Author Archives: lee ajim

Pelantikan Nabi menjadi Rasul ? Bagaimana ?

Nabi Muhammad S.A.W mendapat wahyu pertama pada malam 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 Masihi ketika bertahannus di Gua Hira. Datang Jibril membawa tulisan dan meminta Nabi S.A.W membacanya, tetapi baginda mengatakan tidak dapat membaca beberapa kali.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-’Alaq:1-5)

Permulaan Menjadi Rasul

Detik itu bermulanya baginda diangkat menjadi Rasulullah (utusan Allah) untuk menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia, bukannya terbatas pada satu kaum atau suku bangsa. Usia baginda ketika itu 40 tahun 6 bulan dan lapan hari (mengikut tahun Qamariyah – tahun orang Islam berdasarkan kiraan bulan) atau 39 tahun tiga bulan dan lapan hari (tahun Syamsiah – kalendar berdasarkan matahari).

Wahyu pertama

Selepas menerima wahyu itu, dalam keadaan gementar baginda pulang ke rumah dan meminta isterinya, Khadijah menyelimutinya. Selepas reda cemasnya, diceritakan pengalaman itu kepada isterinya. Lalu dijawab Khadijah: “Bergembiralah wahai suamiku, tetapkanlah hatimu demi Tuhan yang jiwa Khadijah di dalam tangan-Nya. Saya harap engkaulah yang akan menjadi nabi bagi umat kita ini.

Allah tidak akan mengecewakan engkau. Bukankah engkau sentiasa berkata benar yang selalu menghubungkan silaturahim, bukankah engkau yang sentiasa membantu anak yatim, memuliakan tetamu dan menolong setiap orang ditimpa kemalangan dan kesengsaraan.” Kemudian Khadijah ke rumah anak saudaranya, Waraqah bin Naufal, yang beragama Nasrani. Dia juga boleh menulis dalam bahasa Ibrani dan menyalin kandungan kitab Injil dan Taurat dalam bahasa Arab.

Selepas diceritakan Khadijah mengenai suaminya, baginda s.a.w, Waraqah berkata: “Qudus, qudus, demi Tuhan yang jiwa Waraqah di dalam tangan-Nya, jika engkau membenarkan aku. Wahai Khadijah sesungguhnya sudah datang kepadanya (Nabi Muhammad), dia sesungguhnya akan menjadi nabi bagi umat kita ini dan katakanlah kepadanya ia tetap tenang.”

Wahyu kedua

Menurut riwayat, kira-kira dua setengah tahun selepas wahyu pertama, baru baginda s.a.w menerima wahyu kedua, dalam keadaan berselimut, yang berbunyi (maksud):

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!” (Surah al-Muddaththir:1-7)

Penurunan wahyu itu menjelaskan lagi tugas yang perlu dilakukan baginda, iaitu mengajak manusia menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya. Selepas itu, baginda mula berdakwah kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat supaya menyembah Allah. Orang yang mula beriman ialah isterinya, Khadijah, kemudian Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar.

lebih ramai memeluk islam

Dengan perantaraan sahabat karibnya, Abu Bakar, lebih ramai memeluk Islam, membabitkan Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Abu Ubaidillah bin Jarrah, Arqam bin Abi Arqam, Fatimah binti Khatab dan suaminya, Said bin Zaid al-’Adawi.

Mereka bersama beberapa penduduk Makkah yang lain diberikan gelaran ‘as-Sabiquun al-Awwalun’ iaitu golongan pertama memeluk Islam. Dakwah secara rahsia itu selama tiga tahun, kemudian baginda melakukan dakwah secara terbuka. Seruan secara terang-terangan ini menarik perhatian masyarakat, sehingga ramai memeluk Islam.

Musuh islam tersakiti

Bagi pemuka Quraisy yang mencemburui Islam, pelbagai cara dilakukan mereka bagi menghancurkan dakwah baginda dan paling ketara ialah pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Mutalib. Mereka memutuskan hubungan dalam segala aspek, termasuk urusan perkahwinan, jual beli dan ziarah menziarahi. Pemboikotan ini ditulis dan digantungkan di Kaabah. Ia sangat menyukarkan kaum keluarga nabi dan orang Quraisy lain.

Lebih dua tahun mereka menderita kemiskinan dan kesengsaraan, sehingga untuk mengirim makanan sesama mereka juga dilakukan secara sembunyi. Namun, akhirnya hubungan Bani Hasyim dan Bani Mutalib dengan orang Quraisy pulih.

Tetapi tidak bermakna penentangan orang Quraisy menurun. Belum reda bahang pemboikotan itu, Nabi tiba-tiba dikejutkan dengan kewafatan Abu Talib (pada usia 87 tahun) dan tidak lama kemudian isterinya, Khadijah. Kejadian ini berlaku pada tahun ke-10 kenabiannya dan dalam sejarah disebut ‘tahun kesedihan’.

Israk Mikraj

Dalam keadaan menghadapi penentangan dan penghinaan daripada kaum Quraisy, baginda diperintahkan Allah menjalani Israk dan Mikraj (tahun ke-11 selepas menjadi rasul), iaitu dari Makkah ke Baitulmaqdis, seterusnya naik ke langit ketujuh dan Sidratul Muntaha. Pemuka Quraisy di Makkah mahu membunuh baginda, menyebabkan baginda terpaksa berhijrah ke Madinah. Baginda bertolak ke Madinah bersama Abu Bakar pada waktu malam.

Hijrah itu pada 12 Rabiul Awal, tahun ke-13 kenabiannya dan ketika itu usianya 53 tahun. Sebelum sampai ke Madinah, baginda bersembunyi di Gua Thur selama tiga hari. Selepas lapan hari Nabi s.a.w meneruskan perjalanan, baginda berhenti di sebuah kota kecil, Quba, sembilan kilometer dari Madinah. Baginda berehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari. Di Quba, baginda sempat mengasaskan masjid, dinamakan Masjid Quba.

Selesai solat Jumaat, baginda meneruskan perjalanan ke Madinah. Di Madinah, orang Arab dari Makkah dipanggil Muhajirin (orang yang berhijrah) manakala penduduk tempatan Madinah digelar golongan Ansar (yang memberi bantuan). Islam berkembang subur di Madinah, tetapi bagi orang kafir Quraisy di Makkah, mereka tetap memusuhi baginda dan pengikutnya.

Justeru, Allah menurunkan ayat yang mengizinkan baginda mengangkat senjata untuk mempertahankan diri, sebagaimana dijelaskan dalam ayat 39-40 surah al-Haj. Peperangan pertama di antara Muslimin dan kafir Quraisy berlaku di kawasan Badar pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, iaitu dalam sejarah dipanggil sebagai Perang Badar.

Peperangan dalam sejarah Islam

Dalam peperangan ini pihak Islam memperoleh kemenangan, walaupun mereka berperang dalam keadaan berpuasa dan bilangan yang sedikit berbanding sejumlah besar tentera kafir. Bersama kekuatan yang ada, baginda dapat menghadapi tentangan kafir Quraisy. Kemenangan demi kemenangan dicapai sehingga akhirnya Makkah dikuasai Muslimin. Ketika itu berhala di sekitar Kaabah dapat dipecahkan.

Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan hilanglah yang salah; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” (Surah al-Israa:81) Pada akhir tahun 10 Hijrah, Nabi Muhammad s.a.w meninggalkan Madinah menuju Makkah untuk mengerjakan Haji Wida. Sebelum selesai ibadat haji, baginda bersyarah di depan orang Islam di Bukit Arafah.

Kewafatan Rasul tercinta

Selesai melakukan ibadat itu, Nabi s.a.w kembali ke Madinah. Tiga bulan selepas itu, baginda demam sehingga kemudaratannya tidak mengizinkannya mengimamkan orang Islam menunaikan solat. Akhirnya, baginda wafat pada Isnin 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah (8 Jun 632 Masihi) selepas sakit selama 13 hari di rumah isterinya, Aisyah pada usia 63 tahun.

Peninggalan Baginda

Tiada harta ditinggalkan baginda, melainkan dua saja. “Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka). Kamu tidak tersesat selama-lamanya selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.”   

Sumber: https://aki2004.wordpress.com/2011/02/07/nabi-muhammad-s-a-w-jadi-rasul-ketika-40-tahun/

SIAPA NABI MUHAMMAD SAW ?

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dalam ruangan ini dikongsikan sedikit secara ringkas Biodata Ringkas Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW/ Rasulullah SAW

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama Gelaran Lain: Al-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim

Tarikh Lahir: Subuh Isnin 12 Rabiulawal/20 April 571M (dikenali sebagai Tahun Gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah)

Tempat Lahir: Di rumah Abu Talib, Mekah Al-Mukarramah

Nama Bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim

Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh Pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah)

Ibu Susu Pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu Susu Kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah As-sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Usia 5 tahun

Peristiwa pembelahan dada Baginda yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan syaitan yang wujud di dalamnya.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim RA di dalam sahihnya dan ia telah diceritakan oleh Anas bin Malik RA, beliau berkata:

أَتَاهُ جِبْرِيلُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَلْعَبُ مَعَ الْغِلْمَانِ، فَأَخَذَهُ فَصَرَعَهُ، فَشَقَّ عَنْ قَلْبِهِ، فَاسْتَخْرَجَ الْقَلْبَ، فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ عَلَقَةً، فَقَالَ: هَذَا حَظُّ الشَّيْطَانِ مِنْكَ، ثُمَّ غَسَلَهُ فِي طَسْتٍ مِنْ ذَهَبٍ بِمَاءِ زَمْزَمَ، ثُمَّ لَأَمَهُ، ثُمَّ أَعَادَهُ فِي مَكَانِهِ، وَجَاءَ الْغِلْمَانُ يَسْعَوْنَ إِلَى أُمِّهِ – يَعْنِي ظِئْرَهُ – فَقَالُوا: إِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ قُتِلَ، فَاسْتَقْبَلُوهُ وَهُوَ مُنْتَقِعُ اللَّوْنِ “، قَالَ أَنَسٌ: «وَقَدْ كُنْتُ أَرَى أَثَرَ ذَلِكَ الْمِخْيَطِ فِي صَدْرِهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah didatangi oleh malaikat Jibril AS ketika baginda SAW sedang bermain-main bersama budak-budak kecil yang lain. Maka, Jibril AS telah mengambil baginda SAW lalu merebahkan baginda SAW. Kemudian, Jibril As telah membelah dada baginda SAW dengan mengeluarkan segumpal darah daripada hati baginda SAW sambil berkata “Ini adalah bahagian syaitan yang terdapat di dalam dirimu”. Kemudian Jibril AS menyucikannya di dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada emas dengan menggunakan air zamzam. Setelah itu, Jibril AS menjahitnya kembali dan mengembalikan baginda SAW di tempat permainannya tadi. Budak-budak kecil yang bermain bersama baginda SAW tadi pergi mengadu kepada ibunya dengan mengataka bahawa: “Muhammad telah dibunuh”. Orang ramai menyambut baginda SAW yang dalam keadaan pucat kerana baginda masih di dalam ketakutan. Anas berkata: “Aku telah melihat kesan jahitan tersebut di dada baginda SAW”. [Riwayat Muslim, (162)]

Usia 6 tahun

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-abwa’(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

Usia 8 tahun

Datuknya, Abdul Muttalib meninggal dunia. Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Usia 9 Tahun

Baginda mengambil upah untuk mengembala kambing bagi penduduk kota Mekah dengan mendapat upah yang sedikit.

Usia 12 tahun

Bersama saudaranya Abu Talib , bermusafir ke syam kali pertama atas urusan perniagaan di Kota Basrah Negeri Syam, seorang Pendita Nasrani bernama Bukharra telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang Nabi dikalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Usia 14 / 15 tahun

Terlibat dalam peperangan Fijar. Baginda Nabi Muhammad telah menyertai peperangan itu dalam beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah dalam medan perang tersebut.

Usia 20 Tahun

Baginda telah menyaksikan perjanjian Al-Fudhul iaitu perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Kota Mekah.

Usia 25 Tahun

Musafir kali ke-2 ke kota syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid. Perjalanan Nabi ke Syam telah ditemani oleh seorang lelaki ( orang suruhan Khadijah ) yang dikenali sebagai Maisarah ( penunjuk jalan ). Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa bapa saudara Nabi pergi bertemu Amru bin Al-Asad ( bapa saudara Khadijah ) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas perkahwinan Nabi adalah sebanyak 500 dirham.

Usia 35 Tahun

Banjir besar melanda Kota Mekah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Kota Mekah. Rasullullah SAW diberi kemulian untuk meletakkan Hajarul Aswad ketempat asalnya dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung siapa yang akan meletakkan batu tersebut

Usia 40 Tahun

Menerima wahyu pertama di Gua Hira’ di puncak Jabal Nur ( Bukit Cahaya ) sebagai pelantikan Nabi dan Rasul akhir zaman.

Usia 53 Tahun

Berhijrah ke Madinah Munawwarah dengan ditemani oleh Abu Bakar As-Siddiq. Rombongan tiba pada tanggal 12 Rabiul Awwal 01 Hijrah/24 September 622 Masihi.

Usia 63 tahun

Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin , 12 Rabiul Awwal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.

Isteri-isteri Rasullullah SAW

1.Khadijah binti Khuwailid

2.Saudah binti Zam’ah

3.Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

4.Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin Al-Khattab)

5.Ummu Habibah binti Abu Sufyan

6.Hindun binti Umayyah (digelar Ummu Salamah)

7.Zainab binti Jahsy

8.Maimunah binti Harith

9.Safiyyah binti Huyai

10.Zainab binti Khuzaimah.

Anak-Anak Rasullullah SAW

1.Qassim

2.Abdullah

3.Ibrahim

4.Zainab

5.Ruqayyah

6.Ummu Kalthum

7.Fatimah Al-Zahra

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti “bapak Qasim”, kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

Anak Tiri Rasullullah SAW

Halah bin Hind bin Habbasy. Beliau adalah anak kepada Khadijah bersama Hind. Ketika berkahwin dengan Rasullullah SAW, Khadijah adalah seorang janda.

Saudara Sesusu Rasullullah SAW

Ibu susuan Rasullullah SAW

1.Thuwaibah al-Aslamiah

2.Halimatus Sa’diah

Saudara Susuan Rasullullah SAW

1.Hamzah

2.Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

3.Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthalib

4.Abdullah bin Harith bin Abdul Uzza

5.Syaima binti Harith bin Abdul Uzza

6.Aisyah binti Harith bin Abdul Uzza

Bapa dan Ibu Saudara Rasullullah SAW

1.Harith

2.Muqawwam

3.Zubair

4.Hamzah (Islam)

5.Al-Abbas (Islam)

6.Abu Talib

7.Abu Lahab (Abdul Uzza)

8.Abdul Ka’abah

9.Hijl

10.Dhirar

11.Umaimah

12.Al-Bidha ( Ummu Hakim )

13.Atiqah

14.Arwa

15.Barrah

16.Safiyyah

Sumber : https://www.mywilayah.com/2020/10/biodata-nabi-muhammad-saw.html

ISTIMEWANYA KELAHIRAN NABI KITA SEMUA

Hari ini, 12 Rabiul Awal dalam kalendar Islam, yang bertepatan dengan 12 Disember 2016, seluruh umat Islam memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Satu-satunya Rasul Allah yang diutuskan kepada semua kaum dan golongan ialah Nabi Muhammad SAW. Oleh itu ajarannya sangat universal, bukan sahaja tentang ibadah dan akhirat, tetapi juga tentang urusan dunia yang meliputi semua aspek kehidupan manusia, dari makan hinggalah urusan negara. Bertepatan dengan ulang tahun Maulid, artikel ini membincangkan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW. Mengapa membincangkan kelahirannya? Kerana perkataan Maulid itu sendiri bermaksud masa lahir atau tempat lahir.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Mekah pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awwal atau bersamaan dengan 20 April 571 M. Nabi Muhammad adalah putera Abdullah bin Abdul Muthallib dan Siti Aminah binti Wahab.

Kelahiran Nabi disebut tahun gajah. Penamaan tahun Gajah berkaitan dengan peristiwa pasukan Gajah yang dipimpin oleh Abrahah, Gabenor Yaman yang ingin menghancurkan Kaabah. Namun, sebelum mereka sampai ke kota Mekah, mereka telah diserang oleh sekumpulan burung yang membawa kerikil panas (seperti yang dinyatakan dalam QS Al-Fil: 1-5).

