TOKOH MELAYU : Siapa Tok Janggut ?

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut (1853 – 25 Mei 1915) ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Gelaran Tok Janggut beliau adalah kerana janggutnya yang dipelihara sampai ke paras dada.

Biodata ringkas Tok Janggut

– Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
– Dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
– Dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
– Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
– Mahir dalam ilmu persilatan
– Menetap di Kampung Nering, Kelantan
– Bekerja sebagai petani dan peniaga

Tok Janggut yang ke Makkah untuk belajar agama sebelum Perang Dunia Pertama telah didedahkan dengan fatwa kerajaan Turki Uthmaniyah yang menjadikan satu Fardhu-Ain (perkara wajib) bagi umat Islam menentang British.

Fahaman itu tertanam dalam jiwa Tok Janggut apabila dia pulang ke tanah air dan melihat masyarakat di Pasir Puteh, Kelantan ditekan dengan sistem cukai yang dilaksanakan British pada ketika itu, yang menjajah Tanah Melayu,”



Di antara faktor-faktor lain yang membawa timbulnya penentangan ini ialah ketidakcekapan dan sikap tidak bertimbangrasa pihak pentadbiran Tanah Jajahan dan juga pegawai-pegawai tempatannya terutamanya En. Latif iaitu Ketua Jajahan yang mentadbirkan daerah Pasir Putih. Beliau yang dibawa oleh pihak British dari Singapura terlalu mengikut peraturan tugas dan kurang mengetahui sikap dan cara berfikir orang-orang tempatan; seorang yang bersikap British dan tidak mahu bercampur gaul dengan orang-orang tempatan.
..
FAKTOR PENENTANGAN

a) British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915.

b) Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan ternakan lembu serta kerbau.

c) Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.

d) Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.
…..

Kemunculan Tok Janggut dan beberapa pembesar Melayu seperti Engku Besar (Raja atau pemerintah Jeram), Che Sahak dan Haji Said yang telah mengepalai gerakan ini telah membangkitkan semangat rakyat untuk turut sama menentang pentadbiran baru kerajaan itu. Setengah daripada pejuang-pejuang Melayu ini menganggap penentangan ini adalah sebagai perang menentang pihak kafir (perang sabil).

Dengan semangat ini orang-orang Melayu telah menentang pihak British yang dibantu oleh Pasukan Polis yang kebanyakannya datang dari Singapura. Walaupun pejuang-pejuang Melayu tidak mempunyai peralatan perang yang moden dan lengkap, tetapi mereka telah menentang dengan beraninya sehingga ketitisan darah terakhir.

Penentangan ini berlarutan sehingga akhir bulan Jun 1915 apabila pihak British dikatakan berjaya membunuh Tok Janggut dan beberapa orang pengikutnya. Engku Besar, Haji Said, Encik Ishak dan beberapa orang lagi telah lari ke Reman, Negeri Siam.

Oleh kerana Tok Janggut menjadi ketua perjuangan yang ramai pengikut, British telah bertindak dengan membunuh Tok Janggut dan berarak di sekitar Pasir Puteh dengan mayatnya yang digantung secara sonsang. Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi yang belum merdeka itu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa wira itu masih kekal disanjung sehingga kini.

Sumber : https://pekhabar.com/h-i-d-s-perang-tok-janggut/ , https://cft1063hidstokjanggut.wordpress.com/

#tokjanggut #pustakadaruliman #islam #tokohmelayu #merdeka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *