2. Balasan Kepada Mereka Yang Mengumpat

        Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam aku dimikrajkan, aku melalui satu kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan dada mereka. Aku lalu berkata: “Siapa mereka ini, wahai Jibril?” Jibril menjawab: “Mereka ialah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad & Abu Daud)
      1. Melihat Rupa Asal Dajal

        Diriwayatkan daripada Nawwas bin Sam’an al Kilabi dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bukan dajal yang aku khuatirkan akan memudaratkan kalian. Kerana jika dajal muncul, sedangkan aku masih berada di antara kalian, maka akulah yang akan menghadapinya, bukan kalian. Jika dia muncul, sedangkan saya tidak lagi berada di antara kalian, maka setiap orang Muslim wajib membela dirinya, dan ALLAHLAH yang menjaga setiap orang Muslim sepeninggalanku. Sesungguhnya dajal adalah seorang yang berusia muda, berambut kerinting, dengan bola mata yang menonjol. Dan sesungguhnya pasukan berkudanya memenuhi kawasan antara negeri Syam dan Iraq, lalu menyebar ke segala penjuru. Hai hamba-hamba ALLAH, berpendirian teguhlah kalian.” (Hadis Riwayat Muslim)
      2. Berbekam Ada Khasiatnya Tau

        khasiat berbekam bersempena hari israk mikraj
        Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda: “Sebaik-baik hari untuk kalian (berbekam) adalah hari ketujuh belas, kesembilan belas dan kedua puluh satu, baginda bersabda: “Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku diisrakkan kecuali mereka berkata; ‘Engkau harus berbekam wahai Muhammad’.” (Hadis Riwayat Ahmad)
        Rupanya banyak perkara luar biasa yang terjadi pada peristiwa Israk Mikraj. Sama-sama kita menghayati nilai-nilai dan hikmah hari Israk Mikraj ini dan ceritanya kepada anak-anak kita.

        https://www.kelabmama.com/israk-mikraj/

      INI DIA CIRI-CIRI MANUSIA MUNAFIK

      Apa yang anda faham dengan maksud munafik? Bagaimana perlakuan manusia munafik ni? Munafik adalah sifat berpura-pura mengikuti ajaran agama, namun tidak membenarkan dalam hatinya. Ada ciri orang munafik yang memang sudah disebutkan Al-Quran. Munafik berarti tak sinkron antara lahir dan batin, termasuk dalam hal keyakinan, hatinya kafir akan tetapi mulutnya mengaku beriman.
      Dalam tak sedar, sebenarnya ramai di keliling kita mengaku alim dan beriman. Namun perbuatannya tidak seperti pengakuan. Sebagai contoh, dia rajin ke masjid menunaikan solat berjemaah dan mendengar ceramah. Tetapi di waktu lain pula, suka menghina orang lain dan terasa jijik untuk membantu orang susah. Serta beranggapan orang yang susah itu kerana malas dan bukannya disebabkan ujian dari Allah S.W.T.
      Disini ada beberapa senarai ciri-ciri manusia munafik yang mungkin kita terlepas pandang. Atau sekiranya ada pada diri sendiri. Hendaklah segera bertaubat sebelum terlambat dan menjadi sebati dalam diri.

      MENIPU ALLAH

      اِنَّ الْمُنٰفِقِيْنَ يُخٰدِعُوْنَ اللّٰهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْۚ وَاِذَا قَامُوْٓا اِلَى الصَّلٰوةِ قَامُوْا كُسَالٰىۙ يُرَاۤءُوْنَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُوْنَ اللّٰهَ اِلَّا قَلِيْلًاۖ .

      Sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah-lah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud ria (ingin dipuji) di hadapan manusia. Dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. An-Nisa: 142)

      MENGOLOK-OLOK AYAT ALLAH

      يَحْذَرُ الْمُنٰفِقُوْنَ اَنْ تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُوْرَةٌ تُنَبِّئُهُمْ بِمَا فِيْ قُلُوْبِهِمْۗ قُلِ اسْتَهْزِءُوْاۚ اِنَّ اللّٰهَ مُخْرِجٌ مَّا تَحْذَرُوْنَ .
      وَلَىِٕنْ سَاَلْتَهُمْ لَيَقُوْلُنَّ اِنَّمَا كُنَّا نَخُوْضُ وَنَلْعَبُۗ قُلْ اَبِاللّٰهِ وَاٰيٰتِهٖ وَرَسُوْلِهٖ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِءُوْنَ

      Orang-orang munafik itu takut jika diturunkan suatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka. Katakanlah (kepada mereka), “Teruskanlah berolok-olok (terhadap Allah dan Rasul-Nya).” Sesungguhnya Allah akan mengungkapkan apa yang kamu takuti itu.
      Dan jika kamu tanyakan kepada mereka, niscaya mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah, “Mengapa kepada Allah, dan ayat-ayatnya serta Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?”
      (QS. At-Taubah: 64-65)

      MEMBENCI APA YANG DIREDHAI ALLAH

      ذٰلِكَ بِاَنَّهُمُ اتَّبَعُوْا مَآ اَسْخَطَ اللّٰهَ وَكَرِهُوْا رِضْوَانَهٗ فَاَحْبَطَ اَعْمَالَهُمْ .

      “Yang demikian itu, karena sesungguhnya mereka mengikuti apa yang menimbulkan kemurkaan Allah dan membenci (apa yang menimbulkan) keridaannya; sebab itu Allah menghapus segala amal mereka.” (QS. Muhammad: 28)

      DENGKI KEPADA ORANG-ORANG MUKMIN

      اَمْ حَسِبَ الَّذِيْنَ فِيْ قُلُوْبِهِمْ مَّرَضٌ اَنْ لَّنْ يُّخْرِجَ اللّٰهُ اَضْغَانَهُمْ .

      “Atau apakah orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka?”(QS. Muhammad: 29)

      ORANG MUNAFIK SANGAT PINTAR BERBICARA
      Munafik adalah salah satu sifat yang dibenci oleh Allah SWT. Pasalnya, orang munafik kerap bersikap tidak menentu dan susah diketahui kebenaran ucapannya. Bahkan, Rasulullah ﷺ, sangat khawatir jika umatnya memiliki sifat munafik, sebagaimana dalam salah satu hadits berikut:
      Sungguh yang paling aku khawatirkan atas kalian semua sepeninggalku adalah orang munafiq yang pintar berbicara.” (HR At-Tabrani).


      SELALU BERDUSTA

      Seseorang yang memiliki sifat ini, selalu memperlihatkan yang berbeda dengan yang disembunyikan di dalam hati. Adapun hadits tentang ciri-ciri orang munafik adalah sebagai berikut, yang artinya:
      Jika berkata selalu berdusta, jika berjanji selalu mengingkari, jika diberikan kepercayaan selalu berkhianat, dan jika memusuhi melampaui batas.” (HR. Al-Bukhari).

      Dari Abdullah bin Amr RA, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Barangsiapa tertanam dalam dirinya empat hal, maka ia benar-benar seorang munafik sejati, dan barangsiapa dalam dirinya terdapat salah satu dari empat hal, maka dalam dirinya tertanam satu kemunafikan sehingga ia meninggalkannya, (yaitu) (1) Apabila berbicara ia berdusta (2) Apabila membuat kesepakatan ia mengkhianati (3) Apabila berjanji ia mengingkari (4) Apabila berdebat ia tidak jujur.’ Namun di dalam hadits Sufyan disebutkan, ‘Barangsiapa dalam dirinya terdapat salah satu dari empat hal ini maka di dalam dirinya terdapat salah satu ciri kemunafikan.‘”(HR. Muslim)

      #munafik #ciriciri #pustakadaruliman

      NIAT MESTILAH BETUL

      TANPA niat dan keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT, sukar untuk individu istiqamah dalam melakukan penghijrahan ke arah perkara kebaikan.

      Jika diperhatikan secara terperinci, setiap ibadat dalam Islam akan disertai dengan kewajipan memasang niat.

      Antaranya, ia terangkum dalam rukun solat, selain prasyarat supaya ibadat puasa diterima Allah SWT hatta turut dituntut ketika menunaikan zakat.

      Ia dapat dikaitkan hikmah amalan memasang azam setiap kali tiba tahun baharu termasuk mengajak manusia supaya sentiasa berpegang kepada niat.