Nabi Anak Yatim

Ketika Rasulullah SAW berumur dua bulan dalam kandungan ibunya, ketika itu ayahnya Abdullah meninggal dunia dan dimakamkan di kota Madinah Al Munawwarah. Ibu sangat sedih kerana apabila anak itu dilahirkan, dia sudah menjadi yatim piatu (tanpa bapa). Ketika Nabi masih dalam kandungan, banyak mukjizat berlaku, seperti dibukanya pintu syurga, kemusnahan tentera bergajah, dunia diterangi cahaya terang, tanah yang kering menjadi subur. Pokok-pokok kayunya berdaun lebat dan berdaun. Kelahiran Nabi Muhammad mempunyai banyak keistimewaan. Kelahiran Nabi Muhammad SAW adalah seribu satu petanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir untuk menyampaikan risalah Islam.

Ketika itu, ibu Siti Aminah melihat Nabi Muhammad SAW dalam keadaan berbaring dan tangannya terangkat ke langit seperti orang yang sedang berdoa. Kemudian ibunya melihat awan turun menutupinya, lalu dia mendengar seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi di Timur dan Barat, supaya mereka mengetahui bahawa dialah yang akan menghapuskan segala macam kesyirikan“. Seluruh alam kagum dengan Nabi Muhammad SAW kerana terpesona dengan kecantikan dan cahaya yang luar biasa dari raja mudanya Muhammad. Setiap mata yang memandangnya berasa kagum. Peristiwa kelahiran yang luar biasa ini dipanggil Irhas. Irhas adalah peristiwa luar biasa bagi manusia biasa dan hanya berlaku kepada seorang Nabi.

Penutup Semua Nabi

Berdasarkan peristiwa tersebut, jelaslah bahawa kelahiran Nabi Muhammad SAW mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ini kerana dia adalah Khatamun Nubuwwah atau Penutup semua Nabi. Peristiwa luar biasa seperti ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, serta bukti kerasulan baginda. Selain itu, keterangan ini juga dijelaskan dalam kitab-kitab terdahulu seperti Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul terakhir.

Bukan kelahirannya sahaja yang disanjungi oleh semua orang, malah akhlaknya juga amat disanjungi oleh semua manusia. Perjalanan sejarah hidupnya juga melalui pelbagai fasa yang penuh dengan kemerdekaan dan perjuangan.

Begitulah kira-kira kelahiran Nabi Muhammad SAW. Peringatan Maulid Nabi itu sendiri boleh membawa maksud meneladani jejak langkah sunnah Nabi yang telah diturunkan. Dia adalah contoh hidup bagi banyak orang. Contoh yang akan sentiasa patut diikuti oleh setiap generasi dari semua generasi semasa dan akan datang.

Sumber : https://blog.docotel.com/peristiwa-kelahiran-nabi-muhammad-saw/

MERDEKA 66 : PERJUANGAN MAT SALLEH

Bersempena Bulan Kemerdekaan Malaysia tahun ini, kami ingin mengajak semua untuk bersama-sama menghayati tokoh-tokoh sejarah di Malaysia SEBELUM KEMERDEKAAN, ini untuk memberi pendedahan dan mengetahui pahlawan yang mempertahankan tanah Air dari penjajah.

Edisi MERDEKA 66 kali ini kami akan kongsikan sejarah rigkas Kisah Mat Salleh, atau yang sebenarnya bernama Datu Muhammad Salleh bin Datu Abdul Rahman, adalah seorang pahlawan nasional di Sabah, Malaysia. Ia adalah seorang pemimpin suku Bajau & Suluk yang menentang penjajahan dan mengepalai perlawanan terhadap penguasa kolonial Inggris pada akhir abad ke-19. Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah .

Perjuangan Mat Salleh terjadi pada era ketika Inggris berusaha menguasai wilayah-wilayah di Asia Tenggara, termasuk Sabah. Pada tahun 1894, Mat Salleh memimpin pemberontakan melawan kebijakan penguasa kolonial yang menindas dan merampas hak-hak tanah dan kehidupan suku Bajau serta suku lainnya di wilayah tersebut.

Mat Salleh berhasil mempersatukan berbagai kelompok suku dan memimpin perlawanan dengan taktik gerilya yang efektif. Perjuangannya berhasil mengguncang kekuasaan Inggris di Sabah, dan penguasa kolonial menghadapi kesulitan untuk mengendalikan situasi.

Namun, pada tahun 1900, Mat Salleh akhirnya tewas dalam pertempuran dengan pasukan kolonial. Walau begitu, perjuangannya tetap menjadi simbol keberanian dan semangat perlawanan bagi rakyat Sabah. Hari ini, Mat Salleh dianggap sebagai pahlawan nasional dan dihormati atas perjuangannya dalam mempertahankan hak dan martabat rakyat Sabah.

Konklusi dari perjuangan Mat Salleh di Sabah adalah bahawa ia merupakan seorang pahlawan yang berani dan gigih dalam melawan penjajahan Inggris dan memperjuangkan hak-hak suku Bajau dan suku lainnya di wilayah Sabah & Islam itu sendiri. Perlawanannya berhasil mengguncang kekuasaan kolonial, meskipun akhirnya ia gugur dalam pertempuran.

PEJUANG kebangsaan Sabah, Mat Salleh dikatakan memiliki ilmu kebatinan yang tinggi sehingga menyebabkan British gagal membunuhnya walaupun beberapa kali serangan hebat termasuk menggunakan meriam, dilancar terhadap tokoh itu.

………………………………..

( Kisah Tambahan) Beliau juga dikatakan memiliki ilmu kebal menerusi baju jaket yang dipakainya menyebabkan jasad pahlawan itu tidak cedera serta membolehkannya meloloskan diri ketika serbuan British dilakukan terhadap kubunya.

Selain diri tokoh pahlawan itu, cerita aneh dan ganjil turut dikaitkan dengan isterinya iaitu Dayang Bandang apabila wanita itu dikatakan tidak boleh menjejak kaki ke tanah. Dayang yang juga saudara kepada Sultan Sulu, hanya bergerak ke sesuatu tempat dengan diusung.
………………………..

Perjuangan Mat Salleh menjadi simbol semangat perlawanan dan keberanian bagi rakyat Sabah. Melalui perjuangannya, ia menegaskan pentingnya mempertahankan identitas dan hak-hak budaya serta keadilan bagi masyarakat pribumi di wilayah itu.

Hingga saat ini, warisan Mat Salleh masih dihormati dan diingat oleh orang-orang di Sabah sebagai bagian penting dari sejarah mereka yang menegaskan keberanian dan semangat untuk melawan penindasan serta membela keadilan dan kebebasan.

Inilah sejarah perjuangan Mat Salleh, pejuang yang telah memimpin warga Sabah pelbagai etnik untuk menentang ketidakadilan dan kekejaman penjajah, demi tanah air tercinta.


sumber : https://www.thepatriots.asia/perjuangan-mat-salleh-menentang-british-di-borneo-utara/

Mohamad Shaukhi Mohd Radzi, Baszley Bee Basrah Bee & Md. Saffie Abd. Rahim. Paduka Mat Salleh’s Struggle Against Colonial: A HistoricalStruggle and Interpretation from Islamic Point of View. Retrieved from 30 August 2021.

Muhammad Zaemul Khairi, Pemberontakan Mat Salleh Di Borneo Utara British: Suatu Tinjauan. Universiti Brunei Darussalam. Retrieved from 30 August 2021.

TOKOH MELAYU : Siapa Tok Janggut ?

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut (1853 – 25 Mei 1915) ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Gelaran Tok Janggut beliau adalah kerana janggutnya yang dipelihara sampai ke paras dada.

Biodata ringkas Tok Janggut

– Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– Mahir dalam ilmu persilatan
– Menetap di Kampung Nering, Kelantan
– Bekerja sebagai petani dan peniaga

Tok Janggut yang ke Makkah untuk belajar agama sebelum Perang Dunia Pertama telah didedahkan dengan fatwa kerajaan Turki Uthmaniyah yang menjadikan satu Fardhu-Ain (perkara wajib) bagi umat Islam menentang British.

Fahaman itu tertanam dalam jiwa Tok Janggut apabila dia pulang ke tanah air dan melihat masyarakat di Pasir Puteh, Kelantan ditekan dengan sistem cukai yang dilaksanakan British pada ketika itu, yang menjajah Tanah Melayu,”



Di antara faktor-faktor lain yang membawa timbulnya penentangan ini ialah ketidakcekapan dan sikap tidak bertimbangrasa pihak pentadbiran Tanah Jajahan dan juga pegawai-pegawai tempatannya terutamanya En. Latif iaitu Ketua Jajahan yang mentadbirkan daerah Pasir Putih. Beliau yang dibawa oleh pihak British dari Singapura terlalu mengikut peraturan tugas dan kurang mengetahui sikap dan cara berfikir orang-orang tempatan; seorang yang bersikap British dan tidak mahu bercampur gaul dengan orang-orang tempatan.
..
FAKTOR PENENTANGAN

a) British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.

b) Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.

c) Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.

d) Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
…..