      Walaupun ia bukanlah ketetapan syarak, umat Islam dibenarkan berbuat demikian dengan harapan akan mencetuskan titik perubahan dalam diri, sekali gus menjadi kayu ukur untuk lebih istiqamah.

      Umar al-Khattab RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal (tidak berlaku) melainkan dengan adanya niat dan sesungguhnya setiap seorang hanya akan beroleh balasan berdasarkan niatnya. Dengan asas itu, sesiapa berhijrah dengan tujuan mencapai keredaan Allah dan Rasul-Nya; maka hijrahnya itu menyampaikannya kepada (balasan baik) Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa berhijrah dengan tujuan mendapat faedah dunia atau dengan tujuan hendak berkahwin dengan wanita, maka hijrahnya itu hanya menyampaikannya kepada apa dituju sahaja.” (HR Bukhari dan Muslim)

      Definisi Niat

      Niat menurut bahasa adalah mengarah diri kepada sesuatu perbuatan. [Lihat: al-Mu’jam al-Wasith, 1021] Manakala menurut dewan bahasa dan pustaka pula, niat adalah maksud atau tujuan sesuatu perbuatan. [Lihat: Kemus Dewan Edisi Keempat, 1080]

      Menurut Istilah pula, terdapat beberapa definisi yang diberikan:

      • Telah berkata Imam al-Nawawi:

      النِّيَّةُ عَزْمُ الْقَلْبِ عَلَى عَمَلِ فَرْضٍ أَوْ غَيْرِهِ

      Maksudnya: “Niat adalah keazaman (tekad) di dalam hati di atas setiap perkara yang fardhu dan selain daripadanya (wajib)”. [Lihat: al-Majmu’, 310/1]

      • Telah berkata Ibn Abidin:

      قَصْدُ الطَّاعَةِ وَالتَّقَرُّبِ إلَى اللَّهِ تَعَالَى فِي إيجَاد الْفِعْلِ

      Maksudnya: “Niat adalah tujuan melakukan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan perbuatan”. [Lihat: Rad al-Mukhtar, 105/1]

      Kepentingan Ikhlas

      Sifat atau niat yang ikhlas kepada Allah SWT adalah amat penting dalam setiap perbuatan dan tingkah laku kita. Ikhlas dari sudut bahasa adalah menyucikan sesuatu. Manakala menurut istilah pula adalah menyucikan amalan dengan niat yang betul iaitu kerana Allah SWT serta menghalang atau menjauhkan amalan tersebut daripada sifat menyekutukan Allah SWT (syirik). Disebabkan itu, Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an bagi menjelaskan akan kepentingan ikhlas ini.

      • Firman Allah SWT:

      وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّـهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

      Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya”. [al-Baniyyah:5]

      Imam al-Qurthubi menafsirkan ayat ini dengan ayat yang lain iaitu:

      • Firman Allah SWT:

      قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّـهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

      Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad SAW): “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan segala ibadah hanya kepada-Nya”. [al-Zumar:11]

      Ayat ini menjadi dalil bahawa wajibnya kita berniat dalam melaksanakan perkara-perkara berkaitan ibadah. Ini kerana, ikhlas merupakan amalan hati dan ia perlulah dilakukan semata-mata kerana Allah SWT dan tidak pada selain daripada-Nya. [Lihat: Tafsir al-Qurthubi, 144/20]

      Penutup

      Kesimpulannya, niat merupakan asas atau kayu ukur bagi sesuatu amalan yang dilakukan dan niat itu perlulah diniatkan hanya kepada Allah SWT. Tambahan pula, niat juga yang akan menentukan sesuatu amalan itu diterima atau ditolak oleh Allah SWT. Kami akhiri perbincangan ini dengan sebuah hadith yang sahih:

      • Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW:

      إِنَّ اللَّهَ لا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

      Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan harta kamu. Akan tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalan kamu”. [Riwayat Muslim (2564)]

      Semoga Allah SWT menyucikan niat dan amalan kita daripada sifat-sifat yang boleh menyebabkan amalan tertolak serta menjauhkan kita daripada sifat riyak, ujub, sum’ah dan lain-lain lagi. Amin.