Kemunculan Tok Janggut dan beberapa pembesar Melayu seperti Engku Besar (Raja atau pemerintah Jeram), Che Sahak dan Haji Said yang telah mengepalai gerakan ini telah membangkitkan semangat rakyat untuk turut sama menentang pentadbiran baru kerajaan itu. Setengah daripada pejuang-pejuang Melayu ini menganggap penentangan ini adalah sebagai perang menentang pihak kafir (perang sabil).

Dengan semangat ini orang-orang Melayu telah menentang pihak British yang dibantu oleh Pasukan Polis yang kebanyakannya datang dari Singapura. Walaupun pejuang-pejuang Melayu tidak mempunyai peralatan perang yang moden dan lengkap, tetapi mereka telah menentang dengan beraninya sehingga ketitisan darah terakhir.

Penentangan ini berlarutan sehingga akhir bulan Jun 1915 apabila pihak British dikatakan berjaya membunuh Tok Janggut dan beberapa orang pengikutnya. Engku Besar, Haji Said, Encik Ishak dan beberapa orang lagi telah lari ke Reman, Negeri Siam.

Oleh kerana Tok Janggut menjadi ketua perjuangan yang ramai pengikut, British telah bertindak dengan membunuh Tok Janggut dan berarak di sekitar Pasir Puteh dengan mayatnya yang digantung secara sonsang. Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi yang belum merdeka itu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa wira itu masih kekal disanjung sehingga kini.

Sumber : https://pekhabar.com/h-i-d-s-perang-tok-janggut/ , https://cft1063hidstokjanggut.wordpress.com/

#tokjanggut #pustakadaruliman #islam #tokohmelayu #merdeka

ISTIMEWANYA WAKAF IBTIDA’

Wakaf bermasud Berhenti dan Ibtida’ pula membawa maksud Memulakan Bacaan

Dalam mencapai ketepatan pembacaan Al-Quran, selain dari mengelokkan sebutan setiap huruf al-Quran, memberhentikan bacaan pada tempat yang betul adalah suatu tuntutan. Perkara ini ditegaskan oleh Saidina Ali r.a. bila ditanya tentang maksud membaca al-Quran dengan Tartil ( ترتيل ), beliau menjawab:

هو تجويد الحروف ومعرفة الوقوف

Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat berhenti

Para ulama terdahulu amat mengutamakan bab ini, kerana berhenti dan memulakan pada sesuatu ayat itu merupakan suatu yang amat dijaga oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. Ini kerana berhenti dan memulakan sesuatu ayat pada tempat yang betul akan membawa kepada makna yang jelas menepati kehendak ayat. Ibnu Umar r.a. mengumpamakan orang yang tidak menghiraukan bacaan al-Qurannya iaitu mereka yang membiarkan bacaannya penuh dengan kesalahan dan tidak menyempurnakan tempat berhenti (waqaf) seperti: “orang yang memilih-milih untuk makan tamar yang elok dengan merasanya sedikit, apabila didapati tamar itu tidak elok maka ia pun meludahnya”.

Berhenti dan memulakan bacaan pada tempat yang betul akan memberi makna yang tepat pada satu-satu ayat. Berhenti dan memulakan bacaan pada tempat yang salah akan merosakkan makna pada satu-satu ayat.

WAKAF

Waqaf bererti memutuskan suara dan mengambil nafas baru untuk memulakan bacaan yang berikutnya.

Harus waqaf pada akhir ayat iaitu pada huruf yang terakhir pada kalimah terakhir dalam ayat tersebut. Harus juga waqaf pada mana-mana kalimah di pertengahan ayat – selagi mana tiada perkara yang menegah untuk berhenti; tetapi tidak harus waqaf pada pertengahan kalimah.

Berkata Imam Al Jazari:

وَلَيْسَ فِي الْقُرْآنِ مِنْ وَقْفٍ يَجِبْ … وَلاَ حَرَامٌ غَيْرُ مَا لَهُ سَبَب

Dan tiada di dalam al-Quran itu waqaf yang wajib, tiada juga yang haram kecuali jika ada sebab.