      SUMBER :

      https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1439-irsyad-al-hadith-siri-ke-142-niat-seorang-mukmin-lebih-baik-daripada-amalannya

      https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/09/606430/pelihara-niat-dan-ikhlas-elak-amalan-rosak

      PERBAIKI DIRI MENJELANG RAMADHAN

      Hari ini tinggal 45 hari sahaja lagi sebelum menjelangnya ramadhan. Sudah bersediakan anda semua untuk berpuasa? Apa persediaan anda sebelum menyambut bulan mulia ini? Jom kita tengok “checklist” di bawah ni, dan cuba usaha sama-sama untuk melakukannya sebelum tiba ramadhan.

      1. Berpuasa di Bulan Syaaban sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan

        Persiapan Nabi ﷺ adalah dengan memperbanyak puasa sunnah di bulan Sya’ban bagi menyambut kehadiran bulan Ramadan sehinggakan Nabi ﷺ berpuasa lebih banyak di bulan syaaban berbanding bulan bulan lain .

        Perkara ini dinukilkan dalam satu Hadis :
        عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَت كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ
        Daripada Saiditna Aisyah r.a., berkata “Rasulullah ﷺ banyak berpuasa (pada bulan Syaaban) sehingga kita mengatakan, baginda tidak pernah berbuka dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah ﷺ banyak berpuasa (di luar Ramadan) melebihi Sya’aban.”
        (Hadis Riwayat Imam Bukhari , Sahih Bukhari , No Hadis 1969 )

      2. Memperbanyakkan bacaan Al-quran

        Selain itu, Para Tabi’in dan tabi’ tabiin juga memperbanyakkan bacaan Al-quran dan Meninggalkan hal keduniaan hanya semata mata untuk beribadah di bulan yang ganjaran-Nya tinggi dan memperoleh keampunan Allah yang luas . Hal ini diceritakan dalam satu kitab أرشيف ملتقى أهل الحديث :
        كان عمرو بن قيس المُلائي إذا دخل شعبان أغلق تجارته وتفرغ لقراءة القرآن وكان يقول: طوبى لمن أصلح نفسه قبل رمضان

        Adapun Amru Ibn Qais apabila memasuki Syaaban memberhentikan perniagaannya dan memenuhi masanya dengan membaca alquran , dan Dia telah berkata :
        beruntunglah mereka yang mengislahkan (memperbaiki diri) mereka sebelum Ramadan.”
      3. Mengkhabarkan berita gembira ketibaan Ramadan.

        Nabi ﷺ mengkhabarkan dalam banyak hadis tentang kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan untuk meningkatkan motivasi kepada sahabat .
        Dalam satu hadis yang di riwayatkan dari Abu Hurairah R.a :
        أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ، فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ

        Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi, Allah telah mewajibkan padamu berpuasa di bulan itu. Dalam bulan itu dibukalah pintu-pintu langit, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Siapa yang tidak memperoleh kebajikan di malam itu, maka ia tidak memperoleh kebajikan apapun.
        (Hadits Riwayat Imam An-Nasa`i . Sunan An-Nasei , No hadis : 2106, Shahih)

        Jadi Apakah persediaan kita dalam menghadapi bulan Ramadan pada tahun ini ? Adakah dengan penuh keinsafan dan ketakwaan? Atau masih dalam keadaan yang sama.

        Dalam Satu Hadis juga ada meriwayatkan bahawa :

        Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Hisyam telah menceritakan kepada kami Yahya dari Abu Salamah dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu dari Nabi ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang menegakkan Lailatulqadar (mengisi dengan ibadah) karena iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dari-Nya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya, dan barangsiapa yang melaksanakan puasa Ramadan karena iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dari-Nya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya”.
        ( Hadis Diriwayatkan oleh Imam Bukhari , Sahih Bukhari , No hadis 1901 )

      Maka , kita berdoalah agar Ramadan kali ini kita berpuasa dan beramal kerana Iman kepada Allah dan mengharapkan pahala dari Allah dan semoga Allah mengampuni dosa dosa yang telah kita kerjakan . Serta dipanjangkan usia agar dapat menyambut ramadhan pada tahun ini. Aminn