Pembahagian Waqaf : أقسام الوقف

Waqaf terbahagi kepada empat jenis dari sudut sebab:

1. Waqaf Idhtirari – الوقف الاضطراري

Waqaf kerana terpaksa (terputus nafas, bersin dan sebagainya).

2. Waqaf Ikhtibari – الوقف الاختباري

Waqaf kerana hendak menguji pengetahuan murid oleh guru yang mengajar.

3. Waqaf Intizori – الوقف الانتظاري

Waqaf untuk menunggu beberapa wajah bacaan Qiraat yang terdapat pada satu-satu ayat itu.

4. Waqaf Ikhtiari – الوقف الاختياري
Waqaf berlaku kerana pembaca memilih untuk berhenti.

Semua sebab-sebab waqaf di atas adalah diharuskan. Sebaik-baiknya bacaan hendaklah dimulakan semula dengan memelihara makna dan maksud ayat; sekurang-kurangnya dengan mengulangi satu atau dua kalimah sebelum kalimah yang dia telah berhenti padanya.

IBTIDA’

Ibtida’ bermaksud memulakan bacaan, samaada memulakan semula bacaan setelah Qat’u (lama habis membaca) atau memulakan bacaan setelah Waqaf. (berhenti mengambil nafas).

Jika memulakan setelah Qat’u maka dituntut supaya membaca Ista’azah. Tetapi jika memulakan setelah Waqaf, tidak perlu Isti’azah. Maka jelas di sini Ibtida’ ialah suatu yang berlaku kerana pilihan sendiri, bukan kerana terpaksa.

Disini diberikan beberapa panduan dalam memulakan sesuatu bacaan:

A) Ibtida’ dari perkataan yang berasingan yang tidak berkaitan dengan perkataan sebelumya. Sebaik-baik permulaan itu adalah dari awal ayat.

B) Jika seseorang memilih untuk memulakan pembacaan dari pertengahan ayat, dia perlu memastikan tiada kaitan lafaz yang merosakkan struktur ayat.

Antara contoh permulaan yang merosakkan makna dan susunan ayat ialah seperti memulakan bacaan dari perkataan: أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

sedangkan perkataan ini berkait rapat dengan perkataan sebelumnya. Maka bacaan perlu diulang dari perkataan sebelumnya iaitu: تَبَّتْ يَدَا

Ayat lengkap: تَبَّتْ يَدَآ اَبِيْ لَهَبٍ وَّتَبَّۗ

C) Tidak boleh memulakan bacaan dari isi perbicaraan orang-orang kafir kecuali dibaca juga tuan punya bicara.

Antara contoh permulaan dari isi perkataan orang-orang kafir ialah:

يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ

Perkataan ini berkait rapat dengan perkataan sebelumnya dan perlu dimulakan dari perkataan sebelumnya iaitu:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ

ini kerana dari segi makna: ” orang Yahudi mendakwa: tangan Allah dibelenggu”. Jika ditinggalkan ayat sebelumnya akan memberi maksud: ” tangan Allah dibelenggu”. Dakwaan sebegini sangat bahaya dan perlu dihindarkan.

Ayat lengkap: وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ

D) Jika seseoarang waqaf dipertengahan ayat, kemudian tidak pasti tentang dari mana ia perlu menarik semula bacaannya. Maka ia perlu mengambil semula perkataan yang ia berhenti itu atau mengulang semula dari satu perkataan sebelumnya.

Jom dapatkan Al-Quran keluaran Pustaka Darul Iman, semua orang wajib dapatkan Al Quran Muaz, sebab Al Quran Muaz terdapat panduan Wakaf Ibtida’. Sangat mudah untuk korang fahami nanti tau.

Klik je link kat bawah ni. Semoga bermanfaat untuk saya dan anda semua???????? link Untuk sebarang tempahan dan Pre Order Al-Quran terkini..

Jom klik Telegram Channel Quran darul iman untuk dapatkan info islamik menarik : https://t.me/QuranDaruliman

#pustakadaruliman #qurandaruliman #qurantagging #islamituindah #quranengraving #quranpelangi #alquranmihrab #mushafalmadani #alquranmuaz #alquranukirnama #darulimanclans

sumber : https://pengajianalhira.com/hukum-waqaf